27 December 2013

Luar Nampak Biasa. Dalam Luar Biasa


بسم الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..
First of all, saya nak jelaskan sedikit berkenaan dengan post saya yang lalu mengenai "Frust Menonggeng Ketuk Kaki" tu.

Sebenarnya bukan niat saya untuk meluahkan seluruh perasaan hati bahawa saya cemburu dengan rakan yang bercouple itu. Tidak. Tidak sama sekali. Sebenarnya saya cuma ingin berkongsi sedikit situasi saya, pengalaman saya di universiti. Cemburu itu sememangnya ada, tetapi bukan la cemburu pada mereka sahaja. Banyak lagi perkara yang saya cemburukan. Tak cukup nak cerita dalam blog ni panjang-panjang. 

Cuma ambil point, cerita yang remaja sekarang ni lebih gemar. kan? Cinta. Remaja memang gemar cerita-cerita mengenai cinta ni. Biasalah, darah remaja gitu.*cehh ayat mcm prnh dgaq.haha*

By the way, saya hargai sangat teguran yang di berikan oleh seorang rakan kepada saya mengenai post tu. Thanks :).

InsyaAllah ada yang salah saya akan perbaiki. Terima Kasih.
Ok habis.

***


Berfikir
Apa yang kita bina dalam diri itu lah diri kita. Kalau kita bina yang baik-baik, insyaAllah baik. Sebaliknya, kalau kita buat pilihan untuk ke arah yang lain, arah yang terbalik, songsang, maka faham-faham la maksud saya. Tepuk dada tanya diri, tanya hati, tanya imani.

Kita nak jaga diri, so kita jaga hubungan dengan manusia, hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan Allah swt, hubungan dengan Rasulullah dan para sahabat yang lainnya.

Ingat kagi pesanan seorang lecturer, saya panggil dia ustazah. Baik sangat ustazah ni. Dia hadiahkan saya sebuah buku :). Cewahh..haha.




haha. yg ni belum sedia apa tp dah snap dulu.



depa dua ni pengerusi majlis masa dinner hari tu.



Haa, yg depan 4 org tu semua senior saya. kecuali tudung hitam, tu bukan senior. dia sebaya. haha.
Tapi yg len2 tu semua senior kot. part 2 ada 3 org ja. haha.


Gambar ni tak jelas sangat sebab guna phone. Lepas dinner ni, esoknya kami ada khidmat masyarakat. Gambarnya tak dapat lagi. Kalau tak boleh boh kat sini sekali. Ada main kayak. haha.

Apa-apa pun yang kita buat, jaga hati. Dunia luar, memang seperti itu. Iman perlu kuat la. Kepada yang memimpin atau yang bakal menjadi pemimpin, tak kesah la pemimpin persatuan ke, JPK ke, ingat jawatan itu bukan sekadar jawatan. Tetapi ia suatu amanah dari Allah swt. Laksanakanlah sebaik mungkin, sejujur mungkin :)

Sekian :)










13 December 2013

Syukran Mu'allim wa mu'allimah


بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamualaikum.
Tarik nafas. Haha.
Alhamdulillah. Hidup lagi ni.

Kepenatan yang amat. Tapi inilah kehidupan. Kat dunia pulon habis-habisan sebab kat 'sana' nanti baru kita nak rehat puas-puas. InsyaAllah.

Minggu ni, kelab persatuan yang saya ikut ada buat pencarian untuk ahli baru. So dari hari ahad sampai rabu saya and the geng bergiilir-gilir jaga booth. Bila free tak ada kelas, kna jaga. Kalau ada kelas tak payah la. Itu booth punya cerita.

Hari isnin rabu minggu lepas, bukan rabu baru-baru ni. Rabu yang minggu ni, minggu satu lagi tu. Hahh yang tu. Habis latihan persatuan, kami bermesyuarat sat. Bincang untuk buka booth tu semua and untuk dinner 20 dis ni.

"Faiz, Faiz nak handle untuk dinner nanti tak?". Seorang senior perempuan datang menghampiri ku.

Saya yang sedang menaip menggunakan laptop berpaling kepada wajahnya sambil membuat muka pelik. Kening kiri ku angkat sedikit.

"Dinner? hemm, ha boleh la". Spontan saya jawab.

"Ok nice. Nanti Faiz pi HEP, tanya orang yang bertugas kat situ, ada tak surat jemputan dari silat negeri kedah. Kalau tak ada, Faiz call kaq L. Ni no dia". Kakaq tu memberi arahan.

"Ooo...ok akq". Saya menjawab sambil tangan kanan mencari phone yang ku letak di sebelah.

Begitulah seterusnya...

***

Besok selepas buka booth, pasang-pasang banner, ada budak perempuan yang jaga. So aku pi la HEP nak ambil surat jemputan tu. Nak jadikan cerita, Pn yang jaga mesin fax tu tak ada. Saya dah mengong masa tu. Pakcik yang bertugas tu cakap, kat uitm ni ada 3 mesin fax. Satu kat HEP, satu kat HEA, lagi satu kat pejabat rektor. Aduh, aku dah pening.

Call kaq L.

"Assalamualaikum akq, saya faiz dari silat _ _ _ _ _ uitm kedah. Saya kawannya kaq S. Nak tanya, akq ada fax surat jemputan ke uitm kan? akq fax ke HEP ke pejabat rektor? sebab kat sini ada banyak no fax. Satu kat HEP, satu lagi kat HEA, lagi satu kat pejabat rektor".

"Ooo.. gitu ka? akq tak tau plak sebab yang fax tu pembantu akq. Nanti akq confirmkan semula dengan dia, then akq call Faiz semula ye".

"Ok kaq. Terima kasih".

***

Sampailah hari ni, Alhamdulillah semuanya sudah beres. Peruntukan dah dapat. Surat tempahan bas dah hantar, tunggu nak dapat keputusan ja minggu depan. Haha. Balik JB lambat sikit la nampaknya ni. Cuti sat ja. Dua minggu.

Sibuk uruskan program, kadang-kala saya risau juga...

Arghhh..rasa macam tak mampu la. Tak mampu nak teruskan. 9 subjects. Allah.
Saya kalau nak dibandingkan dengan kawan saya yang lain, iya mungking saya bawah sikit. Tak da la pandai mana. Biasa-biasa saja. Tapi dalam menuntut ilmu ni apa yang aku pegang is, hormat lecturer. Bina hubungan yang baik dengan depa. Jaga akhlak dengan depa. Jangan sakitkan hati. Lecturer sama juga macam ibubapa kita. Kena hormat, jangan sakitkan hati. Kalau ada salah dengan lecturer, cepat-cepat minta maaf tau.

Sem lepas ada ceramah kat PI. Pasai persediaan final exam. Lebih kurang gitu la tajuk dia. Yang bagi talk tu lecturer sendiri. Dalam ceramah tu dia ada sentuh pasai hubunga dengan lecturer. Hormat lecturer. Doakan lecturer. Masa tu baru aku tersedar. Ooo...betul tu.

Apa-apa yang saya belajar, yang saya dapat dari lecturer semua ni, berdasarkan ilmu yang Allah pinjamkan kepada lecturer tu untuk diberikan kepada saya dan kawan-kawan saya yang lain. Hem :) Alhamdulillah. Fikirkan, macam mana ilmu nak berkat kalau kita selalu buat lecturer marah, kecik hati semua tu. 

