3 May 2013

Kita Mentadbir. Allah Mentakdir.

Selesai mandi, ku segerakan dengan pakaian baju melayu. Bersiap untuk ke rumah yang lagi aman untuk beribadah. Telefon bimbit sudah ber'azan'. * ber'azan'?*...

" Allahu Akbar. Dah lambat ni. cepat faiz, cepat." bisik hati...

Aku terfikir sejenak ketika diri sedang bersiap di hadapan cermin. Lambat. Dah bang sekarang ni. Ayah pun dh gerak ke surau dengan kereta, nampaknya aku kena naik motor la. Sebelum mandi ku isi masa sebentar untuk membantu umi menyiapkan makan malam di dapur.

* * *

" Faiz, tolong umi masukkan beras dalam bekas ni."

Mungkin kerana kuantiti butir beras yang berbilion itu membuatkan ia menjadi berat. iya, betul itu. Maka umi memberi tugas itu kepada ku. Selesai, tugas lain ku cari supaya dapat spend masa sikit dengan umi kat dapur petang tu. *Potong ayam*.

Sepanjang ku di dapur, banyak perkara terlintas di dalam kepala. Saat menuang beras. Memotong.
Tetapi apa yang ku fikirkan ini kemungkinan ia terlalu awal untuk difikirkan bagi aku yang baru berusia 18.
Tapi aku memang suka berfikir jauh kehadapan. Merancang kehidupan pada masa hadapan disamping pelajaran tidak  akan aku sisihkan.

Banyak persoalan yang aku keliru dikemukakan pada umi. Kebanyakannya mengenai hidup berkeluarga dan pelajaran. Banyak umi kongsikan.

Seminggu, beras se....se ape ye? peket ke kampit? ape2 la... Yg penting seminggu satu bag plastik besar tu. 10kg.
Fikiranku, seminggu ayah beli satu bag plastik ni. Tak masuk sayur, ikan, ayam dan barang-barang rumah lain. Wahh, banyaknyaa.

"susah ek kalau dah kahwin nanti."

"kenapa pulak?"

"ye la, nak kena beli beras, barang masak-masak ni"

"InsyaAllah, takde susahnya kalau kita usaha. Jangan nanti bila dah kawin, awak makan dengan isteri je, anak-anak tak bagi makan. Nanti mak dengan ayah besar, anak kurus-kurus"

Haha, aku ketawe tak tahan dengan gurauan umi tu. Tapi ada betulnya juga.

Aku kagum dengan jawapan umi tu. Terus aku tersenyap. Haha. Betul juga, kalau kita usaha, insyaAllah tidak ada yang susah.

Dalam senyap, aku berfikir. Betul umi cakapkan tu. Kalau kita tak usaha, belajar tak usaha, nanti macam mana nak kahwin? nak bagi anak orang makan ape? kan? kalau kerja tak ada. Semuanya mula dari pelajaran. Ye!! aku nak belajar betul2. Kerja baik2. Then terus dengan perancangan.

* * *

Eh, aku lambat pergi ni bukan sebab tolong umi. tak. tak. Aku tak boleh jadikan alasan "tolong umi" yang membuatkan aku lamabt pergi solat. Tidak sekali. Lambat itu salah aku sendiri. Sebagai anak, kita mesti pandai mengurus masa. Masa kita uruskan diri, masa kita menolong ibubapa. Penting tu. Sangat.


    * * *


Pagi tadi. 
Ishh, kenapa pintu ni susah nak bukak.. mangga dah buka. Aku goyang berulangkali ini pinu. Geram juga sebab takut tak sempat SS sebelum subuh.
Lastly, kakaq buat baru terbuka. Hebat2...

*menghirup udara segar pagi. pagi jumaat. hari yang baik dalam seminggu.
Sesampai di tempat ibadah. Alhamdulillah, nasib belum start solat.
Sempat buat SS sebelum subuh.

Pagi ni Ustaz Aminuddin jadi imam. *ni ayahnya seorang budak batch aku, G-xiv.
Surah As sajdah dan Al Insan dihabis kan dalam dua rakaat. Bestnya bila dah menghafaz surah-surah ni kan?
Secara tidak langsung menghidupkan semula roh aku untuk mula mengafaz dan murajaah semula apa yang dah dihafaz.


Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah menerangkan :

"Seandainya manusia mengetahui keutamaan solat Isyak dan subuh secara berjemaah, nescaya meraka mendatangunya walaupun dalam keadaan merangkak"
(Disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Wah, mesti besar an ganjarannya? Berkejar-kejarlah untuk mendapatkannya.

Balik solat subuh, seperti biasa aku akan sediakan sarapan. siapkan semuanya. Habis semua baru la boleh relex sikit. Alhamdulillah semoga semua ini ada ganjaran dari Allah...


For the last one. Semua kat dunia di takbir oleh Allah. Tidak ada satu benda pun yang ditakbir oleh kita.
Apa yang dirancang oleh-Nya lebih baik dari perancangan kita.
Buka hati. Biar kita buta mata tapi jangan buta hati. Kerna buta mata kita cuma tidak apat melihat di dunia. Tetapi, buta hati, kita tidak nampak jalan ke jannah-Nya kerana gelapnya hati tidak disinari oleh nur, cahaya Hidayah-Nya...
Walhal, harta yang kita ada sekarang ni pun bukan kita punya. Harta ni akan jadi milik kita setelah kita menyedekahkan harta tersebut. faham maksundnya kan?

Wallahua'lam


No comments:

Post a Comment