Butang lock di
sisi android tu ditekan
sejurus “massage receive”
terpapar pada skrin telefon bimbit. Itulah antara hadiah yang diberikan oleh ibubapa
beliau sebelum beliau menyambung
pelajaran ke Negara Matahari Terbit. Jepun.
Wafiq. Berkaca mata.
Datang daripada Malaysia untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan teknikal. Tahun
terakhir dan bulan depan adalah final
exam. Namun begitu, kehidupan beliau di Jepun ini tidak keseorangan. Bersama beliau seorang sahabat yang sangat akrab. Tempat berkongsi masalah, gelak ketawa dan juga meminta nasihat. Fariz.
“Allahuakbar, penat sungguh
hari ini.”
Bicara hati kecil Wafiq lantas merebahkan tubuhnya di atas
katil. Matanya memerhati segenap ruang biliknya seperti seeekor harimau hendak
membaham mangsa. Bola mata Wafiq terhenti pada jam dinding berbentuk epal itu. Matanya tidak henti melihat jam di dinding yang sekian
hari menjadi seperti tidak berguna
kerana belum diganti battery.
Beliau mengalihkan mata ke meja belajarnya.
Sebuah komputer riba berjenama Acer
di letak kemas di situ. Buku-buku rujukan, nota-nota, semuanya
tersusun rapi. Sememangnya Wafiq seorang yang
suka kekemasan. Melihat sesuatu yang
tidak tersusun membuatkan hati
beliau rimas. Saat matanya melilau ke sudut meja belajar itu, matanya terhenti pada komputer riba. Tangan kanan digunakan untuk
betulkan kaca mata supaya terletak pada kedudukan yang betul.
Kini mata Wafiq bertentangan dengan computer riba itu.
Seperti yang selalu dikatakan oleh sahabatnya, Fariz, directly proportional. Wafiq bangun dari baringan beliau lantas
menghampiri komputer riba itu.
“Dah lama juga aku tidak buka email. Mungkin inbox sudah berderet.”
Lampu tetikkus berkelip-kelip kemerahan setelah butang penghidup
ditekan. Dengan mengunakan
tangan kanan, Wafiq membuka skrin computer ribanya. Jari sedia untuk menekan huruf-huruf pada papan kekunci. Selesai memasukkan kata laluan, ruang peti simpanan emailnya terpapar. Seperti yang dijangka oleh Wafiq, bilangan pesanan di dalam peti simpanannya begitu banyak. Termasuk juga satu email yang dihantar oleh beliau dua tahun dahulu yang kininya tidak pernah dibalas lagi. Tidak ingin diulang lagi perbuatannya yang jauh tersasar suatu ketika dahulu.
tangan kanan, Wafiq membuka skrin computer ribanya. Jari sedia untuk menekan huruf-huruf pada papan kekunci. Selesai memasukkan kata laluan, ruang peti simpanan emailnya terpapar. Seperti yang dijangka oleh Wafiq, bilangan pesanan di dalam peti simpanannya begitu banyak. Termasuk juga satu email yang dihantar oleh beliau dua tahun dahulu yang kininya tidak pernah dibalas lagi. Tidak ingin diulang lagi perbuatannya yang jauh tersasar suatu ketika dahulu.
Wafiq membuka kiriman tersebut dengan tangannya sedikit
mengigil. Bimbang dengan keadaan hatinya.
Satu persatu dibacanya kiriman tersebut. Ada lebih kurang 27 kiriman
diantara beliau dan juga perempuan itu. Namanya
Masyitah. Tiga tahun sudah berlalu, banyak memori yang telah dilupakan
oleh Wafiq. Semuanya habis beliau bakar di dalam ingatannya. Penuh dengan
penyesalan dek diri yang tersasar jauh
dalam lamunan hati yang tidak benar.
Assalamualaikum…
Wahai hamba
Allah, Masyitah. Sebelum Wafiq berangkat ke Jepun esok, Wafiq ada sedikit perkara yang
ingin diberitahu kepada Masyitah. Mungkin perkara ini berat untuk Masyitah
menerimanya. Tapi percayalah, pasti akan ada kebaikannya. Allah itu Maha Mengetahui,
Mengetahui segala apa yang diaturNya.
Masyitah,
sepanjang kita berkenalan, Wafiq rasa seronok. Walaupun tidak sejauh mana kita
berkenalan, tetapi sepertinya ada sesuatu yang, Wafiq kira “pelik”. Iya, pelik
sangat. Kita sering berbalas email. Wafiq
bimbang perkara ini akan menganggu konsenterasi Wafiq ketika di Jepun sekaligus
didalam dakwah dan tarbiah.
Maka, Wafiq harap
Masyitah berlapang dada untuk menerima keputusan yang wafiq ingin buat ini.
Memang betul diantara kita tidak ada yang istimewa, hanya sebagai kawan walaupun hanya berbalas
email. Tetapi itu semua salah. Wafiq tersedar. Wafiq tersilap buat kiraan.
Wafiq harap diantara kita selepas ini tidak ada perhubungan melalui email atau
apa-apa lagi ye? Kita berhenti daripada
saling menghubungi. Stop sampai sini saja. Benda ni melalaikan. Wafiq percaya,
Masyitah pun faham apa yang dikatakan oleh Wafiq ni sebab Masyitah orang yang
baik. Solehah.
Maaf sekiranya
luahhan, kata-kata Wafiq ini membuatkan Masyitah kecil hati. Tetapi ini adalah
untuk kebaikan kita bersama. Yang kita ingin cari ialah RedhaNya. Mardhatillah.
Peliharalah dirimu, maruahmu, demi agama Islam
itu sendiri.
Berjalanlah di
muka bumi Allah ini sebagai dai’e. Jadilah seperti Masyitah pada zaman Nabi
Musa. Sanggup terjun ke dalam didihan demi Allah dan agama yang tercinta.
Assalamualaikum
Permata Islam…
Selesai membaca kiriman terakhir beliau kepada
Masyitah, tanpa disedari pipinya sudah basah dengan air matanya yang mengalir.
Mengalir deras. Bukan kerana kesal dengan kata-katanya itu, tetapi titisan air
mata itu kerana rasa nikmat syukurnya kepada Allah yang telah menyedarkan beliau dari jalan yang jauh
tersasar. Tangan disilangkan diatas meja
dan kepalanya direbahkan ke persilangan tangan itu. Linangan air mata terus
laju sehingga beliau tersendu-sendu.
Tiba-tiba satu suara kedengaran. Suara yang tidak asing
bagi Wafiq.
“Assalamualaikum. Wey bro, anta ok tak ni? Kenapa menangis ni bro?”. Fariz yang baru balik dari
kuliah kehairanan melihat sahabatnya itu.
Wafiq menjawab salam dengan perlahan, masih tersisa
tangisanya.
“Waalaikumusalam Bro. Ana ok. Cuma mata ni berpeluh, keluar air”.
“Hahaha, anta ni tengah menangis pun still boleh buat lawak ek?
Sahabat-sahabat”. Fariz menjawab sambil kepalanya mengeling berkali-kali.
Sepertinya Fariz sudah mengetahui masalah Wafiq.
Maklumlah, mereka rapat semenjak dari Malaysia lagi. Tidak hairanlah sekiranya
Fariz mengetahui banyak rahsia tentang Wafiq termasuk berkenaan Masyitah.
“Anta teringatkan kisah masa anta dengan Masyitah ye bro?”. Fariz cuba bertanya.
Wafiq dari tadi masih tertunduk di meja, mengangkat
kepalanya perlahan-lahan. Air matanya dikesat. Nafas ditarik sedalamnya.
Berulangkali beliau menarik nafas sebelum menjawab soalan sahabatnya itu.
“Haah Fariz. Ana teringatkan dia. Bila baca email yang
terakhir ana bagi kat dia ni, dia memang tak balas. Maksudnya dia fahamlah apa
yang ana nak.” Wafiq cuba jawab dengan tenang.
“Anta menyesal ke dengan email terakhir tu?”
“Hem, tak ada la. Ana just terkejut. Bersyukur. Allah
masih beri ana jalan yang terang untuk memperbaiki urusan hati.”
Fariz menghampiri Wafiq. Kedua tangannya diletakkan
pada bahu Wafiq. Perlahan-lahan diurut bahu sahabatnya itu. Terserlah ukhuwah
diantara mereka. Sambil mengurut perlahan bahu Wafiq, beliau mengajukan soalan
lagi.
“Wafiq, kita ni dah lama kawan. Study sama-sama, makan, solat, urusan dakwah kat sini, semua kita
buat sama-sama. Ana pun dah anggap anta ni macam abang ana sendiri. Tentang
Masyitah pun anta cerita kat ana, tapi tak semua la. Jadi, ana nak Tanya sikit
ye? Anta ada apa-apa perasaan ke pada Masyitah?”. Faris dengan lembut dan
berhati-hati menyusun kata supaya sahabatnya tidak terasa hati.
Wafiq yang tadinya membelankangkan pandangan dengan Faris,
kini beliau memusingkan kepala sambil kening kiri diangkat, mata masih
kemerahan. Seperti tidak menyangka Faris akan bertanya soalan seperti itu kepadanya.