Dalam kelas sometimes ada juga yang saya perasan, ada dalam kalangan kawan-kawan yang kata-katanya tu buat lecturer kecik hati. Walaupun lecturer tu senyum, tunduk. Tapi aku tau lecturer tu kecik hati dengan kata-kata tu. Aku kenal dia. Bila jadi macam tu aku rasa bersalah kat lecturer tu. Allah. Rasa tak tenang.

"Salam ustazah. Ana nak minta maaf ya. Takut2 selama ustazah mengajar ana dan kawan2 ana, ada salah yang ana lakukan pada ustazah. Ana kesian tengok ustazah dalam kelas. Orang len macam tak hormat ustazah. Ana tau mesti ustazah kecik hati dengan kawan2 ana. Jadi, ana bagi pihak kawan2, dan juga diri sendiri, nak minta maaf yaa".
*ni masa sem 1*

Masa tu saya memang tak tau nak buat apa. So message direct ke lecturer tu. Alhamdulillah, banyak pesanan yang beliau berikan. Kena rendah diri dengan guru tak kira dia siapa. Jaga hubungan dengan Allah, Jangan ponteng kelas and jaga adab dengan guru. Jadilah pelajar yang baik, pelajar yang menyenangkan hati. Semua pesanan ni saya ingat sampai sekarang. Syukran ilaiki ya ustazah.

Alhamdulillah...

Biasa la tu, bila dah masuk U ni, ego tinggi sikit. Manusia kan? it's normal. Tapi, jangan la sampai nak ego dengan guru. Hormatlah. Turunkan ego mu, rendahkan la ego mu itu.

Bila kita cinta Allah, akan lahir taqwa. Bila kita cinta manusia, akan lahir kasih sayang.

***

Kat atas tu ada gambar bumi. Cantik kan? Saya suka tengok benda-benda natural ni. Examples like mountain, blue sky, field, sunshine, and so on. Bila tengok tu rasa....AllahuAkbar. SubhanaAllah. Besar ciptaan Allah ni. Lagi best kalau tengok tu sambil dengaq lagu Mahir Zain, open your eyes. Serius sangat-sangat touching. Boleh menitiskan air mata.

Besar alam yang Allah cipta ni. Tapi ingatlah, suata hari nanti akan datang hari yang akan menghancurkan semuanya :'(.. Kita kena prepare from now. Tak lama dah, it's around the corner. 
Ke manakah kita? ila al-Jannah aw al-jahiim? Sama-sama kita bermuhasabah. Tepuk dada, tanya iman.

Semoga bermanfaat bersama.
Jaga Diri
Jaga Iman
Jaga Hati
Jaga Hubungan dengan Allah

والله اعلم







13 November 2013

Tidak Cukup Sekadar "Ilmu"






#izinkan ku behasakan diri sebagai 'saya'.
Ada yang automatic. Ada yang manual. Dua dua ada kelebihan dan kuranganya.
Bagi saya, auto ka, manual ka, tak kisah sangat. Redah je asalkan bergerak. Beberapa hari yang lepas, saya, F dengan 2 orang sahabat, Q dan A. Sedikit membantu kawan di SMKA JB. Alhamdulillah semoga di berkati.

Sebelum ke sana, saya dimaklumkan oleh pengarah untuk menjadi panel 1 di dalam forum yang akan berlangsung pada malam terakhir. Allah. Saya cuba memberi alasan ketika kami sedang ber"chatting". Cuba mengelak.

Fikiran hanya berkata,
   "nak cakap apa nanti? bukan semua benda aku tahu"

Runsing. Saya hanya mampu berkata supaya namaku di"hold" dahulu sebelum ditetapkan sebagai panel 1.
Terfikir juga, kenapa kena tolak pulak?

Tersedar dari lamunan.
Saya bertanya kepada sahabat, Q.
   "nak buat macam mana ek? ana tak sedia la"

Katanya,
   "anta terima ja la. Wakil dari hidayah"..

Saya hanya senyap tidak berkata. Mata terus memandang kehadapan sambil kaki melangkah untuk ke dewan makan. Minum petang.

Mujurlah semasa taklimat pagi tadi pengarahnya memberi tahu, untuk pemilihan panel akan di bincangkan semula. Sedikit lega. Saya berbolak balik samada ingin menerimanya atau pun tidak.

Apa yang membuatkan perkara ini(menolak) berlaku, saya berfikir. Ilmu. Ya sebenarnya ilmu di dalam diri kurang. Ahhhh, tersedar. Masih banyak ilmu yang belum ku terokai. Masih banyak yang perlu dipelajari. Tetapi saya silap membuat kesimpulan di dalam menyelesaikan masalah ini. Suatu masa dahulu saya pernah berkata kepada orang lain.

   "tak kisah la ilmu kita sedikit ka, banyak ka, kita tetap kena sampaikan. Kalau nak tunggu ilmu tu banyak, bila kita nak sampaikan pada orang lain?

Allahu, betul la... walaupun ilmu tak banyal lagi, saya tetap kena sampaikan ilmu. Dakwah.

Wahyu pertama, Iqra. Bacalah.

Perlu banyak membaca ni. Saya pesan pada diri sendiri. Ingat ye faiz.
Sama macam gambar tu, al'ilmu bila 'amal, ka syajari bila samari. Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah.

Baca, dengar, pergi seminar, program, bermacam cara yang kita ada untuk mendapatkan ilmu sekarang ni. Orang cakap dunia dah maju kan? so, dah ada tap bagai, perlulah di manfaatkan. Lagi-lagi usia muda kita ni. Usia muda. Salah satu masa yang akan di persoalkan ketika di akhirat kelak. Apa yang kita gunakan pada usia muda ini. Jom, kita sama-sama mempertingkatkan diri. Tebalkan dinding iman kita supaya tak ada anasir anasir jahat yang menusuk masuk.

Jom berbakti kepada agama. Sama-sama mengerakkan Islam. Bantu. Jangan rasa terbeban. Bila kita membantu dalam urusan agama Allah, Allah akan bantu di dalam urusan kita.


Rasa bersalah menyelubungi diri. Maaf diri.
Jadi, tugas panel 1 di serahkan kepada orang lain. Mungkin di serahkan kepada seorang akak, akhawat ni. Sebab katanya dia dilantik last minute. Pengarah yang menguruskannya. Next time tidak akan di tolak  lagi insyaAllah.

Itu lah, pesanan, kita perlu, mesti, bersedia dengan apa-apa kemungkinan. InsyaAllah akan dipertingkatkan diri ini.

Ingin sekali menjadi hamba-Nya yang berilmu.
Ilmu-Mu yang begitu banyak ini ingin sekali ku dalami semuanya.
Walaupun ada yang mengatakan itu mustahil.
Tetapi akan ku sanggah semua kata mustahil itu,
ku ganti dengan, tiada apa yang mustahil.

Semenjak di zaman persekolahan. Saya tahu, sedar. Diri ni bukan lah orang yang begitu pandai. Bukanlah yang mendapat A memanjang. Banyak kisah lama yang di pendam. Banyak malu yang ditahan.
Syukur sangat kerana ummi suruh masuk tahfiz ketika di tingkatan 1. Sekurang-kurangnya diri ku ketika itu terjaga. Alhamdulillah.

Umur pun sudah bertambah. Zaman persekolahan semua hanya tinggal kenangan. Sekarang tiba zaman universiti. Cabarannya tinggi. Dugaannya hebat sekali.

InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah. Saya ada matlamat diri. Matlamat hidup. Ingin menjadi hambaNya yang berilmu dan berbakti kepada Islam hingga ke akhir.

Tanpa ilmu kita tidak akan kemana. Maka, benarlah...


Sama juga seperti memandu. Di awal tadi saya ada menyebut mengenai automatic dan manual. Iya, itu kereta. Sebelum mendapat lesen L, kita harus menduduki kelas memandu. Ujian dan sebagainya. Lulus, anda akan diberikan lesen L tersebut sebagai lesen untuk latihan. Untuk ke level seterusnya, iaitu untuk mendapatkan lesen P, ujian memandu bersama JPJ harus dijalani. Sama juga, jika lulus, anda akan diberikan lesen P tersebut. Jika gagal, anda perlu ulang dan sedikit bayaran dikenakan.

#pfffftt asal rasa ayat mcm skema sgt -,-

Nak dapatkan lesen semua tu perlukan ilmu. Nak gerakkan kereta juga perlu ilmu. Macam mana nak balance kan clutch dengan minyak. Terlebih sikit engine mati. Nak belok apa yang perlu buat, nak tekan clutch ke tak, minyak macam mana. Semua itu perlu kepada? Ilmu.

Then bila kita dah dapat lesen, kita sudah mampu bergerak sedikit. Mudah untuk keluar. Pergi jumpa kawan. Usrah dan lainnya.

Tetapi tidak cukup sekadar lesen jika ilmu lain kita tidak ada. *Ehh, ilmu apa plak ni..
Macam mana nak terangkan, hem.. Gini la..

Contoh.. Kita dah belajar tinggi tinggi. Dah ada Phd lagi. Kira dah bagus la ni Tapi lepas habis Phd kita tak tahu nak buat. Duduk rumah macam orang tak ada kelulusan apa apa sedangkan kita punya Phd tu. Faham? Boleh relate kan tak dengan kereta tadi?

Maksudnya, kalau kita ada lesen sekali pun, tapi tak tahu hala tuju tempat yang kita nak pergi tu pun tak jadi juga.. **Hemm, btw, ni tak ada kena mengena dgn sesiapa ya. Maaf sgt2 kalau ada yg terasa. Idea ni memang dah lama timbul, cuma lambat cikit nak di tulis#kebetulan.

Belajar belajar seterusnya kita amalkan dalam kehidupan. Dunia ni tempat mencari bekal. cari la bekal ilmu tu sebanyak mungkin kerana ilmu merupakan salah satu daripada amalan yang tidak akan putus walaupun kita sudah meninggal dunia.

Dengan adanya imu, kita tahu tujuan kita. Jelas. Mencari keredhaanNya. Ingin ke jannahNya.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Wallahu'alam








12 September 2013

Serahkan Segala...



Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik, makan tidur, makan tidur, solat, tik2 dah nak final sem exam. Huhu. Allahu. Sekejapnya nak nak habih sem 1.

So, cam mana persediaan nak exam? Study...

Tapi tiba-tiba diri ni teringat satu lagu. Lagu lama. In-team. Bila hayati lirik lagu tu, rasa..... ouhh ok.


Ku Serah Cinta

Ku serah segala ketentuan 
Biarlah masa yang berbicara 
Dipangku wajah yang layu 
Dan aku telah jemu 

Aku tidak mahu berpaling 
Pada yang mengganggu dan menggugat 
Sapanya meletihkan diri 
Hadirnya mengundang penat 

Akan ku serah cinta ini 
Bukan lagi pada manusia 
Kerana cinta martabat itu 
Bersalut segunung kepalsuan 
Dan kepuraan 

Aku semakin tidak peduli 
Apa yang mungkin akan terjadi 
Kerana gerak dan tindakanku 
Mahu bebas dari masalah 

Ku serahkan cinta ini 
Hanya padaMu, oh Tuhan 

Akan ku serah cinta ini 
Bukan lagi pada manusia 
Kerana cinta martabat itu 
Bersalut segunung kepalsuan 
Dan kepuraan 

Aku adalah aku sekarang 
Biar terbuang tetap berjuang 
Akan ku serahkan jiwa ini 
Sepenuh hati dengan keikhlasan 
Aku adalah aku yang sekarang 
Ku serahkan cinta ini 



Wallau'alam.

Semoga Allah berkati


14 August 2013

Ana



Kaki melangkah. Satu persatu dengan cermat. Sambil berjalan, ana tengok kaki, kasut. Satu soalan timbul,
  "kenapa aku jalan macam ni?"

Hemm, entah. Penat. Kepenatan pada ketika itu, mungkin sebabnya. Penat sangat. Kaki yang melangkah sambil otak menghantaq arahan untuk pi ke surau. Petang tu kelas arab habis pkui 5:30. Sepatutnya habih kui 6. Ustazah tu baik, bagi keluaq awai. Sesampai di surau, ana duduk di atas sebuah kerusi. Duduk menghilangkan penat seketika. Otak berfikir. Segala macam benda terlintas.

Tiba-tiba phone berbunyi, ada massage masuk. Kawan tanya,
   "hg study mate x?"

Aku berbelah bahagi. Kebetulan malam ni da latihan silat. Besok pagi ada quiz mate, malamnya pula ada test2 mate.

Nak pi yang mana satu ni? Silat? Study? Silat? Study? Entah. Lupakan dulu. Serabut.

Ana pi ambil air wudhu'. Terasa kesejukan airnya itu. 
Kemudian, masuk surau.
Berdiri tegak. Mata di tumpukan pada satu titik.
Tenangkan fikiran.
Takbir.

Alhamdulillah. Sembahyang. Apabila kita sembahyang, ia dapat menenangkan kita, dapat memberikan kerehatan kepada kita. Rasa seperti di"charge" semula tenaga-tenaga yang telah hilang.

Sujud. Duduk antara dua sujud. Sangat merehatkan. Rasa tenang.

Dalam hati,
Allah, nikmatnya semua ni. Tapi kenapa kadang-kadang aku lalai juga ya? Lalai dalam semua perkara. 
Rasa diri ni hina.
Ya ana tak sebaik korang. Awak. Hang. Anti. Anta. Koma. Mike. Kau. Siapa-siapa lagi la. Tapi jauh di sudut hati ni, ana nak sangat jadi hebat macam korang, hangpa semua. Bantulah.
Ana respect korang. Tahniah sebab berjaya menjadi insan sebegitu rupa. 

Ana ni kadang-kadang nak memberi teguran ka orang, tapi ana sndiri yang lakukan perkara tesebut. Teruknya.

Terlepas cakap satu-satunya perkara yang besar dalam hidup pada orang lain. Menyesal. Kadangkala ana terfikir,
"kenapa aku boleh terbagitau macam tu?"

Allah. Kenapa la ana cakap macam tu tempoh hari. Rasa macam nak delete. Buang semua.
Tapi apakan daya. Benda dah terjadi, tetap diingati punya. Jaga la benda tu sebaiknya.

Doakan pelajaran ana di sini.
Besok ada quiz dan test2 mate.
Doakan yee...

Salam Alaik




12 August 2013

Aid. Raya


Assalamualaikum.

Tahun ni raya seronok sangat. Ramai jumpa saudara mara. Tak sangka pulak aku ada sepupu yang study di uitm merbok tu. Sebaya pulak tu. Tapi dia ambil Law. Perempuan. Kebetulan boleh jumpa masa pi rumah tok ngah. Terkejut!

