27 January 2013

jumpa tok mak ^^




Assalamualaikum...

Hari ni ummi, ayah, kakak dengan adik2 lain semua pergi pahang. Hantar kkq ade practicle kt Hospital Temerloh. Rasenya la hospital tu...

So tinggal aku, dengan adik yang laki 2 orang ni kat rumah.
Tapi petang ni aku pergi rumah kawan, tidur rumah dia... so tinggal adik aku 2 orang ni la kt rumah malam ni...
Risau jugak nak tinggalkan dieorang kat rumah...lagi2 la waktu malam sebab rumah ni dah dua kali masuk perompakkkk!!
Hishh

Ntah ape la perompak tu nak dari rumah ni =='


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - -


Pagi ni juga aku ada terbaca satu cerita. cerita benar.
Mengenai seorang kekasih Allah. Perempuan. Sejujurnya, aku sayu bila baca cerita tersebut.
Kalau nak bace, pi la tengok kat fb. Ade di post kat sana.
tajuknya

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Baca la, tak rugi pun... malah boleh dijadikan iktibar untuk diri.. bace tau?


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Mudah mudahan ye bang

Khamis lepas, masa Maulidur Rasul, tok mak datang rumah. Aku tak tau pun...Tengahari tu dalam kol 1. dah nak zuhur. aku ngantuk. tidurlah kejap. qoilullah.tidur dan dengar lagu. buka lagu kt phone sampai tertidur. haha. teruk =='

Tersedar. azan. pergi surau naik motor la. sebab ayah keluar pergi beli songkok adik aku yang tahun 6 tu.
Suka bawa motor laju2, haha...bestt!!
balik dari surau, tiba2 kat dalam rumah ada sedara aku. 

 " aikk? tak de kereta dia pun kat luar? cam mana pulak boleh ada kat rumah? "

mase tu terfikir gak, tok mak datang sekali ke tak?
Hm, ntah la...

tengok tv, history, kegemaran aku national geografic, discovery, history... hehe... sedap2 tengok tv, tibe2 tok mak keluar dari bilik kkq.
Hah?? tok mak datang? wahh~ lame tak jumpa tok mak...

ouh, agaknya tadi tok mak solat zuhur kot...salam tok mak. pastu tok mak borak2 gan ayah...
ummi kat dapur masak. bila siap masak, makan. Tapi meja makan tu ade 6 kerusi je.
So kitorang yang anak2 ni bagi yang lebih tua makan dulu sebab aku ak tengok tv

lepas tok mak habis makan, tok mak duduk dgn aku, tengok tv same2. best. sambil2 tu minum air kopi.

 tok mak tanya,
  " biskut ade tak bang? "

  " biskut? owh, ade2... jap ea "

ambil biskut... minum kopi cicah dengan biskut. sedap laaa...
Banyak berbual denga tok mak.
tok mak tanya,

 " abang sekarang cuti? "

 " Ha ah, cuti... abang dah habis sekolah.. tok mak lupe kee?? "

 " owhh, habis dah ea?? "

 " Hm, dah habis... sekarang tengah tunggu keputusan periksa keluar " aku tersenyum ^^

 " keputusan yang berapa banyak dapat A tu ke?

 " ha ah "

 " mudah mudahan dapat 7A 8A ye bang... nanti boleh belajar bagus2... "


Gulpppp... aku terkedu. kenapa tok mak cakap 7, 8A? aku ambil 11 subjek la..haha...
tapi tak pe... lagi pun aku memang target 7 atau 8 A je... ntah la, tak tau kenapa hati ni tak target 11A.
Ramai juga kawan2 tanya, kenapa target 7, 8A je. target la 11A...
Sebenarnya, aku target tu berpandu kepada kemampuan yang aku ada...
kemampuan yang aku rasa aku boleh capai. InsyaAllah...



Tok mak tanya lagi...
" Tak kerja ke? "

" tak, duduk rumah je. lagi pun abang ada ikut program. nanti bulan 3 abang pergi jawa "

" abang pergi dengan kawan kawan la ye? "

" lebih kurang la...ni program untuk lepasan spm"

" owhh...bulan 3 tu bila perginya? "

" awal bulan rasanya "

" Hmm, nanti akhir2 bulan dua datang rumah tok mak, tok mak bagi duit sikit ea? "

"ok , insyaAllah :)


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -  - - - - - - - - - - - - - - - - - 


Mase tok mak  nak balik, ayah bagi duit. tapi tok mak tak nak amik. ummi suruh ambil juga. tok mak berat hati... tok mak kata duit ni awak simpan bagi anak2... anak2 awak ni ramai, ambil la balik...
tapi ummi gan ayah tak nak ambil semula...
haha, kelakar aku tengok gelagat dieorang... pastu tok mak nak bagi duit tu kat aku. huh. kkq ckp jangan ambil. tom mak paksa aku.

"tak pe la tok mak, nanti bulan dua kan abang datang rumah tok mak "

hm, ok la... :)

Sayang tok makk <3
sejak tok ayah meninggal, tok mak dah jadi senyap. tak banyak cakap.

Teringat pesan arwah tok ayah dulu...   bila kami sekeluarga tidur kampung, nak balik rumah semula, tok ayah mesti pesan...

 " belajar betul2 ye, rajin2...kecian ayah tu kerja susah2..."

bila teringat balik, sedih rasanya...tok ayah dah xde...
semoga roh tok ayah ditempatkan bersama orang2 yang soleh...amin~




# sebenarnya tak tau nak update tentang apa... minggu ni xde mood ckit la...tak tau la kenapa...
Hmm...

Hati ni tertanya2...tapi x tau nak tanya kat spee...




Salam Alaik ^^

22 January 2013

Mana milik kita??