* * * * *
Suatu malam yang hening di Malaysia. Langit yang
beratapkan bintang-bintang dan bulan yang indah. Terasa kesejukan malamnya
ketika itu. Menjadi rutin malam minggu
Masyitah, setelah selesai makan malam bersama-sama keluarga, selesai mengemas
meja makan dan mencuci pinggan mangkuk, beliau akan mengisi masa sebelum
tidurnya dengan membaca buku.
Jam sudah menunjukkan 2130. Masyitah berjalan memasuki
bilik di tingkat atas. Sesampai di biliknya, tingkap di buka sedikit supaya
angin malam dapat mengisi ruang biliknya. Tidak menjadi kebimbangan kepada Masyitah dengan tingkap terbuka kerana tiada
rumah bersebelahan rumah mereka. Beliau
duduk di atas katil sambil tangan mencapai sebuah buku yang berada di meja
bersebelahan katilnya. Penanda buku itu tariknya dan bersedia untuk menyambung
di tempat yang beliau berhenti tempoh hari. Sepanjang bacaan beliau, bilik yang
sunyi itu diisi dengan bunyi cengkerik
dan desiran kipas. Terasa ketenangan dan kedamaian di dalam hati Masyitah.
Seketika kemudian, telinganya didatangi gelombang bunyi
dari seorang ibu yang dikasihi. Pintu yang tidak ditutup membuatkan Mak Cik
Maimunah dapat melihat gelagat ananya dari muka pintu. Kepala digeleng sambil
tersenyum.
“Assalamualaikum anak umi. Boleh umi masuk?”. Bicara
Mak Cik Maimunah yang lembut meminta izin untuk masuk ke bilik anak sulungnya
itu sambil tersenyum manis.
“Waalaikumusalam umi. Masuk je la. Masyitah tak kisah
pun”. Jawab Masyitah sambil tersenyum memandag wajah ibunya. Kemudian beliau
mengalihkan pandangan semula pada baris-baris kata di buku. Jelas kelihatan kesungguhannya
dalam membaca.
Mak Cik Maimunah berjalan menghampiri masyitah yang
berada di katil. Beliau duduk di sisi anak sulungnya itu. Matanya memandang
Masyitah yang tidak henti menbaca. Kepala digeleng lagi.
“Masyitah ni suka betul membaca. Dari kecil sampai
besar, membaca je”. Kata hati Mak Cik Maimunah apabila melihat Masyitah yang
asyik melayan bukunya itu.
“Sekejap ye umi, Syitah nak habiskan lagi satu
perenggan. Satu je lagi”. Masyitah meminta izin dari ibunya sambil jari
telunjuk menunjukkan satu seperti penuh pengharapan.
Mak Cik Maimunah tertawa dengan gelagat ana sulungnya
itu.
“Ok. Umi tunggu ni. Hehe.”
Selesai Masyitah menghabiskan bacaannya, beliau
mengambil semula penanda buku dan diletakkan pada muka surat yang beliau
berhenti. Buku ditutup dan di letakkan pada meja sebelumnya.
Beliau memandang tepat pada wajah ibunya. Senyum.
Sama-sama tersenyum. Kemudian Masyitah mengerutkan dahi sambil kening kiri
diangkat berkali-kali gaya nakal. Sepertinya Masyitah ingin ibunya memulakan
bicara dahulu.
“Syitah, umi ada perkara yang nak ditanyakan padda
Syitah ni”. Mak Cik Maimunah memulakan bicara dengan tenang, jujur dan telus.
“Perkara apa umi? Dengar macam penting saja umi?”.
Masyitah yang kehairanan dengan persoalan ibunya itu mula mengajukan soalan.
“Hem, boleh dikatakan penting juga perkara ni Syitah.
Umi harap Syitah dengar dengan baik ya. Kalau Syitah tak setuju, Syitah jujur
terus terang dengan umi ye”. Mak Cik Maimunah memberikan kelonggaran kepada
anaknya. Beliau tidak ingin memberikan tekanan kepada anak sulungnya itu.
“Owkeyy umi. InsyaAllah. Apa yang pentingnya tu umi?.
“hem……………………..” Ibunya sedikit kaku untuk memulakan
bicara.
Suatu pagi yang
tenang, burung berkicauan riang. Pak CIk Nordin dan Mak Cik Maimunah didatangi
oleh satu keluarga di rumahnya. Pak Cik Nordin segera keluar untuk menyambut
tetamu tersebut.
“Assalamualaikum.
Ni Rumahnya En Nordin dan Pn Maimunah?”.
“Waalaikumusalam.
Iya, ini rumahnya kami. Kenapa ya?”.
“Saya En Jefri
dan ini isteri saya, Pn Afifah. Kami
datang ni membawa hajat…...”
Belum sempat En
Jefri menghabiskan ayatnya, Pak Cik Nordin sudah memotong kata-katanya dan
mengalukan mereka untuk masuk ke dalam rumah. Tetamu itu dipersilakan untuk
duduk. Dilayan dengan baik sekali. Mak Cik Maimunah sibuk menyiapkan minuman untuk
tetamu mereka itu.
Hati pasangan
suami isteri itu berdebar. Pak Cik Nordin dan Mak Cik Maimunah. Masing-masing
kehairanan apakah yang dimaksudkan dengan membawa hajat itu? Adakah keluarga En
Jefri datang ingin melamar anak mereka?. Soalan itu bermain-main di dalam benak
Mak Cik Maimunah yang sedang menbancuh air.
Selesai
membancuh, air di bawa ke ruang tamu. Mereka mula berbicara dan berkenalan.
“Seperti yang
kami katakan tadi, kami datang ini membawa hajat. Kami ingin melamar anaknya En
Nordin dan Pn Maimunah yang bernama Masyitah”. En Jefri meluahkan hajat
keluarga mereka setelah lama mereka berbicara.
Seperti yang
dijangka oleh Pak Cik Nordin dan Mak Cik Maimunah.
“Apa?Melamar Syitah? Habis tu umi dengan ayah jawab
ape?”.
“Umi dengan ayah tak bagi jawapan lagi. Kami nak tahu
dulu apa comment Syitah. Lagi pun ni
soal masa hadapan Syitah kan? Umi dengan ayah nak Syitah yang decide sendiri. So? Syitah nak terima ke tak?”. Ibunya meminta kepastian.
Dalam hati, Masyitah mengajukan banyak persoalan,
seperti tidak kehairanan dengan rakan sekelasnya di kampus, Fahmi. Kenapa Fahmi ni tiba-tiba nak lamar aku?
Tiba-tiba suruh parents dia datang
rumah aku segala. Patut la pagi tadi masa kat kampus dia pandang aku semacam
je. Hishh, tak nak la aku. Fahmi tu lahir dari keluarga yang bernama. Tak
sesuai la dengan aku. Aku ni biasa-biasa saja.
“Hem, umi tolak ye? Syitah tak nak la.” Masyitah mula
membuat keputusannya.
“Betul ni Syitah tolak? Tak menyesal ye?”. Ibunya
meminta kepastian yang benar.
“Betul umi. Syitah dah tetap keputusan Syitah. Kita
tolak”. Jawab Masyitah dengan penuh yakin sambil tersenyum.
“Ok. Kalau Syitah dah cakap macam tu, nanti umi cakap
dengan ayah, kita tolak lamaran tu.”
Masyitah menarik nafas dalam. Beliau berbisik di dalam hati.
Ya Allah, seperti yang engkau tatapkan dalam hatiku ini, hati ku ini cuma ada
seseorang yang engkau tetapkan untuk memiliki. Hatiku hanya ada seorang sahaja.
Hanya dia Ya Allah. Seseorang yang sudah lama ku tunggu. Semoga kau pelihara
beliau untuk ku.
“Syitah, Syitah, Masyitah binti Nordin anak umi??” Ibunya
memanggil.
“Ha, iya umi. Hee, Sorry
ye. Tak perasan pula umi panggil”. Masyitah yang sedang dalam bayangan kata
tersedar apabila dipanggil berkali-kali oleh ibunya.
“Kenapa senyap je? Fikir apa la anak umi seorang ni?
Hehe. Umi nak Tanya sikit. Syitah dah
ada pilihan sendiri ke?”
“Eh umi ni. Ke situ pula. Syitah muda lagi la umi. Tapi
kalau ada kenapa umi? Hehe”. Masyitah cuba bercanda dengan ibunya. Tersentak
dengan persoalan tadi.
“Kalau Syitah dah ada pilihan sendiri, cepat-cepat beritahu
umi dengan ayah ye. Syitah dah besar, belajar pun dah nak habis. Kalau
dipercepatkan perkara yang baik tu, umi dengan ayah suka. Umi turun dahulu”.
Mak Cik Maimunah seperti memberi green
light kepada Masyitah sambil melangkah keluar dari bilik.
Masyitah Cuma tersenyum. Hatinya rasa tenang dengan
kata-kata ibunya itu. Dalam senyum beliau memandang ke luar tingkap. Melihat
langit yang dipenuhi bintang. Hatinya terasa tenang. Tenang dengan keputusan
yang beliau terima daripada dia, tiga tahun lalu.
