29 December 2012

Apa Yang Kita Lakukan Di Dunia??

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ana sudah selesai mengikuti program pasca spm yang pertama. Di adakan di Gunung Lambak selama tiga hari dua malam. Banyak maklumat makklumat yang diperoleh  sepanjang program tersebut termasuklah pengalaman pengalaman baru.

Ingin berkongsi sedikit apa yang diperoleh ketika program tersebut. Ana nak berkongsi sedikit apa yang ana peroleh ketika slot pertama yang diberikan oleh Abg Fikri.
Mukaddimah yang diberikan cukup-cukup terkesan pada hati ana. Simple tetapi mempunyai maksud yang besar.

Usia muda... antara perkara yang akan ditanya oleh Allah di padang mahsyar ialah usia muda. Apa yang kita dah buat dengan usia muda kita ye?? Ingatlah, setiap saat, setiap detik, Allah akan tanya apa yang kita lakukan di dunia. Sbgi contoh yang mudah,cuba kita tengok JAM. Jarum saatnya akan bergerak(*tik tik tik).1 tik = 1 saat. Cuba kita fikir, setiap 1 tik apa yang kita buat? Tapi perbuatan dlm 1 saat agak pelik,so cuba tengok dari segi NIAT dalam HATI kita. setiap 1 tik tu,apakah niat ataupun apakah perkara yang terlintas di dalam hati kita??
Adakah perkara tersebut membawa kepada dosa atau pahala?? Hm,takautnya kalau disoal sampai sebegini oleh ALLAH YANG MAHA TELITI perhitunganNya.

Allah meniupkan roh pada jasat kita supaya boleh bergerak dah beribadah kepada Allah. Tetapi adakah kita mengunakan roh ini denga betul?? Astaghfirullah, mungkin kita semua lupa, Roh ini juga salah satu AMANAH yang Allah bagi kepada kita. Kita gunakan amanah ni dengan betul ataupun tidak??

Sentiasalah ingat,Allah Maha Kuasa, bila2 yang diinginkan,roh kita boleh ditarik keluar dari jasad. ketika itu kita tidak mampu untuk melakukan apa2. Ibubapa, adik beradik malah kawan2 sekalipun tidak mampu untuk membantu kita. Yang hanya boleh membantu kita hanyalah diri kita sendiri, Redha Allah..

Pesan Nabi Muhammad SAW ketika khutbah terakhir baginda pada 9 Zulhijjah,10 Hijrah (kalau salah tolong tegur). Antara isi kandungan khutbah tersebut ialah, Rasulullah meninggalkan kita 2 perkara, sekiranya kita berpegang teguh dengan 2 perkara ini,kita tidak akan sesat untuk selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnah Baginda. 

Nah, Nabi yang kita cintai sudah pun memberikan guide line kepada kita. Jadi kita ikut pesan nabi. Malah, Rasulullah sendiri berpesan kepada sahabat2 agar menyampaikan pesana tersebut kepada org2 yang tidak dapat bersama pada hari tersebut. Siapa org2 yang tak ada masa tu?? Ya,KITA lah yang tidak ada ketika itu. Tetapi, nilai kasih sayang dan rindu Rasulullah yang tinggi kepada umatnya sehingga Rasulullah ingat kepada umat Baginda yang akan datang. Tak sangka Rasulullah ingat pada kita ya? Sayu betul kalau dipikirkan dengan sepenuh hati. Harapnya kita juga mempunyai perasaan seperti tersebut kepada Rasulullah.
Mari sama2 kita lihat dan ana minta kita hayati betul2 video ni,insyaAllah...






Alhamdullillah, semoga sesiapa yang membaca dan menghayati  mendapat manfaat untuk diri. Cintanya Rasulullah kepda umat.

Allah menciptakan dunia ini dengan penuh sempurna. ekosistem yang tersusun, kandungan oksigen yang mencukupi untuk semua mahluk dan banyak lagi. Allah bagi kita hidup di dunia yang luas dan penuh dengan nikmat ni supaya kita berfikir akan nikmat2 tersebut...
Untuk lebih details, rujuk Surah Ar-Rahman.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ni. Semoga kita mendapat manfaat bersama,insyaAllah

Salam Alaik


No comments:

Post a Comment