Assalamualaikum...
lirik lagu, mana milik ita, rabbani...
Benar, tiada satu pun benda di dunia ni kepunyaan kita.
Rumah, phone, kereta, anak, isteri, teman wanita, teman lelaki, motor, tv, lagi apa?
banyak sangat sampai tak tertuliskan?

Nah, ini sebagai sedikit muhasabah kita bersamalah.. Seharusnya kita sentiasa berfikir. Mungkin yang datang akan beransur pergi. Sebab apa? Sebab perkara tersebut bukan milik kita. Allah yang punya. Allah just bagi kita pinjam je.

Kita hidup di dunia ni ibarat berada di atas pentas, pentas yang luas yang dikenali sebagai pentas dunia. Kita semua adalah pelakonnya. Sama seperti di dunia, pengarah filem akan membuat filem. Sampai satu masa filem itu akan siap dan akan ditontoni oleh beratus, beribu walhal mungkin berjuta manusia. Samalah juga seperti kita. Suatu hari nanti, berjuta manusia akan menyaksikan filem yang telah dilakonkan oleh kita ketika di dunia.

Ingatlah, ketika di padang mahsyar nanti, mulut kita tidak bisa berkata kata. terkunci rapi. Pada ketika itu semua anggota badan kita akan berkata kata kecuali mulut. Kecuali mulut. Kecuali mulut. Na'uzubillah...
Tangan akan membuat pengakuan dihadapat Allah bahawa dengan apa yng kita telah lakukan dengannya ketika di dunia. Mata akan berkata, dengan apa kita telah mengunakannya ketika di dunia. Tangan, kaki juga akan berkata, membuat pengakuan di hadapan Allah SWT.

Adakah kita sudah terlambat untuk bertaubat? Belum, insyaAllah belum selagi nafas tidak sampai di kerongkong atau selagi matahari tidak terbit dari arah barat. Mintalah, mohonlah kepada Allah dengan sebenar benar taubat agar dosa kita diampunkan sebelum kita dijemput pulang ke tempat asal kita iaitu tanah. Pada ketika itu, sudah terlambat untuk segala galanya. Mohonlah sebelum muut kita tidak bisa berkata kata. insyaAllah...




Senyum2 selalu ^^

Ingatlah, jangan bersedih kerana Allah ada bersama...

Allahkan ada, mohonlah kepadanya...

Salam alaik

18 January 2013

Apa Yang Saya Dapat Masa Khutbah Tadi





Assalamualaikum.
Apa khabar semua? sihat? Alhamdulillah di atas nikmat yang Allah bagi tu ek? hee ^^
Maaf, ana tak boleh cakap or tulis dalam bahasa inggeris dengan begitu baik,haha...
But i'll try my best to improve my english language. InsyaAllah...
Ana bukan jenis yang nak "speaking2" segala, haha...
*tp nk gi oversea

Bila pikir balik, nak pergi oversea kena pandai speaking..Aduhh, macam mana ni?
So, what should i do is,
baca buku yg dalam bahasa inggeris, cerita dalam bahasa inggeris and try to understand it..huhu...
insyaAllah, sekarang dalam proses.

Ni kalau ada salah grammar ke kat atas tu maaf ye. jangan ketawakan pulakkkk.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Actually nak cerita apa yang cek dapat masa khutbah jumaat tadi. Alhamdulillah, fi hazilyaum, cek solat jumaat kat masjid utm. Sebab cek ada kerja cikit di fakulti pendidikan,sains dan matematik..

kemas kemas buku, angkat dari tingkat 2 turun ke bawah. wahh, agak penat la..
So masa khutbah khatib memberi peringatan berkaitan golongan2 yang mendapat naungan diakhirat. Wahh, kita semua meti nak dapat naungan semasa di akhirat. Tol tak? Mesti nak kan?
ok, jom kita tengok siapakah golongan yang mendapat naungan ketika di akhirat nanti...



" Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah."  (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah)


Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu sesuai dengan hadith di atas, iaitu:

1Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.


2.Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.


3.Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.


4.Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


5.Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!” Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.


6.Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.


7.Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

#itu sahaja perkongsian. Ni copy paste je sebenarnya.hehe.
Manfaatkanlah ye.

Mari beramal bersama.
Semoga mendapat syafaat dari-Nya.
Salam Alaik ^^


15 January 2013

Pasti, Tapi Bila?



Assalamualaikum...
hayati lagu ni dulu ya...
.................................................
........hayati betul2 ya :)..............
.................................................

Dah dengar? hayati tak liriknya?
Alhamdulillah.
Mati. Takutkan? Ana sendiri takut mati. Ayah ana pun pernah cakap, dia takut sangat mati.

Ana tak tau la kenapa tiba2 nak post tentang perkara ni. Terdetik nak post. Huh, ana memang suka cakap tentang mati. Walhal kalau tazkirah kat sekolah, mesti tentang mati. kalau bukan tentang mati, tentang hati, hee :)
Orang yg bijak ialah orang yang sentiasa mengigati mati. betulkan?
Sentiasalah kita ingat kepada kematian.

Cinta dunia, takut mati(akhirat)
Arghh, tak nak jadi macam tu... Tapi macam mana nak buat? Huh, ana sendiri tak tau...
somebody help me!!

Hahh, mungkin sebagai langkah pertama, kita perlu bersihkan hati. Muhasabah. Sebelum tidur. Time tengah qiam. Mudahnya, kita pikir tentang kematian ketika muhasabah...

Cuba fikir, kalau kita mati disaat dosa yang masih belum dibersihkan. Aduhh, bahayakan?
haritu ada terbaca artikel kt fb. Tentang keadaan mayat ketika didalam kubur.
Fuhh, seram lee...

Kadang kadang bila kita bayang kita macam dah nak mati, kita macam nak luahkan segala apa yang ada dalam hati ni kan? tapi adakah perkara yang ingin diluahkan tersebut benar atau hanya permainan hati? Wallahu 'alam...