Aku cuti awal. So pi stay rumah pak long dulu. 2 hari lpaih tu pak njang amik bawak pi rumah dia plak. Stay rumah pak njang sampai umi ayah sampai kedah. Tahun ni ayah tak balik kampung guna MPV. Rosak, brek tak berapa elok. So naik dua kereta. Alhamdulillah sampai.

Terawih. Masjid kat sini sentiasa penuh. Subuh macam solat jumaat. Penuh sampai keluar. Allahuakbar. Suka sangat.

Tahun ni baju warna coklat. *ceklat. hahaha. Umi ayah warna biru. Nice. Biru coklat. Selesai sembahyang raya, pi rumah tok. Jumpa sepupu yang kecik2 comel ni, haha suka sangat. Hadi, amar, azim, anas, qayyum. Abg farid, abg fazli, abg fahmi.



ni kakak. yang sulong



tu kakak yang kedua.









ni anas. anak pak teh.






ni qayyum. anak pak su hasyim


Dah laa. tak tau nak cakap apa lagi. 'Alaqullihal, selamat maju jaya. Rasanya belum terlambat, selamat hari raya. Qullu'am waantum bikhair.

segala salah silap, mohon di maafkan. Diri ini bukan la baik macam orang2 di luar sana. Sering melakukan kesilapan.

Doakan kejayaan bersama.

Wallahu'alam.

Salam alaik













31 July 2013

KetentuanNya

Tuk tuk tuk *bunyi ketuk pintu*

Assalamualaikum...
Ya Allah lamanya tak buka blog ni. Hari tu dah taip banyak utuk di post, tapi tiba-tiba da la seorang hamba Allah ni dia tertutup google chrome ni. Habis hilang semua yang ditaip.

By The Way, Syukur ilaAllah, kerana mencampakkan aku di UiTM Merbok, Sg Petani ni. Classmate semua sporting walaupun aku masuk lambat(second intake). Dulu aku sedih sangat sebab tak dapat first intake. Sedih sangat!

Ingat lagi saat tu, call kawan-kawan, sebab bosan, duk borak lama-lama dengan depa. Biasanya aku call Qawim. Dia sporting sikit dengan aku. Haha.

Tapi yang paling aku ingat is, bila aku call afiq. Afiq Jiwa. Dia ada pesan pada aku,

"Faiz, anta masuk lambat ni kira bagus tau. meh sini ana cerita suasana kat sini. Nanti anta boleh be ready sebelum masuk second intake."

Lebih kurang begitu la ayatnya. Ternyata memang betul. Bila aku masuk Sini, memang terkejut. Kebetulan UiTM ni ramai perempuan daripada lelaki.

Ni ada gambar classmate aku. Depa ni doqlaq sungguh! Hahaha
Senanya gambar-gambar ni untuk di 'edit'. Yang ni gambar original, yang belum di 'edit'.

















Seriusly aku malu teramat masa nak ambil gambar ni. Tapi sebab classmate kan? So buat je la. kesian kat depa. Cover malu!

Ok la, sat gi ada roleplay. Bila-bila free update lagi.

Wassalam.

Rebutlah 10 malam terakhir ni, semoga mendapat apa yang kita ingin2kan. InsyaAllah :)

Jaga Diri :)
Salam Alaik




30 May 2013

Api Memori



Butang lock di sisi android  tu ditekan  sejurus  “massage receive” terpapar pada skrin telefon bimbit.  Itulah  antara hadiah yang diberikan oleh ibubapa beliau sebelum  beliau menyambung pelajaran ke Negara Matahari Terbit. Jepun.


Wafiq. Berkaca mata.  Datang daripada Malaysia untuk  menyambung pelajaran  dalam bidang kejuruteraan teknikal. Tahun terakhir dan bulan depan adalah final exam. Namun begitu, kehidupan beliau di Jepun ini tidak  keseorangan. Bersama  beliau seorang  sahabat yang sangat akrab. Tempat  berkongsi masalah, gelak ketawa  dan juga meminta  nasihat. Fariz.

“Allahuakbar,  penat  sungguh  hari ini.”

Bicara hati kecil Wafiq lantas merebahkan tubuhnya di atas katil. Matanya memerhati segenap ruang biliknya seperti seeekor harimau hendak membaham mangsa. Bola mata Wafiq terhenti pada jam dinding berbentuk epal itu.  Matanya tidak henti melihat  jam di dinding yang  sekian  hari menjadi  seperti  tidak berguna  kerana  belum diganti battery. Beliau mengalihkan mata ke meja belajarnya.

Sebuah komputer riba berjenama  Acer  di letak kemas di situ.  Buku-buku rujukan, nota-nota, semuanya tersusun rapi. Sememangnya  Wafiq  seorang yang  suka  kekemasan. Melihat  sesuatu yang  tidak  tersusun membuatkan  hati  beliau rimas. Saat matanya melilau ke sudut meja belajar itu,  matanya terhenti  pada komputer riba.  Tangan kanan digunakan  untuk   betulkan kaca mata supaya terletak pada kedudukan yang betul.

Kini mata Wafiq bertentangan dengan computer riba itu. Seperti yang selalu dikatakan oleh sahabatnya, Fariz, directly proportional. Wafiq bangun dari baringan beliau lantas menghampiri komputer riba itu.

“Dah lama juga aku tidak buka email. Mungkin  inbox  sudah berderet.”

Lampu tetikkus berkelip-kelip kemerahan setelah butang penghidup ditekan. Dengan mengunakan
tangan kanan, Wafiq membuka skrin computer ribanya.  Jari sedia untuk menekan huruf-huruf pada papan kekunci. Selesai memasukkan kata laluan,  ruang peti simpanan emailnya terpapar. Seperti yang dijangka oleh Wafiq, bilangan pesanan di dalam peti simpanannya begitu banyak. Termasuk juga satu email yang dihantar oleh beliau dua tahun dahulu yang kininya tidak pernah dibalas lagi. Tidak ingin diulang lagi perbuatannya yang jauh tersasar suatu ketika dahulu.

Wafiq membuka kiriman tersebut dengan tangannya sedikit mengigil. Bimbang dengan keadaan hatinya.  Satu persatu dibacanya kiriman tersebut. Ada lebih kurang 27 kiriman diantara beliau dan juga perempuan itu. Namanya  Masyitah. Tiga tahun sudah berlalu, banyak memori yang telah dilupakan oleh Wafiq. Semuanya habis beliau bakar di dalam ingatannya. Penuh dengan penyesalan dek  diri yang tersasar jauh dalam lamunan hati yang tidak benar.



