29 December 2012

Apa Yang Kita Lakukan Di Dunia??

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ana sudah selesai mengikuti program pasca spm yang pertama. Di adakan di Gunung Lambak selama tiga hari dua malam. Banyak maklumat makklumat yang diperoleh  sepanjang program tersebut termasuklah pengalaman pengalaman baru.

Ingin berkongsi sedikit apa yang diperoleh ketika program tersebut. Ana nak berkongsi sedikit apa yang ana peroleh ketika slot pertama yang diberikan oleh Abg Fikri.
Mukaddimah yang diberikan cukup-cukup terkesan pada hati ana. Simple tetapi mempunyai maksud yang besar.

Usia muda... antara perkara yang akan ditanya oleh Allah di padang mahsyar ialah usia muda. Apa yang kita dah buat dengan usia muda kita ye?? Ingatlah, setiap saat, setiap detik, Allah akan tanya apa yang kita lakukan di dunia. Sbgi contoh yang mudah,cuba kita tengok JAM. Jarum saatnya akan bergerak(*tik tik tik).1 tik = 1 saat. Cuba kita fikir, setiap 1 tik apa yang kita buat? Tapi perbuatan dlm 1 saat agak pelik,so cuba tengok dari segi NIAT dalam HATI kita. setiap 1 tik tu,apakah niat ataupun apakah perkara yang terlintas di dalam hati kita??
Adakah perkara tersebut membawa kepada dosa atau pahala?? Hm,takautnya kalau disoal sampai sebegini oleh ALLAH YANG MAHA TELITI perhitunganNya.

Allah meniupkan roh pada jasat kita supaya boleh bergerak dah beribadah kepada Allah. Tetapi adakah kita mengunakan roh ini denga betul?? Astaghfirullah, mungkin kita semua lupa, Roh ini juga salah satu AMANAH yang Allah bagi kepada kita. Kita gunakan amanah ni dengan betul ataupun tidak??

Sentiasalah ingat,Allah Maha Kuasa, bila2 yang diinginkan,roh kita boleh ditarik keluar dari jasad. ketika itu kita tidak mampu untuk melakukan apa2. Ibubapa, adik beradik malah kawan2 sekalipun tidak mampu untuk membantu kita. Yang hanya boleh membantu kita hanyalah diri kita sendiri, Redha Allah..

Pesan Nabi Muhammad SAW ketika khutbah terakhir baginda pada 9 Zulhijjah,10 Hijrah (kalau salah tolong tegur). Antara isi kandungan khutbah tersebut ialah, Rasulullah meninggalkan kita 2 perkara, sekiranya kita berpegang teguh dengan 2 perkara ini,kita tidak akan sesat untuk selama-lamanya.
Iaitu Al-Quran dan Sunnah Baginda. 

Nah, Nabi yang kita cintai sudah pun memberikan guide line kepada kita. Jadi kita ikut pesan nabi. Malah, Rasulullah sendiri berpesan kepada sahabat2 agar menyampaikan pesana tersebut kepada org2 yang tidak dapat bersama pada hari tersebut. Siapa org2 yang tak ada masa tu?? Ya,KITA lah yang tidak ada ketika itu. Tetapi, nilai kasih sayang dan rindu Rasulullah yang tinggi kepada umatnya sehingga Rasulullah ingat kepada umat Baginda yang akan datang. Tak sangka Rasulullah ingat pada kita ya? Sayu betul kalau dipikirkan dengan sepenuh hati. Harapnya kita juga mempunyai perasaan seperti tersebut kepada Rasulullah.
Mari sama2 kita lihat dan ana minta kita hayati betul2 video ni,insyaAllah...






Alhamdullillah, semoga sesiapa yang membaca dan menghayati  mendapat manfaat untuk diri. Cintanya Rasulullah kepda umat.

Allah menciptakan dunia ini dengan penuh sempurna. ekosistem yang tersusun, kandungan oksigen yang mencukupi untuk semua mahluk dan banyak lagi. Allah bagi kita hidup di dunia yang luas dan penuh dengan nikmat ni supaya kita berfikir akan nikmat2 tersebut...
Untuk lebih details, rujuk Surah Ar-Rahman.