Teringat satu kata2 yang seorang hamba Allah ni tulis.*tulis ke cakap?ntah...

" Ucap kalimah syahadah sebelum tidur, mungkin hari ini yg terakhir " .

Betul apa yang dikatakan tu. Kadang2  sebelum tidur kita hanya ingat baca ayat kursiy, doa sebelum tidur. Tu pun kadang2 lupa nak baca,haha.*ckp kt dri sndri...


So perlulah buat perhitungan sendiri ya...


*Dah tak tau nak cakap apa ni sebenarnya...
Apa2 pun, umur yang masih berbaki ini, manfaatkan, guna baik2 na, jangan sia2kan.. Jangan sampai kita nyesal kt "sana" ya :)

#Pesanan untuk diri dan sape2 yang baca :)


Ingat, Allah kan ada, mengadulah pada Allah :)




Salam Alaik :)






12 January 2013

Bingkisan 2





Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menemui hari jumaat yang barakah...

Semalam, lepas solat asar, otw balik rumah, jalan...jalan...jalan...
kringggg!!!
*bukn bunyi phne ye =='....

Bunyi loceng sekolah, kebetulan surau ni betul2 berhadapan dengan SMK Senai.

Bila dengar bunyi looceng tu...terkenanglahh...

* terbang di awag-awangan~


= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 



" Ustazah, adik ana ni sakit perut. Macam mana ya ustazah? ana nak masuk kelas ni ".

" takpa2, Farzana pergi masuk kelas, nanti ustazah bawakan minyak untuk Faiz " .

Ketika itu, aku hanya menahan kesakitan je. Tak bisa berkata apa-apa...


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -



Tumm!! 

  " asal anta tumbuk ana? ana tak tumbuk anta kan? ambik ni!! "
Dushhh!! satu tumbukan deras daripada tangan FaizMan *kahkah... mendarat kat muka arif...

" Ni kenapa bertumbuk ni? Faiz, Arif, ikut ustazah pergi bilik guru sekarang!! "

Aduhh...sape la panggil ustazah ni...


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -




* sekarang ni tengah subjek bi, ustazah ade kat depan kelas...


" Anta jangan nak tunjuk kuat sangat eaa!!! " 


" heyy!! kalau ana nak tunjuk kuat apa masalah anta?? ingat anta tu kuat sangat ke?? " 

   Dushhh!! satu tumbukan landing baik punya kat pipi orang tu...

 Sambil mengayunkan tangan...

" Kurang hajar kau Fa... " 

belum sempat orang ni habiskan kata-kata dia, muka ku pulak kena buku lima dari dia...


Ustazah yang tengah mengajar kat depan menyerbu kitorang berdua yang tengah bergaduh...


" dah, dah!! berhenti, jangan bergaduhh!!! "


Tapi kitorang tak hiraukan pun, teruskan bergaduh sehingga kawan2 yang lain terpaksa tenangkan kami...



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -



" Eiii, rimas la... dia ni asik kacau aku je... " kata hatiku sewaktu itu...


Sehingga satu masa, aku dah tak tahan lagi dengan gangguan tersebut, aku mengadu kepada kakak...


" Kak, budak tu asik kacau abg je. Tak suke la... " 


" Budak yang haritu ke? dia kat mana?? "


" Ha ah, budak haritu... dia kat musollah kot... " 



= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 



Ana tersedar dari lamunan pikir apa yang berlaku ketika di srih...

ni kira sweet memories ka?? haha, ntah la...


Hmm...huhuh, ni la kenanganku sewaktu di sek rendah. Ada manis seperti madu. Ada pulak pahit macam hempedu.

kahkah...

Tahun 1, datang sekolah sakit perut. Pastu Ustazah Siti Julian tolong. Hee, ingat lagi...


Tahun 2, merajuk tak nak masuk kelas, tak tau la kenapa merajuk... Masa tu time Ustazah Norlaila Ibrahim

* cerita Tahun 2 ni tak ada diatas...

Tahun 3, bergaduh dengan Arif kat dalam kelas. Aku tumbuk mata dia sampai bulu mata tertanggal,  haha...


Tahun 4, gaduh dalam kelas lagi. Kali ni dengan pelajar baru. Actually, kami sebenarnya kawan baik masa tu. Rehat makan sama2 kat pondok bas. Hari2 kitorang akan kongsi makanan. Kadang2 dia nawa nasi lemak, mee, nanti kitorang kongsi.

Yang kelakar tu, masa subjek Al-quran dengan Ustazah Zunaidah panggil kitorang berdua ke depan kelas, suruh minta maaf sama2, haha...

" Hei, kawan baik pun gaduh?? mari sini dua2, Faiz datang cepat diri depan kawan anta ni " 

" Cepat, masing2  minta maaf..." U

Kitorang berdua pun " melafazkan " (* dah cm nk lfaz nikah,haha) maaf bersama.


" Hah, cepat peluk sama2 pulak, lepas tu minta maaf sekali lagi " 


Kitorang pun turutilah kata2 ustazah tu...Kami berpeluk sambil minta maaf. Secara tiba2, dua2 hero ni menangis dalam pelukan, huhu...syahdunyaaa...


pastu ustazah cakap...

" Gaduh2 macam hero pun nangis?? " 

lepas tu kami berdua ketawa. Ketika waktu rehat kami makan bersama2 seperti sediakala...

Alhamdulillah...

Tahun 5, Masa ni, aku tak berapa ingat la apa yang berlaku. Apa yang pasti, selalu kena kacau...


Lepas kakak aku tau dia kat musolla, kakak ana pi la sana.. Nak marah dia...



Kakak aku pun bergegas pergi ke musolla sekolah, sewaktu itu ada program apa ntah, tak  ingat...
Sewaktu itu, aku hanya megintai dari luar...
Kakak aku marah dia, memang marah habis habisan la, haha...

