22 January 2013

Mana milik kita??



Assalamualaikum...
lirik lagu, mana milik ita, rabbani...
Benar, tiada satu pun benda di dunia ni kepunyaan kita.
Rumah, phone, kereta, anak, isteri, teman wanita, teman lelaki, motor, tv, lagi apa?
banyak sangat sampai tak tertuliskan?

Nah, ini sebagai sedikit muhasabah kita bersamalah.. Seharusnya kita sentiasa berfikir. Mungkin yang datang akan beransur pergi. Sebab apa? Sebab perkara tersebut bukan milik kita. Allah yang punya. Allah just bagi kita pinjam je.

Kita hidup di dunia ni ibarat berada di atas pentas, pentas yang luas yang dikenali sebagai pentas dunia. Kita semua adalah pelakonnya. Sama seperti di dunia, pengarah filem akan membuat filem. Sampai satu masa filem itu akan siap dan akan ditontoni oleh beratus, beribu walhal mungkin berjuta manusia. Samalah juga seperti kita. Suatu hari nanti, berjuta manusia akan menyaksikan filem yang telah dilakonkan oleh kita ketika di dunia.

Ingatlah, ketika di padang mahsyar nanti, mulut kita tidak bisa berkata kata. terkunci rapi. Pada ketika itu semua anggota badan kita akan berkata kata kecuali mulut. Kecuali mulut. Kecuali mulut. Na'uzubillah...
Tangan akan membuat pengakuan dihadapat Allah bahawa dengan apa yng kita telah lakukan dengannya ketika di dunia. Mata akan berkata, dengan apa kita telah mengunakannya ketika di dunia. Tangan, kaki juga akan berkata, membuat pengakuan di hadapan Allah SWT.

Adakah kita sudah terlambat untuk bertaubat? Belum, insyaAllah belum selagi nafas tidak sampai di kerongkong atau selagi matahari tidak terbit dari arah barat. Mintalah, mohonlah kepada Allah dengan sebenar benar taubat agar dosa kita diampunkan sebelum kita dijemput pulang ke tempat asal kita iaitu tanah. Pada ketika itu, sudah terlambat untuk segala galanya. Mohonlah sebelum muut kita tidak bisa berkata kata. insyaAllah...




Senyum2 selalu ^^

Ingatlah, jangan bersedih kerana Allah ada bersama...

Allahkan ada, mohonlah kepadanya...

Salam alaik

2 comments:

  1. Assalamuaalaikum Abg Faiz. Hehe. Sempat lagi tak untuk ana bertaubat? :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam. maaf la sbb lambat reply. ana bru tahu ade bnde untk comment kt sini...(jgn la panggil abang)
    sempat lagi x? Hm, InsyaAllah masih sempat selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Masih sempat selagi matahari belum terbit dari arah barat...
    hee :)
    same2 la kita ingt Allah ye ^^

    ReplyDelete