17 April 2013

Empat


Auishh. Keliru.

Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Pesan seorang sahabat, sentiasalah ingat Allah, berzikir pada-Nya.
Memang betul, jujur, tulus dari hati.
Bila terkenang semula, ketawa seperti mahu. Tidak ku lepaskan tawa.

Aku tekad. Nak belajar betul, sungguh lepas ni. Tapi, satu lagi perkara yang aku......, itu. ya, itu...
Apa yang mampu hanyalah berdoa. Iya, doa.

Semoga Allah perkenankan.

Perbanyakkan amal. ku banyakkan juga membaca buku-buku ilmiah. Novel juga ku baca. Buku karangan Fatimah Syarha. Best bila membaca ni. Seronok. Bila membaca, nanti tiba-tiba ketawa, sengih sorang-sorang.

Isi waktu malam. Baca buku.

#sawah padi. gunung. langit. awan. bintang. hijau. suka sangat...

1, 2, 3, empat


Allahu. Cantik. Indah.

Luluh hati , rendah diri terasa. Cantik ciptaanNya. Indah ketetapanNya.
Tapi kadangkala ku alpa juga.
Saat perasaan rindu melanda, baru mengingatiNya.

Melihat langit diwaktu senja. SubhanaAllah. Indah nian.
Kerdipan bintang yang tersusun cantik.

#Bersyukurlah.


Allahu.

12 April 2013

Pintu Tertutup



Hari semakin hari, semakin hari, semakin hari yg ku lalui.. lalui dengan penuh cubaan. Terkadang seperti terasa sedang berjalan disebatang titi. Penuh dengan hati-hati. silap sedikit ke kanan atau ke kiri, nahas yang menimpa...

Seperti jalan berjingkit-jingkit.
Memerlukan fokus supaya tidak tersasar.
Ilmu juga perlu ditambah supaya tidak melakukan kesalahan.

Semakin hari, usia pun sudah 18.

Semakin kerap ku dengar khabar berita mengenai orang meninggal. Saudara mara kepada rakan-rakan ada juga yg sudah balik ke sana.

Yg amat mengejutkan ku,
bersebelahan taman ku, awal pagi tadi, seorang jiran sudah kembali ke sisi-Nya.

Ya Allah, rasa seperti semakin dekat. Bilakah aku?
*soalan yg sering tertanya2...

sejak kebelakangan ini, ku sering keloya-loyaan. Badan sering panas. Demam. Dll
Terkadang kala juga hampir kemalangan ketika menaiki motor untuk ke surau. Kerap. Kerap. Kerap.

Adakah ini sebagai ganti dengan segala dosa? Ampun Ya Allah...


Berita tentang kematian sering didengari.
Risau di dalam hati.
Persediaan perlu dilakukan.
Sementara masa masih berbaki.

Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
Antaranya,
Hidup sebelum mati...

Wallahu'alam...