Masa aku menyaksikan peristiwa itu, timbul perasaann...


 " Ishh, kesian pulak budak tu kena marah dengan kakak,alalaaa...rasa bersalah la pulak... " 



Beberapa ketika kemudian, budak tu keluar dari musollah tersebut. Aku tengok je gerak geri dia..

Laju dia jalan, menangis, huhu...

 " Kesian pulakk la, maaf yee anti... " kata hati masih berkata benda yang sama masa tu.


Hah!! ni la kenangan... tak tau la cam ne nak diluahkan...kira2 ni boleh buat cerita, haha...

Tapi nak buat macam manakan? kehidupan... kehidupan tetap berjalan...
perlu ada perubahan pada diri kita seiring dengan perubahan masa...

Angsana pun dah tukar wajah..makin cantik kan?? Bagus tol la arkitek yang design tu.


ingat ye, masa tak akan menunggu kita. Kalau lambat,hee... pandai2 la ye...



coretan ni just perkongsian bersama, liku2 kehidupan mase sek rendah... :) ok, banyak2 kan beramal ye...



Salam Alaik :)




11 January 2013

Penat, Tidak Mengapa



Assalamualaikum :)

Allahu Akbar, harini rasa penat sangat...
Pagi pagi lagi dah list hari ni apa yang ana perlu buat...
*list dalam kepala...

" Faiz, nanti tolong basuhkan baju ye, pinggan jangan lupa basuh. Lagi satu, umi mintak tolong alihkan meja dalam bilik umi tu ke bilik stor belakang "

Ok bos, beress... Rasa semangat nak buat kerja, tapi breakfast dulu, sambil tengok tv,hee :)...

Tengok jam, baru kol 8...relex dulu la, kol 9 baru start buat.

First aktiviti bersihkan halaman rumah. Sapu sapu. Pastu cuci tempat parking kereta, letak sabun sekali...
licin, hampir2 nak jatuh, fuhh...

Birsih2 kan sampai lebih kurang pukul 11.30. Then cuci pinggan mangkuk pulak sampai pukul 12.15...
Ana tak  perasan dah pukul 12.15 mase tu. syok sangat duduk kat dapur sampai tak tengok jam.

Lepas tu kelam kabut mandi dan bersihkan diri. prepare nak pergi solat jumaat. siap mandi kol 12.30. Tapi baju tak gosok lagi, gosok ala kadar je,haha...nak cepat.

kunci pintu rumah semua. Keluar rumah. Hati terdetik.

" sempat ke sampai masjid ni? jauh, jalan kaki pulak.. Ya Allah, minta2 la sempat sampai "

Sampai je masjid, Alhamdulilllah orang tak ramai lagi. Masuk. Solat tahiyatul masjid. Tungggu azan.

Time khutbah best, tajuk tentang anak anak. Mula mula memang dah nekad tak nak tidur. Tapi sampai pertengahan khutbah kedua, kepala dah start angguk2. Haha, dah nak syahid tu.

Habis khutbah solat jumaat. Pastu doa. Then solat sunat jap. Habis solat sunat duduk seketika selepas baca doa.
Berkata dalam hati,
 " Ya Allah, kenapa badan ni rasa penat sangat. Aku dah tak larat lagi nak berjalan balik. Jauh . Ya Allah, bagi sedikit kekuatan "

Masa tu teringat suatu hadis yang lebih kurang gini maksudnya :
  " Mu'min yang kuat lebih dicintai oleh Allah berbanding mu'min yang lemah ".

So, jalan la slow2...jalan, jalan..
singgah kedai sat, pi beli air. Beli mee sedap, Air susu :)... Suka air susu, sedap2!!

Orang cakap minum susu boleh putih? ye ke? haha
*nak puti2...

Tapi ni bukan sebab kenapa ana suka minum susu ya...ana minum susu bukan sebab nak putih. kahkah...

ok, kembali kepada story mory tadi...

Sampai rumah, lapar ni... panaskan kuali, letak air, tunggu didih.
sementara tunggu didih, potong bawang, cuci udang, sayur ckit, telur tak de, dah habis...
Haha, style orang bujang masak, sempoiii...
Tapi Alhamdulillah, hilang kelaparan cikit.

Habis makan, lipat baju. Sampai tertido.haha. penat bagettt dongg.


Malam lepas balik dari maghrib, tolong umi masak sebab umi nak gi solat pulak. Umi pesan, sayur dan bawang tu jangan lupa cuci bila dah potong. ok.

Umi sediakan kacang panjang, bawang merah, bawang putih, ikan bilis..
Ana terpingga pingga.

  " ni rasanya kene tumis bawang dulu ni, rasanya la "
kepala masih recall2 balik pengalaman memasak dulu, maklumlah, dah lame tak masak.
Lama sangat pikir, last2 tanya kakak. kkq no 2. Sekeluarga panggil dia "adik" walau dalam realiti dia kkq. Tak tau la kenapa.

  " Dik, ni nak masak kacang panjang kene tumis bawang dulukan? "

  " ha ah, tumis dulu "

Nak jadikan cerita, kacang panjang yg dah potong, bawang merah dan putih yang dah dipotong tadi ana letak dalam satu mangkuk. So masa basuh tu dia dah tercampur campur.

Bila nak tumis, hah, kelam kabut nak amik bawang yang dah bercampur dengan sayur tadi.
Lambat sangat, ana masukkan semua terus,haha...
Sayur, bawang merah, bawang putih, masukkan sekali...

Bila umi datang, umi pelik. kenapa bawang dia macam tak kene tumis je...

  " Abang masukkan semua sekali gus sebab tadi masa cuci dah tercampur "

  " Owh, tak boleh macam tu. Kena tumis bawang dulu. Tengok tu, bawang dia...."

