5 January 2013

Rumah Allah, Alhamdulillah

Assalamualaikum semua, first of all,maaf, nampaknya agak lambat ya ana update blog ni, hehe...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita semua untuk hidup di tahun 2013 ni...

Alhamdulillah, 31 dec 2012 hatta 1 jan 2013 ana dan beberapa orang rakan telah menyertai satu program di Masjid Salahuddin, yang terletak di Shah Alam... Masjid ni juga dikenali as a Blue Mosque atau Masjid Negeri. So kalau dengar orang cakap masjid negeri tu, maknanya masjid ni la.

Program yang ana ikut tu ialah program 1000 jiwa 1 hati anjuran Raudhatu Sakinah (RS). Best tau program ni. Pastu kat sana ana dapat jumpa dengan sahabat yang amat ana rindui, Afiq Jiwa...hehe,happy sangat dapat jumpa dia!!

Ada macam2 pengisian dari petang isnin tu sampai selasa pagi... Selepas solat Maghrib, ada solat sunat tasbih, empat rakaat, dua salam tetapi sudah cukup lama... di dalam solat sunat tasbih tu ana selitkan dengan harapan ana agar apa yang ana inginkan dan apa keputusan yang ana nak buat adalah tepat dan diredhai Allah...

Isnin malam ada pengisian daripada Kak Wardina, Abg sam kamikaze(x tau btul eja ke tak) dgn seorang lagi ust,ana tak ingat namanya.
Tajuk yang dibincangkan pada malam tu,emm, agak gempak jugak la,hehe... Bicara Cinta Anak Muda(lbih kurang gni la)...Banyak la input2 yang diperolehi

Masa lepas habis pengisian dan ikrar, lebih kurang pukul 1.00 pagi kot, ana lapar macam ape mase tu, so pusing2 la satu msjid tu cari makanan untuk minum malam(moreh), dah macam tawaf la plak,hehe... Bila dah jumpa tu,Alhamdulillah, makan dengan ahli group ana.

Paling best, time nak tidur tu ana lari dari group cuz nak tidur kat tingkat atas, so ana denga Afiq pun pergi la kt tingkat atas, kawasannya ber 'mozek' dan open air...haha,sejuk dan seronok!!

Sebelum tidur tu ana dengan aafiq borak2 la...cerita pasal R2J,cuti...masa tu dah pkul 2.00 pagi rasanya...

   " Faiz, anta tak nak tido ke? dah kol 2 ni..." afiq tanya ana

" Haha,entah la...ana tak ngantok lagi ni, lagi pun ana takut tak leh bangun kalau tidur sekarang, kan kene                 bangun pkul 4.30.. kalau anta nak tidur,x ape la, tidur dulu" jawab ana.

   " Ok la, nanti kalau anta bangun awal, tolong kejutkan ana ea? " afiq .

  " Boley2...insyaAllah nanti ana kejutkan " ana .

Belum sampai 10 minit afiq dah tidur. wah, benar2 penat kawan ku sorang ni...
Bila afiq dah tidur, ana tak tau nak buat apa...battery phone tinggal 15% ni...

Tiba2 teringat buku gen-Q yang baru dibeli. Ana baca la sampai pukul 2.30 pagi. pastu mata ni dah macam ada batu,ngantuknyaaaaa. sebelum nak tidur ana set alarm pukul 4.00 pagi.

Jam 4.00 pagi kedengaran lagu Hold My Hand di corong telinga...Arghhh,dah pkul 4 ke?? ngantuk lagi ni...
Ana pun duduk,sambung tidur,haha...ngantuk betul la masa tu...
beberapa minit lepas tu tersedar,tgok jam,4.15 am... Hmm,ngantuknya...tiba2 teringat pesan naqib ana, pakcik Zainal Abidin " ingat, kita kena MUJAHADAH dalam semua perkara....."

Huhh!! betul tu, kena lawan ngantuk ni...so ana pun kejutkan afiq...

   " Afiq,afiq bangun dah nak 4.30 ni"

sekali je ana kejut dia terus bangun?? pehh,baik la afiq,hehe....
After that, pergi qiamullail, solat subuh dan aktiviti seterusnya...

Masa dah nak balik tu, ana bersalaman dengan afiq... sebelum datang program tu ana janji nak berlanja dia makan, tapi tak sempat. Jadi, ana ambil sekeping duit kertas,lipat2 smpi kecil, letak kat tapak tangan... ana pun salam dia. Riaksi muka afiq berubah,haha, mungkin sebab dia rasa macam ada somethng kt tapak tangan kami...

   " Ambik duit ni tau,hari tu kan dah janji nk berlanje,tapi tak sempat pulak " ana cakap...

Muka afiq masa tu terkedu,tak terkata... Lantas, ana pun peluk die sekuat-kuat hati.. lama jugak la.
Ana bisik kat telinga dia, " Afiq, kenapa ana rasa berat hati nak tinggalkan anta ek?? " ketika ana cakap macam ni, mata ana dah dipenuhi dengan air. Rasa nak menangis bila nak berpisah dengan dia..Rindu sangat dengan dia.. Ana ulang lagi soalan yang sama...Air mata ni semakin banyak...

Ana berkata di dalam hati...Ya Allah, kenapa aku rasa berat hati untuk meninggalkan sahabat aku ni...
Lepas tu afiq buat lawak pulak, kami pun ketawa...air mata tak sempat menitik...nasib baik...

Sebelum bertolak balik, ana solat zohur dulu, jama' takdim... selepas solat asar(jama') kat belakang... ketika sedang berdoa, hati ana terusik lagi...

Ya Allah, kenapa aku rasa berat hati nak tinggalkan masjid ni, sekiranya ni kali terakhir aku dapat melihat masjid ni, aku mohon pada mu ya Allah, berikan aku kesempatan untuk datang lagi  ke sini... Berikan aku umur yang panjang ya Allah agar aku dapat mengutip segala mutiara yang ada di dunia ini...air mata meggalir lagi... habis sahaja doa,ana mencium kedua tapak tangan lantas melakukan sujud memohon harapan daripada Allah.

Langkah terakhir sebelum ana keluar dari ruang solat, ana berharap didalam hati agar dapat berkunjung ke rumah Allah ini lagi...

Ingatlah, Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya tanpa rasa jemu...
Oleh itu, berdoalah sebanyak mungkin ya, jangan sampai rasa bosan untuk berdoa...

Semoga bermanfaat bersama :)

Salam Alaik

No comments:

Post a Comment