2 March 2013

Sedikit Coretan Hati

Assalamualaikum
Coretan ini bukan buatan semata
akan tetapi, luahan hati dan jiwa
andainya ada hati yang terluka
seribu kemaafan ku hulur bersama




Dulu bila study mesti ada rasa stress. Malas nak belajar sebab tak faham la, sebab pen tak de la, sebab liquid paper habis dan paling tak boleh tahan, tak nak buat addmath sebab tak ada calculator. Haha, siapa la tu. Hm, banyaknye alasan kite kan? Masihkah kau ingat saat itu?
Kita belajar sungguh-sungguh, buat study group semasa waktu prep, bincang dengan kawan-kawan. Kalau ada tugasan berkumpulan di dalam kelas, mesti kita nak ahli kumpulan kita tu orang yang tinggal di asrama sebab nanti mudah nak buat discussion. Hm, memang betul.

Tak dinafikan, aku masih ingat saat kita semua study, study dalam kelas masa waktu prep. Aku, Afiq, Saajid, Faris, Ammar dan lain-lain. Yang bagusnya ialah, walaupun kita semua ambil aliran yang berbeza, tetapi kita study di tempat yang sama. Bagus!.

Yang ambil bio, study bio. Orang yang ambil PA, study PA. Bawa makanan segala masa prep. Saajid suka bawa biscuit. Ajmal suka bawa gula-gula. Aku suka bawa milo,haha! Pastu bila dah 1-2 jam studynya, mula la ada yang dah kepanasan(duduk lama sangat).  Berjalan sana, berjalan sini. Duduk kat tingkap(tengok sapa tu?) Yang bestnya, menyanyi masa study, kan Ammar?

Kadang-kadang masa study, kita bertanya sebab tak faham. Tanya kawan. Saajid kalau tak faham subjek PA, dia suka tanya Ammar. Pastu nanti kalau tak faham dia nganjeng, haha!! ingat lagi masa tu. Kalau aku tak faham Bio, aku tanya Afiq. Faris orang yang paling cool. study elok, molek, senyap je. Kalau dia dah bosan, nanti dia main calculator. Tekan-tekan. Buat ape ntah, haha... Tapi, walaupun hanya bermain calculator, Faris memang bijak math! tahniah ^^
Habis waktu prep, pergi makan tengahari. Makan pun sama-sama kan korang? haha, rindu saat itu.


Terkadang, ada juga yang bawa buku masa riadah. main futsal bawa buku. Kadang berebut tempat dengan banat. Banat nak main bola jaring. Banin nak main futsal. Haha, kelakar la korang ni ^^


Bila masuk bulan peperksaan SPM dan pelajar lain pun dah mula cuti, haha, kami pelajar tingkatan 5 secara rasminya memonopoli asrama, padang bola dan padang futsal, haha! (ni gurauan je, hee).
Bila dah minggu exam, wah, lagi men 'speed' la studynya. tidur pun dah kena awal. Kalau dulu tidur pkul
12, masa exam tidur pukul 10.30. Futsal pun main kadang-kadang(aku la yang kadang2 org len main je). Siapa yang pkai spec, bila main futsal tu mesti jatuh punya la. Yang selalu  jatuh spec is Afiq. Memang kuatlah spec dia, tak rosak-rosak. Bagi aku, main futsal ni terlalu penat. Nanti badan penat sangat. Malam nak study pun susah sebab ngantok.

So, sebab main futsal ni penat sangat, aku main badminton. Dengan Ammar. Kadang-kadang ada Afiq, Aiman, Irsyad. Wah, best sangat. Ammar hebat, tapi aku lagi hebat,hehe ( gurau je Ammar).
Aku dan badminton sama. Badminton dan aku. haha!
Tak cukup waktu petang, main sampai malam. huh! sampai Ustazah Zuraidah serbu.
Ammar cakap, "relex, main je"... wahh, berani sungguh Ammar ni.

Kalau minggu tu tak ada paper, malam-malam ada tengok movie. Tu pun kena cover. Takut kantoi. Tapi last-last kantoi juga, haha!...
"Tok tok tok, baninnnn buka pintu"
Haha, yang duduk depan lappy dan LCD cepat-cepat tutup.
Haa, aku masih ingat lagi masa tu. Ada yang lintang pukang lari. Ada yang tutup muka dengan bantal(aku la tu) ada yang freze jadi batu dan yang tak boleh bela ada la sorang hamba Allah ni, dia tengok dari dalam bilik. Bila ustazah masuk, dia tersembunyi sikit. So ustazah tak nampak dia. Hebat2.
Lepas tu dah tak buat lagi dah. haha. nyesal kan? hee, maaf Ustazah.

Ada satu malam tu, lepas aku balik dari tuisyen, aku cari afiq. Ajak dia study sama-sama. Kat canteen.
Sambil study tu radio dibuka. IKIM. Dengar lagu-lagu. Yang bestnya sampai aku tak boleh nak fokus kat buku, malam tu IKIM 'mengudarakan' lagu-lagu yang aku suka. Yang buat tak boleh fokus tu sebab aku ikut nyanyi sekali,haha, susah betul. Bila lagu dah habis, baru la sambung tulis.



Ingat.
Saat ketika apa jua yang berlaku, kita tetap perlukan Allah. 
Minta pertolongan daripada-Nya
Allah lah sebaik-baik tempat meminta. 
Hasbunallah wani'malwakil fani'mal maula wani'mannasir.


Dengar Lalu Berfikir Untuk Mendapatkan Maksudnya. Waktu sedang study, tiba-tiba ada lagu ni.
Aku berhenti menulis. Ambil buku nota. Nak salin maksud ayat tu. Tapi tak semua dapat salin. Laju sangat lagunya =='...
Lepas dengar lagu tu, aku cakap apa ntah dengan afiq. Tak ingat da.




So, apa yang cek nak habag kat hangpa semua, Allah la sebaik-baik-baik tempat kita meminta bantuan. ALLAH. Betul tu. Hanya Allah. Kita usaha, then serahkan segalanya kepada Allah. Tawakkal.

# maaf kalau ada apa pe yang tak menyenangkan hati korang dalam coretan ini ^^

# Semoga cemerlang ye, sayang korang semua ^^

Salam alaik

5 comments:

  1. Amboih. Rindu la jugak time SPM tuh! Banyak kenangan ~

    ReplyDelete
  2. Kawan Far east4 March 2013 at 01:19

    Woah!! Herbatt ah anta! Tp anta lupe nak tulis ana klhkan badminton 11-0 ngehngeh.. Gurau

    ReplyDelete