Assalamualaikum…
Wahai  hamba  Allah, Masyitah. Sebelum Wafiq berangkat ke  Jepun esok, Wafiq ada sedikit perkara yang ingin diberitahu kepada Masyitah. Mungkin perkara ini berat untuk Masyitah menerimanya. Tapi percayalah, pasti akan ada kebaikannya. Allah itu Maha Mengetahui, Mengetahui segala apa yang diaturNya.
Masyitah, sepanjang kita berkenalan, Wafiq rasa seronok. Walaupun tidak sejauh mana kita berkenalan, tetapi sepertinya ada sesuatu yang, Wafiq kira “pelik”. Iya, pelik sangat. Kita sering berbalas email.  Wafiq bimbang perkara ini akan menganggu konsenterasi Wafiq ketika di Jepun sekaligus didalam dakwah dan tarbiah.
Maka, Wafiq harap Masyitah berlapang dada untuk menerima keputusan yang wafiq ingin buat ini. Memang betul diantara kita tidak ada yang istimewa,  hanya sebagai kawan walaupun hanya berbalas email. Tetapi itu semua salah. Wafiq tersedar. Wafiq tersilap buat kiraan. Wafiq harap diantara kita selepas ini tidak ada perhubungan melalui email atau apa-apa lagi ye?  Kita berhenti daripada saling menghubungi. Stop sampai sini saja. Benda ni melalaikan. Wafiq percaya, Masyitah pun faham apa yang dikatakan oleh Wafiq ni sebab Masyitah orang yang baik. Solehah.
Maaf sekiranya luahhan, kata-kata Wafiq ini membuatkan Masyitah kecil hati. Tetapi ini adalah untuk kebaikan kita bersama. Yang kita ingin cari ialah RedhaNya. Mardhatillah. Peliharalah dirimu, maruahmu, demi agama Islam  itu sendiri.
Berjalanlah di muka bumi Allah ini sebagai dai’e. Jadilah seperti Masyitah pada zaman Nabi Musa. Sanggup terjun ke dalam didihan demi Allah dan agama yang tercinta.
Assalamualaikum Permata Islam…




Selesai membaca kiriman terakhir beliau kepada Masyitah, tanpa disedari pipinya sudah basah dengan air matanya yang mengalir. Mengalir deras. Bukan kerana kesal dengan kata-katanya itu, tetapi titisan air mata itu kerana rasa nikmat syukurnya kepada Allah yang  telah menyedarkan beliau dari jalan yang jauh tersasar.  Tangan disilangkan diatas meja dan kepalanya direbahkan ke persilangan tangan itu. Linangan air mata terus laju sehingga beliau tersendu-sendu.


Tiba-tiba satu suara kedengaran. Suara yang tidak asing bagi Wafiq.



“Assalamualaikum. Wey bro, anta ok tak ni? Kenapa  menangis ni bro?”. Fariz yang baru balik dari kuliah kehairanan melihat sahabatnya itu.
Wafiq menjawab salam dengan perlahan, masih tersisa tangisanya.
“Waalaikumusalam Bro. Ana ok. Cuma mata ni berpeluh,  keluar air”.
“Hahaha, anta ni tengah menangis pun still boleh buat lawak ek? Sahabat-sahabat”. Fariz menjawab sambil kepalanya mengeling berkali-kali.

Sepertinya Fariz sudah mengetahui masalah Wafiq. Maklumlah, mereka rapat semenjak dari Malaysia lagi. Tidak hairanlah sekiranya Fariz mengetahui banyak rahsia tentang  Wafiq termasuk berkenaan Masyitah.

“Anta teringatkan kisah masa anta dengan  Masyitah ye bro?”. Fariz cuba bertanya.

Wafiq dari tadi masih tertunduk di meja, mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Air matanya dikesat. Nafas ditarik sedalamnya. Berulangkali beliau menarik nafas sebelum menjawab soalan sahabatnya itu.

“Haah Fariz. Ana teringatkan dia. Bila baca email yang terakhir ana bagi kat dia ni, dia memang tak balas. Maksudnya dia fahamlah apa yang ana nak.” Wafiq cuba jawab dengan tenang.

“Anta menyesal ke dengan email terakhir tu?”

“Hem, tak ada la. Ana just terkejut. Bersyukur. Allah masih beri ana jalan yang terang untuk memperbaiki urusan hati.”

Fariz menghampiri Wafiq. Kedua tangannya diletakkan pada bahu Wafiq. Perlahan-lahan diurut bahu sahabatnya itu. Terserlah ukhuwah diantara mereka. Sambil mengurut perlahan bahu Wafiq, beliau mengajukan soalan lagi.

“Wafiq, kita ni dah lama kawan. Study sama-sama, makan, solat, urusan dakwah kat sini, semua kita buat sama-sama. Ana pun dah anggap anta ni macam abang ana sendiri. Tentang Masyitah pun anta cerita kat ana, tapi tak semua la. Jadi, ana nak Tanya sikit ye? Anta ada apa-apa perasaan ke pada Masyitah?”. Faris dengan lembut dan berhati-hati menyusun kata supaya sahabatnya tidak terasa hati.
Wafiq yang tadinya membelankangkan pandangan dengan Faris, kini beliau memusingkan kepala sambil kening kiri diangkat, mata masih kemerahan. Seperti tidak menyangka Faris akan bertanya soalan seperti  itu kepadanya.



* * * * *

Suatu malam yang hening di Malaysia. Langit yang beratapkan bintang-bintang dan bulan yang indah. Terasa kesejukan malamnya ketika itu.  Menjadi rutin malam minggu Masyitah, setelah selesai makan malam bersama-sama keluarga, selesai mengemas meja makan dan mencuci pinggan mangkuk, beliau akan mengisi masa sebelum tidurnya dengan membaca buku.

Jam sudah menunjukkan 2130. Masyitah berjalan memasuki bilik di tingkat atas. Sesampai di biliknya, tingkap di buka sedikit supaya angin malam dapat mengisi ruang biliknya. Tidak menjadi kebimbangan kepada  Masyitah dengan tingkap terbuka kerana tiada rumah bersebelahan rumah mereka.  Beliau duduk di atas katil sambil tangan mencapai sebuah buku yang berada di meja bersebelahan katilnya. Penanda buku itu tariknya dan bersedia untuk menyambung di tempat yang beliau berhenti tempoh hari. Sepanjang bacaan beliau, bilik yang sunyi itu diisi dengan bunyi  cengkerik dan desiran kipas. Terasa ketenangan dan kedamaian di dalam hati Masyitah.

Seketika kemudian, telinganya didatangi gelombang bunyi dari seorang ibu yang dikasihi. Pintu yang tidak ditutup membuatkan Mak Cik Maimunah dapat melihat gelagat ananya dari muka pintu. Kepala digeleng sambil tersenyum.

“Assalamualaikum anak umi. Boleh umi masuk?”. Bicara Mak Cik Maimunah yang lembut meminta izin untuk masuk ke bilik anak sulungnya itu sambil tersenyum manis.


“Waalaikumusalam umi. Masuk je la. Masyitah tak kisah pun”. Jawab Masyitah sambil tersenyum memandag wajah ibunya. Kemudian beliau mengalihkan pandangan semula pada baris-baris kata di buku. Jelas kelihatan kesungguhannya dalam membaca.

Mak Cik Maimunah berjalan menghampiri masyitah yang berada di katil. Beliau duduk di sisi anak sulungnya itu. Matanya memandang Masyitah yang tidak henti menbaca. Kepala digeleng lagi.

“Masyitah ni suka betul membaca. Dari kecil sampai besar, membaca je”. Kata hati Mak Cik Maimunah apabila melihat Masyitah yang asyik melayan bukunya itu.

“Sekejap ye umi, Syitah nak habiskan lagi satu perenggan. Satu je lagi”. Masyitah meminta izin dari ibunya sambil jari telunjuk menunjukkan satu seperti penuh pengharapan.

Mak Cik Maimunah tertawa dengan gelagat ana sulungnya itu.

“Ok. Umi tunggu ni. Hehe.”

Selesai Masyitah menghabiskan bacaannya, beliau mengambil semula penanda buku dan diletakkan pada muka surat yang beliau berhenti. Buku ditutup dan di letakkan pada meja sebelumnya.