Masyitah turun dari katil, mengatur langkah ke bilik air
untuk mengambil wudhu’. Beliau menunaikan solat sunat hajat, witir dan membaca
surah Tabarak atau lebih dikenali dengan nama Al-Mulk sebelum melelapkan mata. Suatu rutin yang
jarang ditinggalkan oleh Masyitah. Di dalam doanya, beliau berdoa agar Allah
memudahkan kehidupan beliau dan keluarganya. Tidak lupa juga berdoa agar Allah
memelihara hatinya supaya tidak tesasar ke jalan yang salah seperti yang
dilakukannya tiga tahun dahulu.
Semenjak beliau
membaca kiriman email terakhir tiga
tahun lalu, beliau memperbanyakkan taubat. Memohon agar Allah memelihara
hatinya supaya tidak tersasar buat kali kedua. Memperbanyakkan kegiatan dalam
urusan dakwah, menghadiri usrah dan daurah.
* * * * *
“Wafiq,
lagi beberapa minggu final exam. Lepas tu kita habis belajar dah. Hehe.” Fariz
memulakan bicara ketika mereka sedang menikmati makan malam.
“Haah
ek? Tiga tahun rasa macam sekejap je. Pejam celik, pejam celik kita dah nak final exam.”
“Balik
Malaysia nanti anta nak buat ape? Kerja? Kahwin? Hehe. Masyitah anta tu macam
mana?” Fariz mula bertanya dengan nada nakalnya.
“Eh
anta ni. Ke situ pula. Muda lagi la kita ni. Kalau ana masuk lamar dia pun, dia
nak terima ana ke lagi-lagi lepas peristiwa
email terakhir yang ana hantar kat dia tu. Jangan-jangan dia dah
kahwin”. Wafiq menjawab acoh tak acoh.
“Tu
kalau dia dah kahwin. Kalau belum? Haa, anta masuk la cepat-cepat. Mana la tau
dia pun tengah tunggu anta kan?”. Fariz cuba memberi cadangan kepada Wafiq.
“Hishh
anta ni. Nanti-nanti la kita bincang pasal ni. Exam tak habis lagi dee. Relex la. Ana tak nak fikir pasal kahwin
ni dulu. Nak focus final exam ni dulu. Ok?”. Wafiq menjawab soalan Fariz itu
dengan cukup yakin. Iya, penuh yakin.
“Haha,
ok bro. ok. Sorry la ana melebih
pula”. Fariz cuba meminta maaf kepada Wafiq.
Mereka
kemudian menikati makan malam dengan tenang. Kebetulan pula malam ini adalah
giliran Fariz mencuci pinggan mangkuk. Selesai makan, seperti yang dijadualkan,
Fariz pun membawa pinggan, mangkuk dan cawan ke dapur untuk dibasuh.
Secara
senyap-senyap, Wafiq masuk ke dapur tanpa disedari oleh Fariz. Dia menepuk bahu
kanan Fariz. Bantu. Wafiq merasakan beliau bertanggungjawab untuk membantu
Fariz memandangkan mereka duduk serumah. Mereka membuat pembahagian tugas,
Wafiq mengosok pinggan, mangkuk dan cawan dengan sabun. Manakala Fariz akan
membilasnya. Terasa ukhuwah diantara mereka. Sangat akrab. Sambil mencuci dan membilas, mereka bergurau
senda. Wafiq mengambil sabun lalu menyapunya pada pipi Fariz. Fariz tidak mahu
mengalah, diambilnya air didalam takungan kedua tapak tangan, disimbah ke muka
Wafiq. Mereka sama-sama tertawa.
Setelah
kerja membasuh selesai, mereka mengambil buku dan mula untuk study bersama-sama di ruang tamu. Segala
apa yang tidak difahami mereka bawa berbincang. Sesi soal jawab berlaku di
dalam study mereka itu. Selesai satu chapter, mereka ke chapter seterusnya. Mereka sudah menetapkan bahawa setiap malam
sekurang-kurangnya mereka harus study
dua tajuk.
Tiba
waktu tidur, mereka masing-masing mula mengemas meja, buku-buku diambil dan di
letakkan semula di rak. Mereka berdua masuk ke bilik masing-masing. Wafiq
membuka sedikit tingkap biliknya. Walaupun cuaca sejuk, beliau tetap ingin
menhirup udara yang asli dari Negara matahari terbit itu. Tingkap yang terbuka
itu membentangkan berbilion-bilion bintang di langit. Terasa kedamaian di dalam
hati beliau. Setelah beberapa lama melihat keindahan ciptaanNya itu, Wafiq
megarahkan kakinya untuk ke bilik air. Beliau mengambil wudhu’. Bersedia untuk menunaikan
solat sunat hajat, witir dan membaca surah Al-Mulk seperti yang sering beliau lakukan. Sudah
menjadi rutinnya.
Pili
dibuka, kesejukan air menusuk hingga terasa ke tulang. Air di sapu kemuka.
Kesejukannya membuatkan hati afiq bertambah tenang dan damai. Selesai mengambil
wudhu’ dia membentangkan sejadah, bersedia untuk solat. Di dalam doanya, beliau
berharap agar Allah memudahkan urusan beliau dan juga Fariz ketika berada di
Jepun ini. Doanya supaya pelajaran mereka berdua cemerlang selari dengan
kecemerlangan mereka dalam mengerakkan usrah di bumi matahari terbit ini.
Beliau
juga berdoa supaya Allah menjaga hatinya supaya ditetapkan pada jalan yang
benar. Andai tersasar, dikembalikan semula ke jalan benar. Jalan yang dapat
menuju ke JannahNya.
* * * * *
Sedar tidak sedar mereka sudah sampai ke hari terakhir
peperiksaan. Wafiq dan Fariz seperti
biasa keluar dari rumah bersama-sama.
“Ok bro. Good luck macam
biasa ea. Habis exam nanti kita
jumpa”. Fariz memberikan kata-kata
semangat kepada sahabatnya, Wafiq.
“Hehe, ook. Anta pun sama juga. Good luck. Jangan tidur masa jawab paper”. Wafiq menjawab sambil mengangkat kening berkali-kali gaya
nakalnya yang sudah menjadi kebiasaan.
Mereka pun mengambil langkah masing-masing. Berbekalkan ilmu
di dada. Doa ibubapa, usaha yang bersungguh dan tawakkal yang tinggi kepada
Allah, mereka masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan.
Masing-masing diantara mereka masuk kedalam dewan
peperiksaan dengan mendahulukan kaki kanan beserta ‘basmalah’.
“Bismillahirahmanirahim”. Wafiq mengucapkan.
“Bismillahirahmanirahim”. Fariz juga mengucapkan.
Selesai paper terakhir. Semua pelajar riuh. Gembira apabila
sudah tamat peperiksaan. Mereka yang berbangsa Jepun masing-masing mengucapkan
selamat kepada pelajar-pelajar dari Negara luar terutama Malaysia. Wafiq yang
dari tadi hanya melihat telatah mereka, tersengihn dan mengeling-geling kepala.
Segala peralatan menulis dikemas, dimasukkan kedalam beg. Bersedia untuk balik
ke tempat penginapannya.
Dalam masa yang sama, seseorang sedang memerhatikan Wafiq
dari belakang dewan. Memandangkan dewan peperiksaan ini tidak terlalu besar,
yang mampu memuatkan hanya lebih kurang
30 orang pelajar, tidak menjadi masalah kepada dia untuk memerhatikan Wafiq dari
belakang. Di dalam hati seperti ingin
berjumpa dengan Wafiq walaupun dia tahu mereka akan balik ke Malaysia dengan
flight yang sama. Dia bernekad untuk berjumpa. Iya, jumpa.
Belum sempat Wafiq sampai di tempat menginapnya, beliau
ditegur oleh seseorang pelajar.
“Assalamualaikum akhi.” Suara lembut itu menyapanya dari
belakang.
“Waalaikumusalam warahmatullah.” Wafiq menjawab tenang sambil
memusingkan kepala menoleh ke belakang.
Di hadapannya berdiri seorang perempuan yang tidak asing
bagi beliau kerana perempuan tersebut merupakan classmate beliau. Atikah namanya. Tetapi wajahnya tidak kelihatan
kerana Atikah menunduk.
“Ye? Ada apa ye panggil ana?”. Tanpa menunggu Wafiq mengajukan
soalan kepada Atikah.
Kelihatan perempuan yang berada di hadapannya itu seperti
dalam keadaan takut dan malu. Masih lagi menunduk. Seperti ada sesuatu yang
penting untuk di sampaikan. Wafiq yang kehairanan mula mengangkat keningnya
beberapakali.
“Ye anti, ada apa panggil ana?”. Wafiq sekali lagi
mengajukan soalan kepada Atikah.
Tidak lama kemudian Fariz tiba. Kehadiran Fariz nampaknya
membuatkan Atikah kurang selesa untuk
berterus terang dengan Wafiq. Wafiq cuba memberi arahan kepada Fariz supaya
lebih senyap dan menemaninya berhadapan dengan Atikah.