Itu sahaja perkongsian untuk hari ni. Semoga kita mendapat manfaat bersama,insyaAllah

Salam Alaik


24 December 2012

Kenapa Perlu Sedekah Ye?



Manusia : Alamak,duit ni besar(banyak) sangat la. Tak kan la nak masukkan duit dalam tabung  besar-besar gini...Hm,nak letak ke tak ek???

Syaitan : Alaaa...kau jangan la sedekah duit tu kat tabung...kau datang masjid ni jalan kaki tadi,penat kann??? Haa,nanti masa balik solat kau bolej singgah kedai beli air,kan sedap... membazir je kau sedekah dalam tabung tu,apa manfaat yang kau dapat??

Manusia : Hmm,tak pa la...hari ni aku tak nak sedekah,esok-esok kan boleh...
lebih baik aku beli air lepas habis solat...dapat legakan tekak...

...................................................................................................................................................................

Haa, Assalamualaikum sahabat. hari ni hati rasa nak tulis berkenaan sedekah la. Tapi yang kat atas tu tentang sedekah di masjid, yang ana nak kongsi ni mengenai sedekah dengan manusia... Ehh? kenape ye nak cakap pasal sedekah? Hm,mungkin sebab ada org yang tidak tahu tentang hikmah di sebalik sedekah ni. Kalau ada yang dah tahu, kita sama-sama la mengingatkan semula. Sedekah ni ade banyak kn? Tapi, ana nak cerita sedekah dengan mengunakan DUIT.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah :
Rasulullah pernah  menceritakan kisah di sebalik sedekah seorang lelaki kepada tiga jenis manusia.
Suatu harilelaki tu berkata :

 "Demi Allah,aku akan bersedekah dengan satu sedekah." Lalu dia pun mengeluarkan sejumlah wang dan berjumpa dengan seorang pencuri. Tapi dia tak tau pulak yang orang tu pencuri. Dia pun sedekah kan duit tu kat pencuri tu. Besoknya,kecoh la cerita yang lelaki ni sedekah kat seoarang pencuri. Lelaki ni rasa bersalah dan rasa sedekah tersebut tidak diterima sebab dia memberi sedekah kepada pencuri. Lalu, dia pun
berkata : " Ya Allah,segala pujian adalah milik-Mu. demi Allah, aku akan bersedekah lagi dengan satu sedekah".

Hm, sebenarnya ceritanya panjang lagi. Nanti lelaki tu akan bagi sedekah kepada wanita penzina dan kepada orang kaya. Kalau nak tau lagi cerita ni sampai habis, baca Majalah Gen-Q (isu no 13,page 57)

Jadi, pengajaran yang dapat di ambil :
1. Haruslah ikhlas melakukan ibadah
2. Tak meremehkan perbuatan kebaikan yg dilakukan
3. Sentiasa memuji Allah s.w.t ketika apa jua keadaan

...................................................................................................................................................................

Hahh, tentang dialog manusia dengan syaitan kat atas tu, mesti pernah dialami oleh semua orang kn?? mesti pernah la...Nanti mse nak derma/sedekah,mesti teragak-agak,nak masukkan duit ke x...hehee,tol x??

Ana pernah dengar kat dalam CD Ustaz Azhar Idrus. Dia cerita tentang sedekah.
Kita ni bila nak sedekah takut nanti duit habis,sebab bila sedekah kena mengunakan duit,duit akan di keluarkan, nanti makin sikit.

Tetapi, sebenarnya perkara tu salah...mungkin kita tak sedar.
Contoh,kita sedekah RM2. Pastu bulan depan tibe2 bos naik kan gaji 2 kali ganda @ ada orang bagi kita RM 20...Mesti kita terkejut dan teruja kan masa tu?? Tetapi,sedar tak, tu la balasan or ganjaran cash yang Allah bagi kepada kita disebabkan kita memberi sedekah RM2 tempoh hari...