Beliau memandang tepat pada wajah ibunya. Senyum. Sama-sama tersenyum. Kemudian Masyitah mengerutkan dahi sambil kening kiri diangkat berkali-kali gaya nakal. Sepertinya Masyitah ingin ibunya memulakan bicara dahulu.

“Syitah, umi ada perkara yang nak ditanyakan padda Syitah ni”. Mak Cik Maimunah memulakan bicara dengan tenang, jujur dan telus.


“Perkara apa umi? Dengar macam penting saja umi?”. Masyitah yang kehairanan dengan persoalan ibunya itu mula mengajukan soalan.


“Hem, boleh dikatakan penting juga perkara ni Syitah. Umi harap Syitah dengar dengan baik ya. Kalau Syitah tak setuju, Syitah jujur terus terang dengan umi ye”. Mak Cik Maimunah memberikan kelonggaran kepada anaknya. Beliau tidak ingin memberikan tekanan kepada anak sulungnya itu.


“Owkeyy umi. InsyaAllah. Apa yang pentingnya tu umi?.

“hem……………………..” Ibunya sedikit kaku untuk memulakan bicara.




Suatu pagi yang tenang, burung berkicauan riang. Pak CIk Nordin dan Mak Cik Maimunah didatangi oleh satu keluarga di rumahnya. Pak Cik Nordin segera keluar untuk menyambut tetamu tersebut.                                                                                        
“Assalamualaikum. Ni Rumahnya En Nordin dan Pn Maimunah?”.
“Waalaikumusalam. Iya, ini rumahnya kami. Kenapa ya?”.
“Saya En Jefri dan ini isteri saya, Pn Afifah.  Kami datang ni membawa hajat…...”
Belum sempat En Jefri menghabiskan ayatnya, Pak Cik Nordin sudah memotong kata-katanya dan mengalukan mereka untuk masuk ke dalam rumah. Tetamu itu dipersilakan untuk duduk. Dilayan dengan baik sekali. Mak Cik Maimunah sibuk menyiapkan minuman untuk tetamu mereka itu.
Hati pasangan suami isteri itu berdebar. Pak Cik Nordin dan Mak Cik Maimunah. Masing-masing kehairanan apakah yang dimaksudkan dengan membawa hajat itu? Adakah keluarga En Jefri datang ingin melamar anak mereka?. Soalan itu bermain-main di dalam benak Mak Cik Maimunah yang sedang menbancuh air.
Selesai membancuh, air di bawa ke ruang tamu. Mereka mula berbicara dan berkenalan.
“Seperti yang kami katakan tadi, kami datang ini membawa hajat. Kami ingin melamar anaknya En Nordin dan Pn Maimunah yang bernama Masyitah”. En Jefri meluahkan hajat keluarga mereka setelah lama mereka berbicara.
Seperti yang dijangka oleh Pak Cik Nordin dan Mak Cik Maimunah.



“Apa?Melamar Syitah? Habis tu umi dengan ayah jawab ape?”.

“Umi dengan ayah tak bagi jawapan lagi. Kami nak tahu dulu apa comment Syitah. Lagi pun ni soal masa hadapan Syitah kan? Umi dengan ayah nak Syitah yang decide sendiri. So? Syitah nak terima ke tak?”. Ibunya meminta kepastian.

Dalam hati, Masyitah mengajukan banyak persoalan, seperti tidak kehairanan dengan rakan sekelasnya di kampus, Fahmi.  Kenapa Fahmi ni tiba-tiba nak lamar aku? Tiba-tiba suruh parents dia datang rumah aku segala. Patut la pagi tadi masa kat kampus dia pandang aku semacam je. Hishh, tak nak la aku. Fahmi tu lahir dari keluarga yang bernama. Tak sesuai la dengan aku. Aku ni biasa-biasa saja.

“Hem, umi tolak ye? Syitah tak nak la.” Masyitah mula membuat keputusannya.

“Betul ni Syitah tolak? Tak menyesal ye?”. Ibunya meminta kepastian yang benar.

“Betul umi. Syitah dah tetap keputusan Syitah. Kita tolak”. Jawab Masyitah dengan penuh yakin sambil tersenyum.

“Ok. Kalau Syitah dah cakap macam tu, nanti umi cakap dengan ayah, kita tolak lamaran tu.”


Masyitah menarik nafas dalam. Beliau berbisik di dalam hati. Ya Allah, seperti yang engkau tatapkan dalam hatiku ini, hati ku ini cuma ada seseorang yang engkau tetapkan untuk memiliki. Hatiku hanya ada seorang sahaja. Hanya dia Ya Allah. Seseorang yang sudah lama ku tunggu. Semoga kau pelihara beliau untuk ku.




“Syitah, Syitah, Masyitah binti Nordin anak umi??” Ibunya memanggil.


“Ha, iya umi. Hee, Sorry ye. Tak perasan pula umi panggil”. Masyitah yang sedang dalam bayangan kata tersedar apabila dipanggil berkali-kali oleh ibunya.



“Kenapa senyap je? Fikir apa la anak umi seorang ni? Hehe.  Umi nak Tanya sikit. Syitah dah ada pilihan sendiri ke?”



“Eh umi ni. Ke situ pula. Syitah muda lagi la umi. Tapi kalau ada kenapa umi? Hehe”. Masyitah cuba bercanda dengan ibunya. Tersentak dengan persoalan tadi.



“Kalau Syitah dah ada pilihan sendiri, cepat-cepat beritahu umi dengan ayah ye. Syitah dah besar, belajar pun dah nak habis. Kalau dipercepatkan perkara yang baik tu, umi dengan ayah suka. Umi turun dahulu”. Mak Cik Maimunah seperti memberi green light kepada Masyitah sambil melangkah keluar dari bilik.





Masyitah Cuma tersenyum. Hatinya rasa tenang dengan kata-kata ibunya itu. Dalam senyum beliau memandang ke luar tingkap. Melihat langit yang dipenuhi bintang. Hatinya terasa tenang. Tenang dengan keputusan yang beliau terima daripada dia, tiga tahun lalu.




Masyitah turun dari katil, mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Beliau menunaikan solat sunat hajat, witir dan membaca surah Tabarak atau lebih dikenali dengan nama Al-Mulk  sebelum melelapkan mata. Suatu rutin yang jarang ditinggalkan oleh Masyitah. Di dalam doanya, beliau berdoa agar Allah memudahkan kehidupan beliau dan keluarganya. Tidak lupa juga berdoa agar Allah memelihara hatinya supaya tidak tesasar ke jalan yang salah seperti yang dilakukannya tiga tahun dahulu.




Semenjak  beliau membaca kiriman email terakhir  tiga tahun lalu, beliau memperbanyakkan taubat. Memohon agar Allah memelihara hatinya supaya tidak tersasar buat kali kedua. Memperbanyakkan kegiatan dalam urusan dakwah, menghadiri usrah dan daurah.




* * * * *



“Wafiq, lagi beberapa minggu final exam. Lepas tu kita habis belajar dah. Hehe.” Fariz memulakan bicara ketika mereka sedang menikmati makan malam.



“Haah ek? Tiga tahun rasa macam sekejap je. Pejam celik, pejam celik kita dah nak final exam.”



“Balik Malaysia nanti anta nak buat ape? Kerja? Kahwin? Hehe. Masyitah anta tu macam mana?” Fariz mula bertanya dengan nada nakalnya.



