11 January 2013

Penat, Tidak Mengapa



Assalamualaikum :)

Allahu Akbar, harini rasa penat sangat...
Pagi pagi lagi dah list hari ni apa yang ana perlu buat...
*list dalam kepala...

" Faiz, nanti tolong basuhkan baju ye, pinggan jangan lupa basuh. Lagi satu, umi mintak tolong alihkan meja dalam bilik umi tu ke bilik stor belakang "

Ok bos, beress... Rasa semangat nak buat kerja, tapi breakfast dulu, sambil tengok tv,hee :)...

Tengok jam, baru kol 8...relex dulu la, kol 9 baru start buat.

First aktiviti bersihkan halaman rumah. Sapu sapu. Pastu cuci tempat parking kereta, letak sabun sekali...
licin, hampir2 nak jatuh, fuhh...

Birsih2 kan sampai lebih kurang pukul 11.30. Then cuci pinggan mangkuk pulak sampai pukul 12.15...
Ana tak  perasan dah pukul 12.15 mase tu. syok sangat duduk kat dapur sampai tak tengok jam.

Lepas tu kelam kabut mandi dan bersihkan diri. prepare nak pergi solat jumaat. siap mandi kol 12.30. Tapi baju tak gosok lagi, gosok ala kadar je,haha...nak cepat.

kunci pintu rumah semua. Keluar rumah. Hati terdetik.

" sempat ke sampai masjid ni? jauh, jalan kaki pulak.. Ya Allah, minta2 la sempat sampai "

Sampai je masjid, Alhamdulilllah orang tak ramai lagi. Masuk. Solat tahiyatul masjid. Tungggu azan.

Time khutbah best, tajuk tentang anak anak. Mula mula memang dah nekad tak nak tidur. Tapi sampai pertengahan khutbah kedua, kepala dah start angguk2. Haha, dah nak syahid tu.

Habis khutbah solat jumaat. Pastu doa. Then solat sunat jap. Habis solat sunat duduk seketika selepas baca doa.
Berkata dalam hati,
 " Ya Allah, kenapa badan ni rasa penat sangat. Aku dah tak larat lagi nak berjalan balik. Jauh . Ya Allah, bagi sedikit kekuatan "

Masa tu teringat suatu hadis yang lebih kurang gini maksudnya :
  " Mu'min yang kuat lebih dicintai oleh Allah berbanding mu'min yang lemah ".

So, jalan la slow2...jalan, jalan..
singgah kedai sat, pi beli air. Beli mee sedap, Air susu :)... Suka air susu, sedap2!!

Orang cakap minum susu boleh putih? ye ke? haha
*nak puti2...

Tapi ni bukan sebab kenapa ana suka minum susu ya...ana minum susu bukan sebab nak putih. kahkah...

ok, kembali kepada story mory tadi...

Sampai rumah, lapar ni... panaskan kuali, letak air, tunggu didih.
sementara tunggu didih, potong bawang, cuci udang, sayur ckit, telur tak de, dah habis...
Haha, style orang bujang masak, sempoiii...
Tapi Alhamdulillah, hilang kelaparan cikit.

Habis makan, lipat baju. Sampai tertido.haha. penat bagettt dongg.


Malam lepas balik dari maghrib, tolong umi masak sebab umi nak gi solat pulak. Umi pesan, sayur dan bawang tu jangan lupa cuci bila dah potong. ok.

Umi sediakan kacang panjang, bawang merah, bawang putih, ikan bilis..
Ana terpingga pingga.

  " ni rasanya kene tumis bawang dulu ni, rasanya la "
kepala masih recall2 balik pengalaman memasak dulu, maklumlah, dah lame tak masak.
Lama sangat pikir, last2 tanya kakak. kkq no 2. Sekeluarga panggil dia "adik" walau dalam realiti dia kkq. Tak tau la kenapa.

  " Dik, ni nak masak kacang panjang kene tumis bawang dulukan? "

  " ha ah, tumis dulu "

Nak jadikan cerita, kacang panjang yg dah potong, bawang merah dan putih yang dah dipotong tadi ana letak dalam satu mangkuk. So masa basuh tu dia dah tercampur campur.

Bila nak tumis, hah, kelam kabut nak amik bawang yang dah bercampur dengan sayur tadi.
Lambat sangat, ana masukkan semua terus,haha...
Sayur, bawang merah, bawang putih, masukkan sekali...

Bila umi datang, umi pelik. kenapa bawang dia macam tak kene tumis je...

  " Abang masukkan semua sekali gus sebab tadi masa cuci dah tercampur "

  " Owh, tak boleh macam tu. Kena tumis bawang dulu. Tengok tu, bawang dia...."

Haha, gelak besar masa tu...macam mana la nanti, suruh isteri masak je la, haha, senang...
Fuh, siap masak, umi suruh cuci periuk, pisau dan mangkuk yg dah guna.
Then, makan.
Habis tu gi solat isyak.

Wahh, hari yang cukup penat.
Tapi tidak mengapa.
Allah kan ada.

Kuat kan badan, mind set!!
Hee :)

Ingatlah, mulakan perbuatan dengan bismillah dan akhiri dengan?? Pandai2. Hah, awak la. Ye2, awak yg jawab tadi. Pandai2...

Akhiri dengan Alhamdulillah...

Salam Alaik

*Post ni sebenarnya dah ditulis jumaat lepas(11/1), tapi masa tu x sempat nak habiskan...


No comments:

Post a Comment