“Hem, enta balik Malaysia bila ye?”. Atikah cuba berdalih apabila Fariz tiba di sisi
Wafiq. Beliau masih menunduk.
“Ouh, anti nak Tanya tu ke? Hm, ana balik saing dengan
student-student Malaysia yang lain juga. Lusakan flight?”. Wafiq menjawab
sambil memandang muka Fariz. Cuba mendapatkan kepastian mengenai waktu
penerbangan. Fariz yang masih ‘clueless’
Cuma mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh Wafiq itu.
“Ok. Ana nak tanya itu saja. Maaf menganggu enta.
Assalamualaikum”. Tanpa memandang wajah Wafiq dan Fariz, Atikah berlalu pergi.
Atikah semakin jauh dari pandangan Wafiq dan hilang di
sebalik simpang bertembok itu. Wafiq hanya menghantar dengar leretan mata
sambil menjawab salam tersebut. Fikirinnya masih tertanya-tanya dan beliau
percaya Atikah punyai sesuatu yang ingin dikatakan pada beliau.
“Waalaikumusalam”. Salam yang dijawab oleh Wafiq hanya
berbunyi bisikan. Matannya terus memandang jalan tempat yang dilalui oleh
Atikah sebentar tadi. Kaku.
“Wey Wafiq. Wafiq? Wafiq Ibn Aizan? Berangan ape tu ha?”.
Fariz cuba menyedarkan Wafiq dari lamunannya.
“Ehh, anta ni. Mana ada berangan. Senget. Ana Cuma pelik je
dengan Atikah tu. Dalam kelas tak ada pula macam tu”.
“Hm, jangan-jangan…..Hehe, jeng jeng!!”. Fariz cuba untuk
menduga keadaan yang berlaku.
“Hah, ape yang seronok sangat? Dah, jangan nak fikir benda
pelik-pelik. Jom kita balik.” Wafiq menjawab sambil tersengih lalu mengajak
Fariz pulang.
*
* * * *
Selesai menunaikan solat asar berjemaah, mereka membaca
Al-mathurat bersama-sama. Kemudian di isi dengan usrah bersama rakan-rakan yang
lain. Permulaan usrah diisi dengan tilawah Al-quran dan diikuti dengan bacaan
tafsirnya sekali. Kemudian sesi
perkongsian ilmu. Banyak yang dikongsikan di dalam usrah. Walaupun umur
diantara Wafiq dan Fariz dengan anak
usrahnya sama, tetapi mereka berdua tetap mendapat penghormatan daripada anak
buahnya. Mereka dipanggil mas’ul. Tiba-tiba seorang daripada mereka
mengajukan soalan.
“Akhi Wafiq, anta lepas balik Malaysia ni nak buat apa?.
Narsil bertanya.
“Hem, ada sedikit tugasan ana nak buat. InsyaAllah. Kenapa?”
“Ouh. Dengarnya anta
nak langsungkan sesuatu. Kami semua ni pun dah lama tak makan nasi minyak.
Hehe.” Narsil cuba berselindung dengan jawapannya. cuba membuat muslihat.
“Nasi minyak? Asal nasi minyak pula ni? Ada-ada je anta ni
Narsil”.
”Tak apa. Kalau akhi tak nak mengaku taka pa kami tak kisah.
Tapi nanti kalau nak buat kenduri tu jangan lupa ajak kami semua tau. Teringin
nak tengok zaujahnya mas’ul kami ni. Hehe.”
Syakir cuba menyampuk perbualan. Mereka semua tertawa.
Fariz dan Wafiq hanya tersenyum melihat gelagat anak buah
mereka itu. Namun di dalam hati kecil Wafiq, beliau berkata,“InsyaAllah.
Mudah-mudahan Allah jaga dia untuk aku”. Wafiq kembali tersenyum memandang anak
buahnya itu semua.
Selesai usrah, anak buah mereka pulang ke rumah penginapan
masing-masing. Suasana yang sepi diisi dengan desiran kipas pecah dengan
sergahan Fariz.
“Hahh!! Berangan apa lagi buah hati ana ni? Haha.. Ni
mesti teringatkan Masyitah kan?!”. Fariz
cuba membuat Wafiq tertawa dengan pangilan ‘buah hati’ itu.
“Hem, anta ni faham-faham je ek ape yang ana fikir. Kita ni
memang ada chemistry la. Hehe”. Wafiq
menjawab dengan tawa yang mekar dibibir.
“So macam mana bro? anta ckp lepas exam kan? Sekarang ni dah
habis exam dah. What’s your planning?”.
Fariz cuba mendapat pandangan daripada Wafiq sendiri.
“Hem, entah la Fariz. Anta tengok la tadi, anak buah kita
semua macam beri positive answers.
Mengalakkan ana untuk mempercepatkannya lagi”.
“Ana rasakan, memang dah sampai masanya anta teruskan niat
anta tu. Ana percaya anta mesti dah buat istikharah kan sebelum-sebelum ni?
Qiamullail pun ana tengok anta semakin kerap buat. So tak ada apa pe tanda
ke?”. Faris cuba memberikan cadangan dan galakan kepada Wafiq.
“InsyaAllah. Tanda tu memang dah ada. Ana memang dah decide
nak melamar Masyitah bila sampai di Malaysia nanti bro. doakan ana ye”. Dengan
yakin Wafiq berterus terang dengan Fariz.
“Hahhh??!! Alhamdulillah. InsyaAllah ana doakan anta bro.
ana tengok anta dengan Masyitah tu memang sesuai sangat. Ana yakin yang dia pun
tengah tunggu anta.” Fariz jawab dengan penuh yakin dan memberi sedikit
kata-kata semangat kepada Wafiq.
Wafiq hanya mampu tersenyum dengan kata-kata sahabatnya itu.
Matanya dilarikan pada jam di dinding. Hampir maghrib. Mereka masing-masing
pergi membersihkan diri di kamar mandi.
* * * * *
Malam itu wafiq mengenakan dirinya dengan baju melayu
berwarna hijau. Sungguh cantik. Ditambah pula dengan sedikit wang –wangian pada
pakaian supaya tenang dan selesa ketika mempersembahkan ibadah kepada Allah SWT.
Wafiq yang siap lebih awal menunggu Fariz di ruang tamu. Sambil menunggu beliau
mengisi masa dengan membaca Al-Quran. Naskah dibukanya. Penanda diselak dan
beliau menyambung di tempat yang beliau
berhenti sebelum ini.
“Wah! Berseri-seri sahabat ana seorang ni. Macam ada kenduri
saja. Hehe.” Bicara Fariz yang agak tinggi itu sedikit membuatkan Wafiq
terkejut.
Segera Wafiq menghabiskan baris terakhir ayat tersebut. Lalu
diambilnya penanda yang dikeluarkan tadi, diletak pada tempat yang beliau
berhenti. AL-Quran ditutup. Dicium dan dengan mengunakan tangan kanan, Wafiq
memegang Al-Quran itu separas dengan dadanya. Hormat.
“Ya Allah Fariz. Anta ni, buat ana terkejut saja tau. Nak
kena dia ni”. Sambil berkata beliau meluru ke arah Fariz, cuba mencari pinggang
sahabatnya itu untuk digeletek.
“hah hah, nak geletek la tu.” Fariz seperti sudah dapat
meneka apa yang akan dilakukan oleh
Wafiq.
Wafiq meluru ke arah Fariz dan memeluknya erat. Matanya
ditutup dengan rapat. Suasana ruang tamu
menjadi sunyi sepi. Seketika kemudian kedengaran seperti esakan kecil seperti orang menangis. Fariz yang tadinya tersenyum berubah terkejut
dengan tangis sahabatnya itu. Terasa bahu kanannya mula dibasahi oleh linangan
air mata Wafiq. Masing-masing membisu. Dakapan mereka semakin kuat.
Didalam pelukan mereka, Fariz mula bertanya kepada
sahabatnya, Wafiq.
“Wafiq, kenapa anta menangis ni?.” Fariz bicara lembut
bertanya kepada Wafiq.
“Syukran Fariz. Syukran sangat sebab anta dah jadi sahabat
ana yang terbaik semenjak kita di Malaysia lagi. Anta banyak bantu ana.” Fariz
meluahkan isi hatinya berselang-seli dengan bahunya yang terhinjut-hinjut.
Terpana dengan kata-kata Wafiq itu, Fariz mula merasakan
matanya dipenuhi dengan air. Matanya dipejam. Dia menguatkan lagi pelukan
sahabatnya itu. Air matanya ditahan supaya tidak disedari oleh Wafiq bahawa
beliau juga sedang menitiskan air mata. Tetapi, Fariz tidak mampu untuk
menahannya. Air mata tumpah membasahi bahu Wafiq. Basah dibahu sebelah kanan
baju melayu hijaunya. Fariz cuba mengatur katanya.
“Ya Allah akhi, taka da apa-apa la. Ana ni Cuma jadi orang
perantaraan dari Allah untuk anta supaya kita dapat bersama dan saling
ingat-mengingati sesame kita.” Fariz cuba menenangkan hati Wafiq.