“Eh anta ni. Ke situ pula. Muda lagi la kita ni. Kalau ana masuk lamar dia pun, dia nak terima ana ke lagi-lagi lepas peristiwa  email terakhir yang ana hantar kat dia tu. Jangan-jangan dia dah kahwin”. Wafiq menjawab acoh tak acoh.




“Tu kalau dia dah kahwin. Kalau belum? Haa, anta masuk la cepat-cepat. Mana la tau dia pun tengah tunggu anta kan?”. Fariz cuba memberi cadangan kepada Wafiq.




“Hishh anta ni. Nanti-nanti la kita bincang pasal ni. Exam tak habis lagi dee. Relex la. Ana tak nak fikir pasal kahwin ni dulu. Nak focus final exam ni dulu. Ok?”. Wafiq menjawab soalan Fariz itu dengan cukup yakin. Iya, penuh yakin.




“Haha, ok bro. ok. Sorry la ana melebih pula”. Fariz cuba meminta maaf kepada Wafiq.



Mereka kemudian menikati makan malam dengan tenang. Kebetulan pula malam ini adalah giliran Fariz mencuci pinggan mangkuk. Selesai makan, seperti yang dijadualkan, Fariz pun membawa pinggan, mangkuk dan cawan ke dapur untuk dibasuh.




Secara senyap-senyap, Wafiq masuk ke dapur tanpa disedari oleh Fariz. Dia menepuk bahu kanan Fariz. Bantu. Wafiq merasakan beliau bertanggungjawab untuk membantu Fariz memandangkan mereka duduk serumah. Mereka membuat pembahagian tugas, Wafiq mengosok pinggan, mangkuk dan cawan dengan sabun. Manakala Fariz akan membilasnya. Terasa ukhuwah diantara mereka. Sangat akrab.  Sambil mencuci dan membilas, mereka bergurau senda. Wafiq mengambil sabun lalu menyapunya pada pipi Fariz. Fariz tidak mahu mengalah, diambilnya air didalam takungan kedua tapak tangan, disimbah ke muka Wafiq. Mereka sama-sama tertawa.





Setelah kerja membasuh selesai, mereka mengambil buku dan mula untuk study bersama-sama di ruang tamu. Segala apa yang tidak difahami mereka bawa berbincang. Sesi soal jawab berlaku di dalam study mereka itu. Selesai satu chapter, mereka ke chapter seterusnya. Mereka sudah menetapkan bahawa setiap malam sekurang-kurangnya mereka harus study dua tajuk.




Tiba waktu tidur, mereka masing-masing mula mengemas meja, buku-buku diambil dan di letakkan semula di rak. Mereka berdua masuk ke bilik masing-masing. Wafiq membuka sedikit tingkap biliknya. Walaupun cuaca sejuk, beliau tetap ingin menhirup udara yang asli dari Negara matahari terbit itu. Tingkap yang terbuka itu membentangkan berbilion-bilion bintang di langit. Terasa kedamaian di dalam hati beliau. Setelah beberapa lama melihat keindahan ciptaanNya itu, Wafiq megarahkan kakinya untuk ke bilik air. Beliau mengambil wudhu’. Bersedia untuk menunaikan solat sunat hajat, witir dan membaca surah Al-Mulk  seperti yang sering beliau lakukan. Sudah menjadi rutinnya.



Pili dibuka, kesejukan air menusuk hingga terasa ke tulang. Air di sapu kemuka. Kesejukannya membuatkan hati afiq bertambah tenang dan damai. Selesai mengambil wudhu’ dia membentangkan sejadah, bersedia untuk solat. Di dalam doanya, beliau berharap agar Allah memudahkan urusan beliau dan juga Fariz ketika berada di Jepun ini. Doanya supaya pelajaran mereka berdua cemerlang selari dengan kecemerlangan mereka dalam mengerakkan usrah di bumi matahari terbit ini.



Beliau juga berdoa supaya Allah menjaga hatinya supaya ditetapkan pada jalan yang benar. Andai tersasar, dikembalikan semula ke jalan benar. Jalan yang dapat menuju ke JannahNya.





 * * * * *




Sedar tidak sedar mereka sudah sampai ke hari terakhir peperiksaan.  Wafiq dan Fariz seperti biasa keluar dari rumah bersama-sama.



“Ok bro. Good luck macam biasa ea. Habis exam nanti kita jumpa”.  Fariz memberikan kata-kata semangat kepada sahabatnya, Wafiq.



“Hehe, ook. Anta pun sama juga. Good luck. Jangan tidur masa jawab paper”. Wafiq menjawab sambil mengangkat kening berkali-kali gaya nakalnya yang sudah menjadi kebiasaan.




Mereka pun mengambil langkah masing-masing. Berbekalkan ilmu di dada. Doa ibubapa, usaha yang bersungguh dan tawakkal yang tinggi kepada Allah, mereka masuk ke dalam dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan.
Masing-masing diantara mereka masuk kedalam dewan peperiksaan dengan mendahulukan kaki kanan beserta ‘basmalah’.




“Bismillahirahmanirahim”. Wafiq mengucapkan.


“Bismillahirahmanirahim”. Fariz juga mengucapkan.




Selesai paper terakhir. Semua pelajar riuh. Gembira apabila sudah tamat peperiksaan. Mereka yang berbangsa Jepun masing-masing mengucapkan selamat kepada pelajar-pelajar dari Negara luar terutama Malaysia. Wafiq yang dari tadi hanya melihat telatah mereka, tersengihn dan mengeling-geling kepala. Segala peralatan menulis dikemas, dimasukkan kedalam beg. Bersedia untuk balik ke tempat penginapannya.




Dalam masa yang sama, seseorang sedang memerhatikan Wafiq dari belakang dewan. Memandangkan dewan peperiksaan ini tidak terlalu besar, yang  mampu memuatkan hanya lebih kurang 30 orang pelajar, tidak menjadi masalah kepada dia untuk memerhatikan Wafiq dari belakang. Di dalam hati seperti  ingin berjumpa dengan Wafiq walaupun dia tahu mereka akan balik ke Malaysia dengan flight yang sama. Dia bernekad untuk berjumpa. Iya, jumpa.




Belum sempat Wafiq sampai di tempat menginapnya, beliau ditegur oleh seseorang pelajar.



“Assalamualaikum akhi.” Suara lembut itu menyapanya dari belakang.


“Waalaikumusalam warahmatullah.” Wafiq menjawab tenang sambil memusingkan kepala menoleh ke belakang.



Di hadapannya berdiri seorang perempuan yang tidak asing bagi beliau kerana perempuan tersebut merupakan classmate beliau. Atikah  namanya. Tetapi wajahnya tidak kelihatan kerana Atikah menunduk.




“Ye? Ada apa ye panggil ana?”. Tanpa menunggu Wafiq mengajukan soalan kepada Atikah.
Kelihatan perempuan yang berada di hadapannya itu seperti dalam keadaan takut dan malu. Masih lagi menunduk. Seperti ada sesuatu yang penting untuk di sampaikan. Wafiq yang kehairanan mula mengangkat keningnya beberapakali.





“Ye anti, ada apa panggil ana?”. Wafiq sekali lagi mengajukan soalan kepada Atikah.



Tidak lama kemudian Fariz tiba. Kehadiran Fariz nampaknya membuatkan Atikah  kurang selesa untuk berterus terang dengan Wafiq. Wafiq cuba memberi arahan kepada Fariz supaya lebih senyap dan menemaninya berhadapan dengan Atikah.