Haha, gelak besar masa tu...macam mana la nanti, suruh isteri masak je la, haha, senang...
Fuh, siap masak, umi suruh cuci periuk, pisau dan mangkuk yg dah guna.
Then, makan.
Habis tu gi solat isyak.

Wahh, hari yang cukup penat.
Tapi tidak mengapa.
Allah kan ada.

Kuat kan badan, mind set!!
Hee :)

Ingatlah, mulakan perbuatan dengan bismillah dan akhiri dengan?? Pandai2. Hah, awak la. Ye2, awak yg jawab tadi. Pandai2...

Akhiri dengan Alhamdulillah...

Salam Alaik

*Post ni sebenarnya dah ditulis jumaat lepas(11/1), tapi masa tu x sempat nak habiskan...


9 January 2013

Ilmu, Perlu Kita Kongsikan

Assalamualaikum...
Kawan kawan ana semua sihat na? jawab la...sihat? Alhamdulillah,baguih la kalau gitu.

Bagaikan jauh 
jalan yang ku tempuh
langkah demi langkah
akan ku GAGAH

*Tak tau nak tulis apa~~

Tu lirik lagu Berjalan Tanpa Henti, Devotees. hehe. Antara kumpulan nasyid yang ana minat ni la, devotees.
Kalau kat asrama selalu nyanyi lagu kumpulan ni dalam tandas, kan ammar?haha, kenangan...

Cuba la fikirkan maksud lirik tu. 
*Apa maksud dia?.  
Kalau nak tau baca, nanti sendiri tau maksudnya.

Ingat lagi masa ramadhan yang lepas. Hari last sekolah sebelum cuti raya. Ana naik bas dari larkin, nak pergi shah alam. haha. Mase tu rasa macam pelajar asrama yang duduk rumah jauh2 sebab bila sampai larkin central je, ramai la budak budak dari sekolah lain. Ada baju batik biru, purple, baju kemeja oren pun ana. Wahh, smart la sekolah depa... 

Tiket bas kol 4.30 petang, tp sampai lambat. Ingatkan dah kena tinggal. bikin nervous...
Naik bas, seb baik duduk kerusi single. senang cikit nak tido,hee... Bila maghrib, umi call tanya dah stop untuk buka belum?
Time  tu belum berhenti lagi. Sesampai je kat R&R, pergi cepat2 kat kedai, ingat dah azan. Tengah order baru azan, nasib baik tak ngap lagi.hakhak...
After that, solat dah smbung perjalanan. 

Sampai di stesen bas seksyen 16( kalau x silap la syeksyen 16), ambil teksi...

   " Assalamualaikum pakcik, masjid negeri "

So, dari naik bas bertukar ke teksi pulak. Borak2 dengan driver teksi tu. Dah tua orangnya, tp masih kuat.
Sampai je kat pintu pagar masjid, ana diturunkan disitu. Alhamdulillah dalam hati sebab dah sampai.
Dari luar masjid lagi dah boleh dengar ayat Al-Quran, Ust Karim baca masa tu, tengah " tarawih" :)

3 hari stay kat masjid negeri tu. Pengalaman yang cukup besar. Masuk hari kedua,lepas solat maghrib. Pi beli gen-Q, kacang dan air apa ntah, tak ingat. Duduk kat koridor masjid, kat situ ada tangga kecik. Duduk sedap2 kat situ, sambil burung berkicauan..*eh,mlm2 ada burung berkicau ke?haha, entah la... back to the story... sambil dengar zikir2 yang dibaca oleh imam... Tiba2!!
*lagu yang menyeramkan keluarrrr...

Seorang lelaki duduk disebelah ana, dia nak pakai kasut je. Tapi...

   " Assalamualaikum. Baca buku apa tu? "

Ana tunjuk la lelaki tu, gen-Q... Lepas tu dia tanya,
   " Orang perempuan yang dah kehilangan suami, boleh terima zakat tak? "

Allahuakbar!ana punya  la terkejut masa tu.
" Alamak nak jawab apa ni. Kenapa dia tanya kat aku pulak. Tak kan la sebab aku ni pakai baju melayu, kopiah putih, macam ustaz ke sampai dia tanya soalan macam tu? " kata2 ni hanya terlafaz di hati...

Terketar masa tu, tiba2 blank kepala. Tapi ana try jawab mengikut ilmu yang ana ada tak seberapa ni. Bukan takut apa, takut orang tu x puas hati dengan jawapan kita, nanti kita pulak yang kena hentam,haha... negetive thinking...

Tapi try la jugak jawab. 
Bismillah dulu...

  " Saya rasa boleh je isteri yang dah tak ada suami untuk dapat zakat "

  " Owh, boleh kan? abg dah agak dah, mesti boleh punya. Bukan apa dik. sejak ayah abg meninggal, keluarga abg hidup susah. Macam mana nak dapatkan duit zakat tu? 

  " Ouh, saya rasa abg boleh minta kat jabatan agama islam negeri. Saya rasa la, cuba la abg minta ".

  panjang lagi la cerita dia dan banyak soalan yang dia tanya. Antaranya, 
" dosa orang yang banyak buat dosa ni Allah akan ampunkan tak ? "

Wah,hati ana macam nak pecah, soalan ni lagi la mencabar. Dah macam temuduga nak masuk imam muda,hee...

Masa tu ada banyak jawapan nak bagi, berselit2 dalam kepala ni. So, jawapan pertama yang ana bagi

  " InsyaAllah bang, Allah tu kan Maha Pengampun. Kalau kita minta ampun, minta maaf mesti dia maaf kan "

Abg tu angguk, angguk dan angguk...