Wafiq melepaskan pelukan mereka. Mata mereka bertemu, tangan
dihulur bersama-sama. Mereka bersalaman sambil tersenyum manis walaupun mata
masih kemerehan. Masih ada kesan lilihan air mata di pipi masing-masing. Tangan dilepaskan semula. Mereka mengambil
langkah untuk ke tempat solat bersama-sama. Rumah yang dijadikan tempat solat.
*
* * * *
Tiba masanya mereka pelajar-pelajar Malaysia akan pulang ke
tanah air. Masing-masing bersalaman diantara mereka. Seperti ada barisan yang
panjang dilapangan kapal terbang itu. Ketika itu Wafiq merasakan seperti ada
seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh. Namun dia tidak
menghiraukannya. Mereka bersalaman sesame mereka, muka memberikan senyuman
manis dan mulut bicara nasihat dan peringatan ketika akan bercuti kelak. Fariz mengekori Wafiq
dari belakang dan diikuti pelajar-pelajar lain.
Selesai bersalaman mereka kembali duduk di tempat menunggu.
Masih didalam kumpulan pelajar-pelajar Malaysia.
“Wafiq, anta ada rasa tak seseorang sedang perhatikan
anta?”. Fariz cuba bertanya kepada Wafiq.
“Ade. Masa kita
tengah salam tadi memang ana dapat rasa ada seseorang tengah perhatikan ana.
Tapi tak tahu la pula siapa.”
“Hehe, ana rasa ana tahu siapa. Dari tadi ana tengok dia
asyik perhatikan anta. Dahsyat ye anta ni, beruntung jadi hensem, ada orang
minat.” Fariz jawab sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda cemburu.
“Ehh anta ni. Jangan fikir negative sangat la. Kita kena
bersyukur dengan rupa paras yang Allah dah beri pinjam kat kita ni. Hensem ke,
tak ke. Cantaik ke, tak cantik ke, semua tu milik Allah. Faham sahabat? By the way, siapa orang yang anta cakap
dia asyik tengok ana tu?.” Panjang lebar Wafiq menjawab supaya dapat memuaskan
hati sahabatnya itu. Beserta juga beliau bertanya tentang orang yang
memerhaikan dirinya.
“Hee, syukran akhi. Anta nak tahu? Akhawat hari tu la.
Atikah.” Ringkas jawapan yang diberikan
oleh Fariz.
Wafiq terkejut. Fikirannya terganggu. Kenapa Atikah ni ye?
Hari tu masa jumpa pelik semacam. Ni nak balik lagi bertambah pelik. Sisihkan
sisihkan. Jangan fikir Wafiq. Wafiq hanya mampu berkata didalam hati sambil
kepala ditundukkan ke bawah dan matanya memandang lantai yang berwarna coklat itu.
*
* * * *
Sudah seminggu Wafiq tiba di Malaysia. Banyak perubahan yang
sedah berlaku sepanjang tiga tahun beliau di Jepun. Alhamdulillah walaupun baru
seminggu beliau tiba di Malaysia, namun beliau sudah mempunyai usrah. Beliau
yang membawa usrah juga mengikuti usrah. Mas’ul usrah dan juga ahli usrah yang
lain belum beliau jumpa kerana usrah yang diikutinya itu akan berjalan pada
keesokan malamnya. Usrah yang diikutinya
itu telah diperkenalkan oleh ibunya kepada beliau.
“Hem, dah seminggu aku sampai kat Malaysia. Usrah pun dah
jumpa. Tak sabar nak pergi usrah esok.” Wafiq bicara sendirian di dalam bilik.
Beliau memandang ke luar tingkap yang sudah dibukanya
sebelum beliau merebahkan badan ke atas katil. Fikirannya kini teringatkan
kepada seseorang. Masyitah. Kesilapannya tiga tahun lalu yang tersasar
membuatkan beliau takut untuk memendam perasaan di dalam hati kepada wanita.
Terutama kepada Masyitah. Beliau takut sekiranya perasaannya terhadap Masyitah
itu salah.
Melihat bintang-bintang di langit. Bulan yang menyinari
malam. Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Fikirannya masih kepada Masyitah. Sepertinya
banyak soalan yang ingin dikemukakan oleh Wafiq kepada Masyitah. Apa khabar
dia? Study macam mana? Yang paling penting ingin diketahui oleh Wafiq ialah,
adakan Masyitah sudah berkahwin.
Bermacam cara difikirkan oleh Wafiq tetapi beliau buntu
akhirnya.
“Kalau aku Tanya dia melalui email, tu dah macam salah pula.
Takut melalaikan pula. Hem, nak Tanya macam mana ye?” Hati Wafiq bertalu-talu
memberikan tanda soal.
Yang aku tahu tentang dia, Cuma nama ayah dan mak dia. Pak
Cik Nordin dan Mak Cik Maimunah. Itu saja. Akhirnya beliau mendapat satu
akal. Idea yang cukup bagus. Masyitah
mesti ada usrah punya.
“Aku akan cari siapa mas’ul dia. Tepi macam mana aku nak
tau?”. sedikit idea keluar dari fikirannya. Hanya separuh. Yang berbaki hanya
tersimpan. Adakah aku harus bertanya
kepada kenalan Masyitah mengenai usrah beliau.
Kesesokan pagi, Wafiq bersarapan bersama-sama keluarganya.
Ibunya menyediakan sarapan yang istimewa seperti ada sambutan sesuatu. Sedang
asyik melayan perut, Wafiq mengajukan soalan kepada uminya yang duduk
berhadapan dengannya.
“Umi, usrah yang umi cakap tu siapa mas’ulnya? Darimana umi
tahu usrah tu?.” Wafiq bertanya setelah selesai menelan mee goreng di dalam
mulutnya.
Ayah Wafiq, Pak Cik Aizan seperti terkejut dengan soalan
yang diajukan oleh Wafiq kepada ibunya. Pak Cik Aizan memandang wajah
isterinya, Mak Cik Khadijah. Mereka berdua saling berpandangan.
Mak Cik Khadijah mencucuk udang yang berada di didalam
pinggan dan membawanya masuk ke dalam mulut. Setelah ditelan, beliau memulakan
bicara bagi menjawab soalan anak sulungnya itu dan juga merupakan satu-satunya
anak yang mereka miliki. Dengan tenang Mak Cik Khadijah menjawab.
“Ada kawan umi beritahu. Suami dia yang jadi mas’ul usrah
tu. Jadi dia ajak Wafiq ikut sekali. Kenapa? Wafiq tak suka ke?”. Mak Cik
Khadijah bertanya kepada anaknya setelah memberikan jawapan.
“Ehh tak ada la umi. Wafiq dah tak sabra nak pergi malam ni.
Tak sabar nak jumpa mas’ul baru, ahli-ahli usrah baru”. Jawab Wafiq sambil
tersenyum lalu mengambil mee tambahan untuk ditambah ke dalam pinggannya.
“Kalau Wafiq setuju bagus la. Umi dengan ayah suka. Kan
umi?”. Sampuk Pak Cik Aizan di celahan perbualan itu sambil mengenyitkan mata kepada
isterinya, Mak Cik Khadijah. Mereka berdua tersenyum.
Mak Cik Khadijah yang telah selesai makan melatakkan suda
dan garfu di atas pinggan yang licin dan sedikit berminyak. Kemudian bertanya
lagi kepada anaknya.
“Jadi malam ni Wafiq nak drive sendiri atau nak kami
hantarkan?”. Mak Cik Khadijah memberikan cadangan.
“Hem, tak apa. Wafiq tak nak susahkan umi dengan ayah. Lagi
pun Wafiq boleh drive sendiri. Cuma….”. belum sempat Wafiq menghabiskan
ayatnya, Mak Cik Khadijah sudah memotong.
“Cuma tempat usrahkan? Ha, Wafiq jangan risau. Tempat tu
mudah saja. Lagi pun Mas’ul Wafiq tu
buat usrah di rumah beliau. Nanti umi bagi alamat dia. Katanya usrah mula jam
9.00 malam”. Jawab Mak Cik Khadijah dengan semangat dan panjang lebar.
“Ouh, baiklah umi. Bertambah tak sabra Wafiq”. Wafiq
tersenyum dan lalu menghabiskan baki mee goring yang ada di dalam pinggan.
Pak Cik Aizan hanya tersenyum dari permulaan perbualan
diantara isterinya dengan anaknya itu. Faham dengan perangai isterinya, Mak Cik Khadijah.
“Alhamdulillah, jumpa. No 87, rumah hujung. Ni kot
rumahnya”. Bicara Wafiq setelah melihat alamat yang diberikan oleh uminya
ditangan dan menoleh ke rumah yang dicari.
Setelah butang mengunci kereta ditekan, Wafiq yang
mengenakan pakaian berwarna hijau dan seluar hitam mengatur langkah untuk ke
rumah tersebut yang pintu pagarnya sedikit terbuka. Mungkin memberi kumudahan
kepada ahli usrah yang lain untuk memasukinya.