Hahh, etul tak?? siapa kata kalau kita sedekah duit akan berkurangan, tetapi akan melipat kali ganda, malahan pula, ganjaran pahala pun kita dapan, yang penting ialah IKHLAS kerana Allah s.w.t.

Tapi,kalau perkara macam ni tak berlaku, mungkin Allah nak bagi kepada kita ganjaran yang lagi besar di akhirat nanti...sentiasalah bersangka baik kepada Allah s.w.t.

Sampai sini je perkongsian ana pada hari ni...semoga peroleh manfaat bersama,insyaAllah...

Salam Alaik



22 December 2012

Memori


"Alhamdulillah,dah habis solat maghrib"..Imam membaca wirid-wirid dan diikuti oleh para jemaah yang lain begitu juga dengan aku. "Aminn"selesai baca doa. semua jemaah bersalaman antara satu sama lain. Bila habis salam aku ke belakang nak solat rawatib. Tibe-tibe,teringat satu perkara...

Dulu mse kecil2 selalu ikut ayah pergi surau,ikut tak tau kenapa...sebab kecil lagi kot.
Sampaikan solat rawatib pun aku follow ayah dari belakang,haha...kelakar la pulak,tapi nak menangis pun ada. Sekejap je masa berlalu,Alhamdulillah sekarang aku dah tau solat.

Ikut ayah pergi surau,kenduri kat rumah jiran..Umi ada cakap,dulu masa tak de anak lelaki lagi,ayah nak anak lelaki supaye dapat ikut pergi surau. Bila aku lahir ayah happy sangat. Tapi dulu masa umi cerita pasal ni,aku tak rasse ape2,ntah la knpe...tapi sekarang bile pikir balik,Alhamdulillah...Allah jadikan aku untuk menjadi lelaki sulung dalam keluarge...Alhamdulillah aku dah biase ikut ayah pergi surau dari kecil,so tak jadi keberatan bile dah besar ni...

Tapi,apa balasan yang aku dah bagi ek kat umi gan ayah??
ada ke balasan yang aku dah buat???
Persoalan dalam diri...

Ya Allah,minta sangat2 supaya aku ni istiqamah dan boleh mujahadah untuk memperbaiki diri yang kurang baik ni. Ya Allah bagi la aku peluang...
Sayang Umi Ayah <3


Bingkisan 1


First time dengar lagu ni tak berapa faham,sebab dengar tak disertai dengan menghayati,haha...
tapi bile tengok liriknya,astaghfirullah halazim,air mata menitis...aku ni banyak leka la,knpe ni Faiz??
Rase risau,kerdilnye aku ni and macam-macam la lagi bile dengar lagu ni. Liriknya ada banyak maksud.
Cuba hayati maksudnya betul-betul.

GUIDE ME ALL THE WAY


I know that You could easily
Take away every thing You’ve given me
And I try to remember
Not to take anything for granted
‘Cause I know that one day
Suddenly this will all come to an end
So my last wish is for you to be pleased with Me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

I know that sometime I do
I do forget that my next breath could be the last
Forgive me ’cause I cant thank you enough
Forgive me when I doubt your love
Now I pray for that day
when all this stops and comes to an end
So my last wish is for You to be pleased with me

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way

Day by day passes
And I think that my time could be near
So I pray: O God let this world be in my hands
And not in my heart
‘Cause soon I’ll have to leave it [x2]

Allah, Ya Allah
Guide me all the way to your Jannah
Ya Allah, Ya Allah
Don’t let me go astray ’cause I need you
By my side, I wish to be close
Close to You throughout my life
Ya Allah, oh Allah!
Be with me all the way
[x2]

Guide me all the way
Don’t let me go astray


Hmm,kalau la Allah tak bimbing kita,agaknya macam mane ekk hidup kita la ni?? 
cuba pikir...sama-sama lakita berfikir ye.








21 December 2012

La Tahzan



La tahzan Innallaha maana
(At-Taubah : 40)



Have faith .