  " Abg tau x kisah seorang perempuan yang banyak berzina, senang cakap pelacur la... Dia tengah jalan kat padang pasir. Lepas tu haus dan dia terjumpa perigi, dia turun untuk minum air. Dah habis tu dia naik balik. Sampai kat atas je, ada seekor anjing tengah haus. Perempuan ni kecian la kat anjing tu. So dia turun balik dalam perigi tu, dengan menggunakan kasut perempuan tu ambil air dan bawak naik atas untuk bagi kat anjing tu... Alhamdulillah bang, di sebabkan perbuatan perempuan tu yang hanya memberi anjing minum, Allah telah mengampunkan dosa dia dan memasukkan dia ke dalam syurga..hebat tak?? " panjang lebar ana jawab mase tu..

Abg tu masih angguk je...pastu dia cakap.

   " Sebenarnya adik, abg ni bekas banduan. Abg dulu isap dadah, sampaikan dulu abg kalau nak datang masjid je tak boleh sebab gian. Tapi sekarang abg dah insaf. Dah banyak kali abg keluar masuk penjara, seksa la kat dalam sana. "

Hah!! ana punya la terkejut,abg ni bekas banduan, pernah isap dadah??

Terus terpintas dalam benak fikiran,
  " Ya Allah, maknanya aku dah beri sedikit dari ilmu aku pada org yang aku tak kenal, lagi2 la orang tu bekas banduan dan pernah  isap dadah. " minta2 la bermaanfaat kat abg ni

Memang tak terkata la masa tu, ni nak tulis pun tak tau macam mana, memang raseeeee,huhh, ntah la, tak boleh diluahkan.
Ana just jawab,

   " Owh, moga abg istiqamah la dalam perubahan ni " *ana x tau la dia phm x mksd istiqamah tu...

Lepas abg tu dah mengaku dia pernah isap dadah, bekas banduan, banyak la pengalaman2 yang dia kongsi, benda2 yang dia surau jauhkan. Ada gak dia pesan, 

  " Adik kalau nak cari kawan, cari yang baik2, jangan jadi macam abg "

ok2, jawab singkat...

Ada lagi satu yang dia pesan yang tak mugkin ana lupa,

  " Nanti kalau adik dah ada anak, jangan kasi anak keluar malam, bahaya. Tu la permulaan nak buat jahat "

Owh, ok2... ana angguk je la tanda setuju dengan apa yang abg tu cakapkan.

Lepas tu azan isyak. Abg tu teruskan dengan memakai kasut dia. Ana tanya abg tu,
  " tak solat isyak dulu ke bang? "
  " tak boleh la dik, abg kena cepat ni, ada hal kat rumah "
  " Jom la bang, sekejap je, nanti lepas solat abg balik la "
  " Hm, ok la.. jom "

Alhamdulillah, masa tu seronok sangat. Dalam hati still doa...
  
" Ya Allah, kau istiqamahkan la abg ni dalam perubahan yang dia buat ,Amin "

Habis solat ana nampak abg tu keluar masjid. mintak sangat supaya dia istiqamah...

Best tak perkongsian ana ni? kisah benar ni...
malam tu jugak la phne samsung champ ana hilang,huhu... dan sekarang dah diganti dengan phone yang baru, Alhamdulillah :)

The conclusion is, walaupun kita ni belum banyak ilmu, kita tetap perlu sampai kan ilmu yang kita dah ada tu. Kalau nak tunggu ilmu kita banyak, alamatnya...macam mana orang lain nak dapat ilmu...
*kata2 ni ana dengar dalam radio...

Ok la, semoga kita istiqamah dalam jalan menuju Allah ya, insyaAllah...
bertemu di jannah Allah

Salam Alaik

   

8 January 2013

Usrah, juga Asrama

Assalamualaiakum,

Alhamdulillah sudah beres semuanya, cuma dapat record baru tadi, satu cawan pecah time tengah cuci,hee :)...

sambil sambil kemas rumah dan sidai baju tadi, "tertengok", tertengok la cerita indon ni,hehe... tajuknya cucu menantu kalau tak silap la... best pulak tengok cerita ni,haha..tak tau la kenapa.. mungkin sebab bosan kot..hm,apa pe je la...

Tengah kemas tadi, teringat buku usrah masa. cepat cepat ambil. buka. wahh, cantik pulak nota nota yang cek buat ni. Hmm, selama 2 tahun ikut usrah dengan Pak Cik Zainal, Alhamdulillah, banyak juga perkara yang ana dapat kutip daripada beliau. Biasanya usrah hari khamis atau jumaat malam. Best, setiap kali usrah, mesti Pak Cik bawak makanan. sedap2.





Ha, ni la buku usrah ana, buku ni dapat masa form 3, hadiah birthday, hee :)... penuh la buku ni dengan nota notanya.



Cantikkan nota ni, tiba tiba jadi kreatif pulak masa tu, lukis lukis segala... Apa pe pun, tu la kenangan usrah ketika di sekolah. Setiap kali usrah, mesti pak cik tanya,
   " batch macam mana? ok tak? study kat asrama ok? qiam, subuh? "

So, sorang sorang kena bagi pendapat tentang batch, komen habis2 laa...apa yang perlu ditingkatkan, apa yang massih kurang.
   " Jadi, antum semua la yang kena bantu mereka untuk berjuang "
Semua terkedu, tak terkata...
  " Antum semua Allah dah pilih, beruntung sangat, jadi jangan sia siakannya "
InsyaAllah je yang kita orang boleh jawab,hee...


Biasanya kalau ada usrah, dari pukul 9 sampai 10.30.. kalau penat sangat memang habis tu terus tido la. bangun awal siapkan hw. kalau larat lagi, stay up sampai kol 11.30, pastu tidoo.

Teringat pulak pasal study, prep la senang cakap...bila dah form 5 ni, ada keringanan ckit nak prep kat mana. kalau pelajar biasa kena prep kat kantin banat. Tapi form 5 bley prep kt kelas form tu. Sbb kat kantin tu bising macam ada jual beli plak. So, pelajar2 form 5 yang active2 ni, pergi panjat pagar cuz nak msuk kelas form 5, sejuk kat situ.