Beg yang berisi Al-Quran dan buku nota di rapatkan pada dadanya tanda hormat.
“Assalamualaikum”. Wafiq yang berdiri di luar pagar rumah
memberi salam sebelum masuk dan menunggu jawapan dari dalam.
Seketika kemudian salamnya di jawab dan muncul seorang
lelaki berbaju melayu berwarna maron.
“Waalaikumusalam warahmatullah. Wafiq bin Aizan ke?”. Sambil berjalan menghampiri Wafiq yang berada
di pagar luar, lelaki itu menjawab salam dan meminta kepastian.
“Iya saya. Wafiq bin Aizan”. Jawab Wafiq tersenyum sambil
menyium tangan yang dihulur oleh lelaki tersebut.
“Mari masuk. Kami semua sedang tunggu anta sebenarnya”.
Sambil memegang bahu Wafiq, lelaki itu membawa Wafiq masuk ke dalam rumahnya.
“Ouh. Semua dah sampai ke? Maaf la pak cik saya terlambat”.
Wafiq cuba meminta maaf tanda hormat kepada yang lebih tua.
Lelaki itu hanya tersenyum dan terus berjalan sambil tangan
kirinya masih memegang bahu kiri Wafiq.
Setelah berada di dalam bulatan, Wafiq di tempatkan
bersebelahan denga mas’ulnya. Di sebelah kanan. Mereka memulakan usrah. Bagi
Wafiq yang merupakan ahli baru, beliau diminta untuk memperkenalkan diri dengan
ahli usrah dan lain. Permulaan usrah dimulakan dengan sesi ta’aruf dahulu. Setelah selesai
memperkenalkan diri, tempat tinggal, bidang yang diceburi dan perkara disukai,
gilliran mas’ul dan ahli usrah yang lain memperkenalkan diri mereka kepada
beliau.
Mas’ulnya itu mendahulukan ahli usrah yang lain untuk
memperkenalkan diri. Selesai ahli usrah yang lain memperkenalkan diri, tiba
pada giliran mas’ulnya itu.
“Bismillah, Nama Pak Cik ialah Nordin. Anta boleh panggil
Pak Cik Nordin”. Jawab lelaki itu sambil tersenyum memandang wajah Wafiq di
sebelah kanannya.
Wafiq terkesima. Sekilas wajah Masyitah terpapar di dalam
fikirannya. Seperti tayangan video.
Wafiq terkejut. Beliau memandang wajah Pak Cik Nordin dan mengangkat kening
kirinya. Kurang pasti.
“Tak mungkin la ni ayahnya Masyitah. Tiga tahun lalu dia
cakap ayahnya memakai cermin mata. Pak Cik Nordin ni tak pakai pun”. Wafiq menidakkan
perasaannya. Membuang perasaan bahawa itu ialah ayahnya Masyitah. Tidak ingin
difikirkan.
Selesai Pak Cik Nordin memperkenalkan diri, mereka memulakan
usrah. Bermula dengan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan maksud dan tafsinya
sekali.
Ketika hendak membaca Al-Quran, Pak Cik Nordin memasukkan
tangan kanannya ke dalam poket atas baju melayunya. Seperti ingin mengambil
sesuatu.
Cermin mata.
Mata Wafiq yang sedang memandang ayat Al-Quran dari surah
An-Nisa’ itu membesar. Jantungnya berdebar seperti ingin pecah. Adakah ni
memang ayahnya Masyitah?. Namun Wafiq cepat-cepat sisihkan perasaan hatinya
itu. Beliau tidak mahu memikirkan mengenai Status Pak Cik Nordin itu. Adakah
benar atau tidak dia adalah ayahnya Masyitah, Wafiq tidak mahu tahu walau sedikit.
Beliau ingin kehadirannya di dalam usrah ini ikhlas kerana
Allah. Hadir di dalam usrah untuk menimba ilmu di dada. Bukan memikirkan hal
yang tidak penting itu.
Set. Wafiq menetapkan di dalam mindanya bahawa Pak Cik
Nordin ini bukannya ayah kepada Masyitah. Tidak mungkin beliau ayahnnya
Masyitah. Beliau menetapkan. Tetap.
Sebelum pulang, sedikit juadah disediakan oleh Pak Cik
Nordin. Mereka berjamu selera sebentar sambil berkongsi pengalaman. Yang
menjadi tumpuan ialah pengalaman daripad Wafiq kerana beliau baru sahaja pulang
dari Jepun. Sekejap sahaja ukhuwah
antara Wafiq bersama usrah itu terjalin.
Hanya semalam.
Setelah ahli usrah yang lain pulang, Wafiq meminta diri
daripada Pak Cik Nordin untuk pulang juga. Tangan Pak Cik Nordin di cium lalu
Pak Cik Nordin memeluk tubuh Wafiq. Wafiq kaku sebentar. Dia hanya tersenyum
dan berlalu setelah menjawab salam dari pada mas’ulnya itu.
Setelah ruang tamu rumah Pak Cik Nordin kosong, anak
sulungnya, Masyitah turun dari bilik untuk mengemas pinggan dan cawan yang di
gunakan oleh ayahnya dan ahli usrah yang lain. Mak Cik Maimunah membantu
Masyitah. Pak Cik Nordin tersenyum melihat akhlak anak sulungnya itu yang
rajin. Syukur yang besar dilafazkan oleh beliau walaupun dikurniakan seorang
cahaya mata, tetapi Masyitah ini sudah cukup membahagiakan beliau suami isteri.
* * * * *
Selesai makan malam, Wafiq membawa pinggan mangkuk ke dapur.
Mak Cik Khadijah sedang mencuci sebahagian yang sudah diangkat oleh anak
lelakinya itu.
“Umi, boleh Wafiq tolong?.” Wafiq menawarkan diri.
“Tak apa. Wafiq pergi
la duduk kat depan tengok tv dengan ayah. Umi boleh cuci sendiri”. Jawab Mak
Cik Khadijah sambil tersenyum.
Wafiq menuruti kata-kata uminya itu. Beliau melangkah ke
ruang tamu. Duduk bersebelahan dengan ayahnya. Kanan ayahnya. Mereka berborak
sambil menonton tv.
Seketika kemudian, Mak Cik Khadijah dating dan duduk di
sebelah kanan Wafiq. Kini Wafiq duduk diantara ayah dan uminya. Rapat. Uminya mula membuka bicara.
“Macam mana usrah? Best?”. Tanya uminya sambil memandang tersenyum.
“Hem, best sangat. Seronok. Nama mas’ul Wafiq tu Pak Cik
Nordin”. Jawab Wafiq tersenyum.
Banyak perkongsian ilmu ketika usrah diceritakan kepada ibu
dan ayahnya. Panjang lebar perbualan mereka bertiga.
Setelah lama mereka berborak, Wafiq meminta diri untuk naik
ke bilik memandangkan hari sudah lewat. Wafiq naik ke bilik lalu mengala ke
bilik air yang terdapat di dalam biliknya. Beliau mengambil wudhu’. Kemudian
seperti biasanya beliau menunaikan solat sunat hajat, witir dan membaca Al-Mulk
sebelum melelapkan mata.
Selesai tugasan itu,
Wafiq merebahkan badan di atas katil. Matanya memandag tepat pada kipas.
Berpusing laju. Beliau teringat sahabatnya semasa di Jepun. Fariz. Apa khabar
la Fariz ye? Lama aku tak contact
dia.
Tangannya mencapai Samsung Galaxy S3 yang diletakkan
bersebelan katilnya. Akhi Fariz. Beliau slide
nama yang terkandung di contact itu ke kanan.
“Assalamualaikum Fariz.” Bicara Wafiq di permulaan talian.
“Waalaikumusalam broo!! Anta ape kahabar? Lama tak call ana?
Anta sihat?”. Kedengaran suara Fariz begitu teruja di hujung talian sana.
“Alhamdulillah ana sihat. Anta apa khabar?”.
“Ana sihat juga. Hehe”.
“Hem, so apa anta buat sekarang? Usrah still ikutkan?”.
Wafiq cuba mengingatkan sahabatnya itu dengan usrah supaya sahabatnya itu tidak
terlepas.
“Ehh, still ikut. InsyaAllah. Jangan risau akhi. Anta pula
sekarang ni buat apa? Merancang pearkahwinan dengan Masyitah? Hehe.” Fariz cuba
untuk bergurau dengan sahabatnya itu mengenai Masyitah
“Anta ni, dari dulu sampai la dak habih pasai Masyitah tu.
InsyaAllah, InsyaAllah.” Jawab Wafiq dengan mengunakan sleng kedah.
“Haha, boleh la sikit-sikit. Ok la Fariz, ana nak tidur dulu
ni. Anta tak ada nak cakap something
kat ana?”. Wafiq cuba memberi peluang
sebelum mereka meletakkan talian.
“Ada-ada. Uhibbukafillah akhi.” Fariz menjawab sambil
tersenyum.
“Uhibbukafillah fi ri’ayatillah. Jaga diri baik-baik akhi. Assalamualaikum”.
Wafiq menjawab sambil tersenyum juga.