Ana, afiq dan muiz prep depan koop. selese juga la kat situ. Biasanya prep smpi kol 11, pastu tidog. Nanti bangun kol 4, sambung study dan buat qiam sekali same2...wahh, seronok bangget!! Tapi masa trial hari tu, kadang kadang pukul 11.30 bru tidur.


Waktu spm sebenar lagi best kan ammar? mase tu tinggal 2 subjek je lagi, ba dan pqs. Tak cukup waktu petang main badminton, malam malam pun main badminton sampai ustz serbu. Tak tau nak buat apa, tak kan nak lari kot, sebab ustz dah dengar dari jauh. So, teruskan bermain sampailah ustz smpi. Nasib baik la tak marah, rupanya ustz nak cari anak menti ustz hawanis. kami la tu. Ada makanan yang nak di bagi rupanya. Wah, lumayan ni, lumayan...

Main 10 minit, rest sat, bace buku about 20 min, pstu sambung main badminton semula. Tp , bila perut dah penuh, nak main badminton pun susah. Tak boleh nak gerak.
Huh, pengalaman yang cukup cukup indah sesangat. 

Ana akan kongsi kat korang isi kandungan buku usrah ni, insyaAllah...

Semoga bermanfaat bersama ya...

Salam Alaik



Opick - Rapuh -



Assalamualaikum, banyak maksudkan lagu ni??
First time dengar lagu ni mase nak pergi tuisyen addmath tahun lepas. Tengah maghrib waktu tu, 
dengar kat IKIM.
Ingat lagi, mase tu ayah ambil dari asrama, bawak pergi tuisyen kat T.Universiti. Kalau tak silap time tu tengah lalu kat tol kempas.

Semenjak hari tu saya dengar lagu ni, rase, wahh...ni la satu2 nya lagu opick yang saya boleh hayati. tak tahulah kenapa.

So, bermulalah episod mencari lirik lagu dan artis nya sebab mase tu saya tak tahu lagu tu opick yang nyanyi. Bila dah dpt tahu tu lagu opick, baru la perasan...

   " Opick ni banyak juga la  lagu dia yang saya tau, tapi kenapa saya tak tau yang lagu ni opick nyanyi?? "

So, cari punya cari, bila terdengar kat ikim je, mesti kuatkan. Sebab nak hafal. nanti bila2 boleh nyanyi sebagai muhasabah diri. :)

Fikir, fikir yang terbaik

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu...
Salam pertemuan
   Salam kasih sayang
      Salam persahabatan
         Salam ukhuah ^^



                                        * maaf la gambar ni kecik sangat...tp boleh baca kann??


Salam pertama, salam kedua, ketiga dan keempat, semoga kasih sayang tertaut, ukhuah terikat.
*ni macan intro la,tp dh mcm pantun segala, hehe...
Ana teringatkan sesuata yang dipesan oleh ustaz semasa di sekolah dulu...

   " Faiz, kalau anta jaga hubungan dengan Allah, insyaAllah Allah akan jaga yang lain2 "

Tiba2 timbul persoalan dalam kepala.
    " Hah?? apa mksud Allah akan jaga yang lain2 tu?? "

Kata2 ni masih bermain dalam kepala, berpusing2 mcm plenet mengelilingi matahari,hehe...
owh, jadi maksud Allah akan jaga yang lain2 tu, sebagai contoh yang mudah, kalau kita sayangkan seseorg tu, memang sayang sangat2 ni, Hm,cam mna nak habag ni, senang cakap sayang yang kita x nak terjerumus ke lembah dosa, mksdnya sayang kerana Allah, jadi kita kena jaga hubungan dengan Allah??

Hm, gitu la ye nampaknya kawan2... Hishh, knpe cerita pasal hati ni??
haha,entah la...perlu banyak istighfar ni...
Jom sama-sama istighfar...Astaghfirullahalazim 3x

Bila dipikirkan balik, memang betul la...Kita ni as a manusia, kadang2 lupa kepada pencipta kita.
* tiba2 kedengaran lagu Asmaul husna...

Jaga hubungan dengan Allah swt...
Solat lima waktunya
kalau nak lagi cantik disertakan dengan solat rawatib, lagi bagus...

Contoh, kita beli rumah banglo, besarr punyaaa...cantik sesangat!!, ada kolam dan macam2 lagi...tp rumah tu tak ada perabut, dinding tidak dicat. Kan jadi tak cantik rumah tu.

Nah, sama la perumpamaan seperti solat tadi. Kita solat Fardu, Alhamdulillah. Berjemaah lagi, Alhamdulillah bagus la tu. Tapi kalau nak lagi cantik  kita susuli dengan solat sunat rawatib. Ha, kan lagi cantik, lenkap segala. Selain tu juga, solat fardu kita yang mungkin ada kekurangan atau kecacatan, dapat ditampal dengan solat sunat rawatib tadi.
Alhamdulillah...jom jadikan solat sunat rawatib ni sebagai amalan kita, insyaAllah...

Semoga mendapat manfaat bersama...

Salam Alaik



5 January 2013

Rumah Allah, Alhamdulillah

Assalamualaikum semua, first of all,maaf, nampaknya agak lambat ya ana update blog ni, hehe...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada kita semua untuk hidup di tahun 2013 ni...

Alhamdulillah, 31 dec 2012 hatta 1 jan 2013 ana dan beberapa orang rakan telah menyertai satu program di Masjid Salahuddin, yang terletak di Shah Alam... Masjid ni juga dikenali as a Blue Mosque atau Masjid Negeri. So kalau dengar orang cakap masjid negeri tu, maknanya masjid ni la.