“Anta juga. Jaga diri baik-baik sahabat. Waalaikumusalam”.
Fariz menjawab dengan penuh kasih sayang ukhuwah.
Mereka percaya, walaupun mereka berada jauh tetapi hanya
dengan talian juga ukhuwah antara meraka
boleh dieratkan. Mereka masih boleh memahami hati budi masing-masing. Itulah
ukhuwah yang dibina atas dasar iman dan taqwa padaNya. Kadangkala mereka
terfikir, apakah ‘perencah’ yang telah mereka gunakan sehingga kuat ukhuwah
antara mereka.
Wafiq melelapkan mata. Tenang. Damai. Rasa sehingga ke hati
sanubari.
* * * * *
Suatu petang, Wafiq bersama ibu dan ayahnya minum petang.
Air teh dan pisang goreng di sediakan oleh uminya. Sambil duduk di halaman yang
redup itu mereka berborak mesra. Dengan suasana taman yang indah menghijau
dengan pokok yang ditanam oleh Mak Cik Khadijah. Bermacam-macam soalan diajukan
kepada Wafiq. Satu persatu dijawabnya. Adakalanya beliau tertawa dengan soalan
yang diajukan oleh ibubapanya itu.
“Wafiq ana umi ni dah besar panjang. Bila nak bagi umi
menantu?”. Umi bertanya soalan yang lebih mendalam.
Wafiq yang sedang minum air hampir tersembur keluar kerana
terkejut dengan soalan uminya itu. Secara tidak langsung wajah seseorang
terpapar sekali lagi di fikirannya.
Ayahnya juga seperti ingin bertanyakan soalan yang sama kepada beliau.
Dengan tenang Wafiq menelan air tersebut dan bersedia mengatur kata untuk
menjawab soalan itu.
“Hem, InsyaAllah umi ayah. Kalau dah sampai masa Wafiq akan
teruskan”. Jawab Wafiq pendek sambil tersenyum.
“Jadi Wafiq dah ada pilihan la ni?”. Ayahnya cuba untuk
mengetahui.
“Hem, ada tu memang ada ayah, umi. Tapi Wafiq belum bersedia
sepenuhnya lagi. Wafiq perlukan masa sikit. Sikit je lagi”. Wafiq menjawab
dengan penuh yakin persoalan ayahnya itu.
“Kalau macam tu bagus la. Nanti kalau Wafiq dah sedia, cakap
dengan umi dan ayah. Kami boleh uruskan”. Uminya memberi penawaran kepada
beliau.
Mekar senyuman di bibir Wafiq apabila mendengar kata-kata
ibunya itu. Alhamdulillah. Hatinya terasa tenang dan damai. Seketika kemudian,
beliau mendapat satu panggilan.
“Assalamualaikum Wafiq. Ni Pak Cik Nordin. Usrah kita tukar
esok malam ye? Sebab ahad ni Pak Cik ada hal”. Suara mas’ulnya kedengaran di
hujung talian.
“Waalaikumusalam. InsyaAllah Pak Cik. InsyaAllah boleh”.
“Tempat biasa, rumah Pak Cik. Pukul 9.00 ye?
Assalamualaikum”. Pak Cik Nordin memberikan sedikit peringatan kepada Wafiq
sebelum memberi salam.
“Ok Pak Cik. InsyaAllah ana tak lupa tu. Waalaikumusalam”.
Jawab Wafiq dengan penuh hormat kepada mas’ulnya itu.
Talian dimatikan. Segera di letakkan semula telephone
bimbitnya di atas meja. Mata kedua orang tuanya masing-masing memandang ke arah
beliau. Wafiq terpaku.
“Umi, ayah, kenapa pandang Wafiq macam tu sekali?
Menakutkanlah. Hehe”. Wafiq bertanya
sambil bergurau.
“Siapa call? Bapa mertua ke?”. Uminya cuba untuk menguji.
“Ke mak mertua? Hehe”. Kali ini ayahnya pula mula bergurau
dengannya.
“Hish, taka da la. Mas’ulnya Wafiq call. Katanya usrah tukar
esok malam sebab dia ada hal ahad ni”. Jawab Wafiq.
Mak Cik Khadijah dan Pak Cik Aizan tersenyum sesame sendiri
sambil mengenyit mata. Mungkin apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar.
Uminya menuang lagi air ke dalam cawan setiap seorang dari mereka. Sambal kicap
juga di tambah di dalam magkuk kecil. Terserlah keceriaan di muka wanita itu.
Bahagia apabila anaknya bahagia.
* * * * *
Usrah pun berakhir. Seperti biasa, Pak Cik Nordin akan
menyediakan sedikit juadah untuk ahli usrahnya. Mereka dijemput makan. Cuma
pada malam ini Wafiq merasakan terdapat sedikit perbezaan pada juadah yang
disediakan. Jenis-jenis masakan dan juga rasanya. Berlainan dari hari-hari
biasa. Rasanya cukup berbeza.
Selesai makan, Wafiq menawarkan diri untuk mengemas dan
membawa pinggan, cawan ke dapur. Tetapi dihalang oleh mas’ulnya itu. Wafiq
menuruti. Hormat.
Sementara itu, ahli
usrah lain meninggalkan ruang tamu. Meminta diri untuk pulang. Begitu
juga dengan Wafiq. Bergilir untuk bersalam dengan mas’ul mereka. Wafiq menjadi
orang terakhir yang akan bersalam dengan mas’ulnya itu. Selesai mencium tangan dan memberi salam
kepada mas’ulnya itu, Wafiq berpusing untuk keluar dari rumah. Tiba-tiba tangan
kanannya dipegang oleh mas’ulnya itu.
“Wafiq, kita duduk minum-minum dulu ye?”. Minta mas’ulnya
dengan lembut.
“Tapi tadikan kita dah minum Pak Cik?”. Wafiq bertannya
kehairanan.
“Ala, apa salahnya minum sekali lagi. Bolehkan?”.
Tanpa menunggu dan dengan rasa hormat Wafiq menerima tawaran
itu. Mereka kembali masuk ke ruang tamu. Isteri Pak Cik Nordin menghidangkan
air semula. Kemudian beliau erlalu ke
dapur semula. Wafiq mula hairan dengan
bicara mas’ulnya pada ketika itu. Bicaranya berbeza jika hendak dibandingkan
dengan bicafra ketika usrah. Mas’ulnya banyak berkongsi berkenaan
kehidupan berumah tangga dan
tanggungjawab seseorang suami kepada keluarganya. Wafiq mendengar dengan taat.
Perkongsian antara Wafiq dan mas’ulnya itu berlangsung
sehingga larut malam. Hampir ke jam 12.00 malam. Akhirnya sebelum mas’ulnya
mengakhiri bicara dan sebelum Wafiq pulang ke rumah, mas’ulnya bertanyakan
soalan.
“Wafiq dah sedia nak kahwin?
Dah ada sesiapa ke dalam hati?”.
“Hem, InsyaAllah Pak Cik.” Dia hanya menjawab pendek.
“Kalau Wafiq tak keberatan, dan dah ada keputusan, datang la
kerumah Pak Cik ni. Bawa ibu dan ayah Wafiq. Pak Cik nak satukan Wafiq dengan
anak Pak Cik”. Mas’ulnya berterusterang.
Wafiq terkesima. Jantungnya berdebar seperti hendak pecah.
Fikirannya menjadi bercelaru kerana mas’ulnya menawarkan sesuatu kepadanya
sedangkan hatinya Cuma ada seseorang yang sedang ditunggu, Masyitah. Fikirannya
seperti hendak putus. Putus akal. Dia menjawab dengan tenang.
“Boleh tak Pak Cik beri ana masa? Seminggu ke, sebulan
ke? Lagi pun ana tak kenal lagi anak Pak Cik. Ana nk minta Allah petunjuk dahulu. Boleh?”.
Wafiq menjawab dengan penuh harapan.
“InsyaAllah. Boleh. Wafiq nak berapa lama pun boleh. Tapi
jangan lama sangat ye. Pak Cik tunggu keputusan dari Wafiq. Kalau dah setuju
terus dating rumah Pak Cik ni, tak perlu call. Pintu rumah sentiasa terbuka”.
Mas’ulnya seperti memberi harapan yang tinggi daripada dirinya.
Wafiq dengan tenang mengangguk dan meminta diri untuk pulang.
Beliau mencimu sekali lagi tangan mas’ulnya itu. Kemudian berjalan keluar
menuju kea rah keretanya. Sepanjang perjalanan pulang hati dan fikirannya
berlegar-legar dengan kata-kata mas’ulnya itu. Beliau jadi serba salah untuk
menolak pelawaan mas’ulnya. Akan tetapi hatinya sudah mempunyai seseorang yang
dipilih. Yang sudah lama dia menunggu. Masyitah.
“Masyitah”. Wafiq melafazkan nama tersebut dengan perlahan
sewaktu memasuki simpang ke kawasan
perumahannya.
* * * * *
Sebulan sudah berlalu. Hampir setiap malam beliau meminta
petunjuk daripada Allah SWT. Istikharah sudah menjadi perkara biassa baginya.
Qiamullail juga semakin dikerapkan setiap pagi. Akhirnya, keputusan telah
beliau tetapkan. Yakin dan pasti.
Pagi itu, semasa sarapan beliau berterus terang dengan umi
dan ayahnya. Diceritakan daripada awal sehingga akhir. Mak Cik Khadijah Dan Pak
Cik Aizan mendengar dengan teliti. Angguk. Setelah Wafiq selesai berbicara dan
meminta pendapan, mereka bertiga membuat keputusan untuk pergi menerima lamaran
yang ditawarkan oleh mas’ulnya itu.
“Ok, sekarang pukul 8.30. Kita siap-siap sekarang. Nanti
pukul 10 kita bertolak ke rumah mas’ulnya Wafiq ye?”. Ayahnya cuba memberi
cadangan.
Wafiq dan uminya mengangguk tanda setuju. Wafiq kini yakin
denga keputusannya walaupun dalam hatinya masih tersisa ruang untuk Masyitah
yang sedang ditunggu.
“Assalamualaikum Pak Cik Nordin”. Wafiq yang berada di
antara umi dan ayahnya memberi salam.
“Waalaikumusalam warahmatullah. Ouh Wafiq rupanya.
Mari-mari, silakan masuk. Ajak umi dengan ayah sekali”. Mas’ulnya memberikan
penghormatan kepada mereka bertiga. Cukup hormat. Ingin mencontohi akhlak Nabi
Muhammad SAW yang amat menghormati tetamu. Mereka dipersilakan duduk.
Wafiq bersama umi dan ayahnya duduk di satu kerusi sofa yang
sama. Sekali lagi Wafiq berada di tengah. Mas’ulnya duduk di kerusi sofa
perseorangan. Mereka mula berbicara. Satu persatu dibuka. Dicerita segalanya di
situ.
Akhirnnya Wafiq membuat keputusan di hadapan kedua
ibubapanya dan juga mas’ulnya.
“Bismillah. Umi, ayah dan juga Pak Cik Nordin, Wafiq terima
lamaran Pak Cik untuk satukan Wafiq dengan anak Pak Cik”. Dengan suara yang
terketar-ketar, Wafiq melafazkannya. Matanya mula kemerah-merahan. Seperti ada
titisan hendak mengalir ke pipi.
Di dalam hatinya seperti tertulis bahawa beliau tidak akan
bersatu dengan Masyitah kerana sudah menerima lamaran daripada mas’ulnya itu.
Tidak berapa lama kemudian, isteri mas’ulnya tiba ke ruang
tamu. Mak Cik Maimunah. Umi Wafiq bersalaman dengannya.
“Alhamdulillah, kalau Wafiq dah terima bagus la. Boleh kita
bincangkan langkah seterusnya”. Mas’ulnya mengucapkan syukur.
Mak Cik Maimunah yang sedang duduk bersimpul de bawah juga
membuat riaksi yang sama. Kedua telapak tangannya di sapu ke muka tanda syukur.
Kemudian Pak Cik Nordin menepuk bahu isterinya itu lalu bertanya.
“Kalau awak duduk kat sini, siapa yang buat airnya Munah?”.
Pak Cik Nordin cuba meminta kepastian.
“Ya Allah abang ni. Anak kita la yang buat. Sekejap lagi dia
bawa ke mari”. Mak Cik Maimunah menjawab dengan nada yang perlahan agar tidak
didengari oleh tetamunya itu.
Beberapa detik kemudian, seorang wanita yang membawa dulang
berisi air di dalam jug beserta gelas tiba. Berjalan dengan penuh hati-hati.
Wanita itu jalan dengan muka sedikit tertunduk. Malu.
Begitu juga dengan Wafiq. Apabila beliau mendengar seperti
ada seseorang keluar dari dapur, wajahnya ditundukkan menghadap ke lantai.
Hatinya berdebar.
Wanita itu tiba di meja. Betul-betul bertentangan dengan
Wafiq. Jug dan cawan di keluarkan dari dulang. Wajah perempuan itu masih
tertunduk. Hanya menampakkan tudung labuhnya sahaja.
Umi kepada Wafiq seperti memberi isyarat kepada anaknya itu
untuk melihat wanita itu. Wafiq mengambil nafas panjang. Di dalam hatinya dia
menyebut agar Allah memberikan kekuatan kepadanya dengan segala keputusan yang
telah beliau buat. Beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
Akhirnya, Wafiq memberanikan diri untuk mengangkat mukanya….
* * * * *
“Hey awak? Termenung ape tu? Jauhnya sampai saya panggil pun
awak tak sedar?”. Suara lembut itu memasuki ke dalam telinganya. Suara yang
tidak asing lagi. Suara seseorang yang sangat dicintai. Masyitah.
“Termenung? Hem, boleh la. Saya teringat kisah lama kita.
Kisah semasa saya belajar di Jepun. Kisah yang awak ceritakan kat saya semasa
kita belum kahwin dulu. Yang paling seronok kisah semasa saya di lamar oleh
ayah awak”. Wafiq menjawab kesemua yang terbuku di dalam hatinya sambil matanya
memandang kea rah gunung jerai yang
berlatar belakangkan awan biru.
“Ouh. Jadi? Apa awak rasa bila dah kahwin dengan saya ni?
Gembira ke menyesal?”. Masyitah cuba menguji suaminya tercinta itu sambil
berjalan duduk di sebelah kiri suaminya.
“Eh awak ni. Alhamdulillah saya bersyukur sangat. Sepanjang
kita hidup bersama ni, walaupn baru setahun setengah, saya bahagia denga awak.
Memang tepat. Cantikkan susunan Allah nak temukan kita semula?”. Wafiq menjawab
penuh kasih sayang.
“Haah ek awak? Tak sia-sia saya dengar cakap awak kat email
yang terakhir empat tahun lepas. Terima kasih ye sebab cakap macam tu pada
saya”. Masyitah menjawab sambil tangan kanannya diletakkan pada bahu kanan
suaminya dan kepala diletakkan pada bahu kiri suaminya.
“Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada awak sebab
sanggup tunggu saya. Awak tolak lamaran yang parent awak terima tu sebab tunggu
saya. Terima kasih awak. Saying awak”. Wafiq tersenyum. Tidak mahu mengalah, ingin dia yang mengucapkan
terima kasih yang lebih.
Petang yang mendamaikan diisi dengan tiupan angina di
kawasan bendang. Nyaman. Dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Gunung
jerai yang tinggi mengagah. Cukup memberikan ketenangan. Awan biru dengan
dihiasi burung yang berterbangan.
“Kawan awak yang masa belajar kat Jepun tu apa khabar? Saya
dengar dia pun dah kahwin. Awak tahu tak? Hehe ”. Masyitah seperti menguji suaminya itu.
“Hah, dia dah kahwin? Dengan siapa? Macam mana awak tahu?”.
Wafiq meminta kepastian.
“Hahh, dia kahwin dengan kawan saya. Dia pun belajar
sama-sama dengan awak masa kat Jepun dulu. Namanya Atikah”.
“Atikah? Fariz kahwin dengan Atikah?”. Wafiq seperti tidak
percaya dengan apa yang dikatakan oleh
isterinya itu. Tidak percaya.
Hatinya rasa tenang disamping isteri tercinta berada di
sisi.
Matanya memandang tepat pada anak mata isterinya. Dia
memegang pipi isterinya itu dengan lembut.
Matanya mula merah semula. Sayu dengansegala yang telah ditempuhinya. Dugaan yang mendatang semua diharungi dengan penuh sabar.
Matanya mula merah semula. Sayu dengansegala yang telah ditempuhinya. Dugaan yang mendatang semua diharungi dengan penuh sabar.
“Kenapa awak menangis ni? Saya ada salah cakap ke?”.
Masyitah mula kerisauan.
“Tak ada la. Saya Cuma terharu. Bersyukur. Cantik sangat
susunan Allah ni. Terima kasih sebab awak sudi jadi teman hidup saya”.
Masyitah yang sudah kemerahan pipi tidak tahu hendak
menjawab apa. Segera tangan kanannya di letakkan pada pipi suaminya itu. Air
mata di sapu dengan lembut. Kemudian berkata,
“Awak, saya pun nak ucap terima kasih kat awak sebab sanggup
tunggu saya. Saya janji akan menjadi isteri awak yang terbaik dan akan cuba
mencontohi akhlak Masyitah pada zaman Nabi Musa dahulu macam awak cakap dulu tu”.
Masyitah menjawab dengan penuh keazaman. Memandang wajah suaminya.
Tenang. Hati. Fikiran. Bersyukur kepada Allah kerana telah
memberiku peluang untuk hidup dengan orang yang aku cintai. mohon agar dia sentiasa berada di sampingku. Sungguh cantik
penyusunan hidupku ini. Segala memori empat tahun lalu akan ku padam. Akan ku
bakar dengan api memori supaya tidak ku ingatinya semula.
Mereka berdua tersenyum bahagia.
Hey2. Nampaknya enta dah betul2 bersedia untuk berBM..ke? He2. Tebal novel ni. Meh nak geletek sket.
ReplyDelete