Program yang ana ikut tu ialah program 1000 jiwa 1 hati anjuran Raudhatu Sakinah (RS). Best tau program ni. Pastu kat sana ana dapat jumpa dengan sahabat yang amat ana rindui, Afiq Jiwa...hehe,happy sangat dapat jumpa dia!!

Ada macam2 pengisian dari petang isnin tu sampai selasa pagi... Selepas solat Maghrib, ada solat sunat tasbih, empat rakaat, dua salam tetapi sudah cukup lama... di dalam solat sunat tasbih tu ana selitkan dengan harapan ana agar apa yang ana inginkan dan apa keputusan yang ana nak buat adalah tepat dan diredhai Allah...

Isnin malam ada pengisian daripada Kak Wardina, Abg sam kamikaze(x tau btul eja ke tak) dgn seorang lagi ust,ana tak ingat namanya.
Tajuk yang dibincangkan pada malam tu,emm, agak gempak jugak la,hehe... Bicara Cinta Anak Muda(lbih kurang gni la)...Banyak la input2 yang diperolehi

Masa lepas habis pengisian dan ikrar, lebih kurang pukul 1.00 pagi kot, ana lapar macam ape mase tu, so pusing2 la satu msjid tu cari makanan untuk minum malam(moreh), dah macam tawaf la plak,hehe... Bila dah jumpa tu,Alhamdulillah, makan dengan ahli group ana.

Paling best, time nak tidur tu ana lari dari group cuz nak tidur kat tingkat atas, so ana denga Afiq pun pergi la kt tingkat atas, kawasannya ber 'mozek' dan open air...haha,sejuk dan seronok!!

Sebelum tidur tu ana dengan aafiq borak2 la...cerita pasal R2J,cuti...masa tu dah pkul 2.00 pagi rasanya...

   " Faiz, anta tak nak tido ke? dah kol 2 ni..." afiq tanya ana

" Haha,entah la...ana tak ngantok lagi ni, lagi pun ana takut tak leh bangun kalau tidur sekarang, kan kene                 bangun pkul 4.30.. kalau anta nak tidur,x ape la, tidur dulu" jawab ana.

   " Ok la, nanti kalau anta bangun awal, tolong kejutkan ana ea? " afiq .

  " Boley2...insyaAllah nanti ana kejutkan " ana .

Belum sampai 10 minit afiq dah tidur. wah, benar2 penat kawan ku sorang ni...
Bila afiq dah tidur, ana tak tau nak buat apa...battery phone tinggal 15% ni...

Tiba2 teringat buku gen-Q yang baru dibeli. Ana baca la sampai pukul 2.30 pagi. pastu mata ni dah macam ada batu,ngantuknyaaaaa. sebelum nak tidur ana set alarm pukul 4.00 pagi.

Jam 4.00 pagi kedengaran lagu Hold My Hand di corong telinga...Arghhh,dah pkul 4 ke?? ngantuk lagi ni...
Ana pun duduk,sambung tidur,haha...ngantuk betul la masa tu...
beberapa minit lepas tu tersedar,tgok jam,4.15 am... Hmm,ngantuknya...tiba2 teringat pesan naqib ana, pakcik Zainal Abidin " ingat, kita kena MUJAHADAH dalam semua perkara....."

Huhh!! betul tu, kena lawan ngantuk ni...so ana pun kejutkan afiq...

   " Afiq,afiq bangun dah nak 4.30 ni"

sekali je ana kejut dia terus bangun?? pehh,baik la afiq,hehe....
After that, pergi qiamullail, solat subuh dan aktiviti seterusnya...

Masa dah nak balik tu, ana bersalaman dengan afiq... sebelum datang program tu ana janji nak berlanja dia makan, tapi tak sempat. Jadi, ana ambil sekeping duit kertas,lipat2 smpi kecil, letak kat tapak tangan... ana pun salam dia. Riaksi muka afiq berubah,haha, mungkin sebab dia rasa macam ada somethng kt tapak tangan kami...

   " Ambik duit ni tau,hari tu kan dah janji nk berlanje,tapi tak sempat pulak " ana cakap...

Muka afiq masa tu terkedu,tak terkata... Lantas, ana pun peluk die sekuat-kuat hati.. lama jugak la.
Ana bisik kat telinga dia, " Afiq, kenapa ana rasa berat hati nak tinggalkan anta ek?? " ketika ana cakap macam ni, mata ana dah dipenuhi dengan air. Rasa nak menangis bila nak berpisah dengan dia..Rindu sangat dengan dia.. Ana ulang lagi soalan yang sama...Air mata ni semakin banyak...

Ana berkata di dalam hati...Ya Allah, kenapa aku rasa berat hati untuk meninggalkan sahabat aku ni...
Lepas tu afiq buat lawak pulak, kami pun ketawa...air mata tak sempat menitik...nasib baik...

Sebelum bertolak balik, ana solat zohur dulu, jama' takdim... selepas solat asar(jama') kat belakang... ketika sedang berdoa, hati ana terusik lagi...

Ya Allah, kenapa aku rasa berat hati nak tinggalkan masjid ni, sekiranya ni kali terakhir aku dapat melihat masjid ni, aku mohon pada mu ya Allah, berikan aku kesempatan untuk datang lagi  ke sini... Berikan aku umur yang panjang ya Allah agar aku dapat mengutip segala mutiara yang ada di dunia ini...air mata meggalir lagi... habis sahaja doa,ana mencium kedua tapak tangan lantas melakukan sujud memohon harapan daripada Allah.

Langkah terakhir sebelum ana keluar dari ruang solat, ana berharap didalam hati agar dapat berkunjung ke rumah Allah ini lagi...

Ingatlah, Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya tanpa rasa jemu...
Oleh itu, berdoalah sebanyak mungkin ya, jangan sampai rasa bosan untuk berdoa...

Semoga bermanfaat bersama :)

Salam Alaik