“Hem, enta balik Malaysia bila ye?”. Atikah  cuba berdalih apabila Fariz tiba di sisi Wafiq. Beliau masih menunduk.





“Ouh, anti nak Tanya tu ke? Hm, ana balik saing dengan student-student Malaysia yang lain juga. Lusakan flight?”. Wafiq menjawab sambil memandang muka Fariz. Cuba mendapatkan kepastian mengenai waktu penerbangan. Fariz yang  masih ‘clueless’ Cuma mengangguk dengan apa yang dikatakan oleh Wafiq itu.




“Ok. Ana nak tanya itu saja. Maaf menganggu enta. Assalamualaikum”. Tanpa memandang wajah Wafiq dan Fariz, Atikah  berlalu pergi.




Atikah semakin jauh dari pandangan Wafiq dan hilang di sebalik simpang bertembok itu. Wafiq hanya menghantar dengar leretan mata sambil menjawab salam tersebut. Fikirinnya masih tertanya-tanya dan beliau percaya Atikah punyai sesuatu yang ingin dikatakan pada beliau.




“Waalaikumusalam”. Salam yang dijawab oleh Wafiq hanya berbunyi bisikan. Matannya terus memandang jalan tempat yang dilalui oleh Atikah sebentar tadi. Kaku.




“Wey Wafiq. Wafiq? Wafiq Ibn Aizan? Berangan ape tu ha?”. Fariz cuba menyedarkan Wafiq dari lamunannya.




“Ehh, anta ni. Mana ada berangan. Senget. Ana Cuma pelik je dengan Atikah tu. Dalam kelas tak ada pula macam tu”.




“Hm, jangan-jangan…..Hehe, jeng jeng!!”. Fariz cuba untuk menduga keadaan yang berlaku.




“Hah, ape yang seronok sangat? Dah, jangan nak fikir benda pelik-pelik. Jom kita balik.” Wafiq menjawab sambil tersengih lalu mengajak Fariz pulang.





* * * * *





Selesai menunaikan solat asar berjemaah, mereka membaca Al-mathurat bersama-sama. Kemudian di isi dengan usrah bersama rakan-rakan yang lain. Permulaan usrah diisi dengan tilawah Al-quran dan diikuti dengan bacaan tafsirnya sekali. Kemudian sesi  perkongsian ilmu. Banyak yang dikongsikan di dalam usrah. Walaupun umur diantara  Wafiq dan Fariz dengan anak usrahnya sama, tetapi mereka berdua tetap mendapat penghormatan daripada anak buahnya.  Mereka dipanggil mas’ul. Tiba-tiba seorang daripada mereka mengajukan soalan.





“Akhi Wafiq, anta lepas balik Malaysia ni nak buat apa?. Narsil bertanya.



“Hem, ada sedikit tugasan ana nak buat. InsyaAllah. Kenapa?”



“Ouh.  Dengarnya anta nak langsungkan sesuatu. Kami semua ni pun dah lama tak makan nasi minyak. 
Hehe.” Narsil cuba berselindung dengan jawapannya. cuba membuat muslihat.



“Nasi minyak? Asal nasi minyak pula ni? Ada-ada je anta ni Narsil”.



”Tak apa. Kalau akhi tak nak mengaku taka pa kami tak kisah. Tapi nanti kalau nak buat kenduri tu jangan lupa ajak kami semua tau. Teringin nak tengok zaujahnya mas’ul kami ni. Hehe.”  Syakir cuba menyampuk perbualan. Mereka semua tertawa.




Fariz dan Wafiq hanya tersenyum melihat gelagat anak buah mereka itu. Namun di dalam hati kecil Wafiq, beliau berkata,“InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah jaga dia untuk aku”. Wafiq kembali tersenyum memandang anak buahnya itu semua.




Selesai usrah, anak buah mereka pulang ke rumah penginapan masing-masing. Suasana yang sepi diisi dengan desiran kipas pecah dengan sergahan Fariz.



“Hahh!! Berangan apa lagi buah hati ana ni? Haha.. Ni mesti  teringatkan Masyitah kan?!”. Fariz cuba membuat Wafiq tertawa dengan pangilan ‘buah hati’ itu.



“Hem, anta ni faham-faham je ek ape yang ana fikir. Kita ni memang ada chemistry la. Hehe”. Wafiq menjawab dengan tawa yang mekar dibibir.



“So macam mana bro? anta ckp lepas exam kan? Sekarang ni dah habis exam dah. What’s your planning?”. Fariz cuba mendapat pandangan daripada Wafiq sendiri.




“Hem, entah la Fariz. Anta tengok la tadi, anak buah kita semua macam beri positive answers. Mengalakkan ana untuk mempercepatkannya lagi”.




“Ana rasakan, memang dah sampai masanya anta teruskan niat anta tu. Ana percaya anta mesti dah buat istikharah kan sebelum-sebelum ni? Qiamullail pun ana tengok anta semakin kerap buat. So tak ada apa pe tanda ke?”. Faris cuba memberikan cadangan dan galakan kepada Wafiq.




“InsyaAllah. Tanda tu memang dah ada. Ana memang dah decide nak melamar Masyitah bila sampai di Malaysia nanti bro. doakan ana ye”. Dengan yakin Wafiq berterus terang dengan Fariz.




“Hahhh??!! Alhamdulillah. InsyaAllah ana doakan anta bro. ana tengok anta dengan Masyitah tu memang sesuai sangat. Ana yakin yang dia pun tengah tunggu anta.” Fariz jawab dengan penuh yakin dan memberi sedikit kata-kata semangat kepada Wafiq.



Wafiq hanya mampu tersenyum dengan kata-kata sahabatnya itu. Matanya dilarikan pada jam di dinding. Hampir maghrib. Mereka masing-masing pergi membersihkan diri di kamar mandi.




* * * * *




Malam itu wafiq mengenakan dirinya dengan baju melayu berwarna hijau. Sungguh cantik. Ditambah pula dengan sedikit wang –wangian pada pakaian supaya tenang dan selesa ketika mempersembahkan ibadah kepada Allah SWT. Wafiq yang siap lebih awal menunggu Fariz di ruang tamu. Sambil menunggu beliau mengisi masa dengan membaca Al-Quran. Naskah dibukanya. Penanda diselak dan beliau menyambung di tempat  yang beliau berhenti sebelum ini.




“Wah! Berseri-seri sahabat ana seorang ni. Macam ada kenduri saja. Hehe.” Bicara Fariz yang agak tinggi itu sedikit membuatkan Wafiq terkejut.




Segera Wafiq menghabiskan baris terakhir ayat tersebut. Lalu diambilnya penanda yang dikeluarkan tadi, diletak pada tempat yang beliau berhenti. AL-Quran ditutup. Dicium dan dengan mengunakan tangan kanan, Wafiq memegang Al-Quran itu separas dengan dadanya. Hormat.




“Ya Allah Fariz. Anta ni, buat ana terkejut saja tau. Nak kena dia ni”. Sambil berkata beliau meluru ke arah Fariz, cuba mencari pinggang sahabatnya itu untuk digeletek.




“hah hah, nak geletek la tu.” Fariz seperti sudah dapat meneka  apa yang akan dilakukan oleh Wafiq.
Wafiq meluru ke arah Fariz dan memeluknya erat. Matanya ditutup dengan rapat.  Suasana ruang tamu menjadi sunyi sepi. Seketika kemudian kedengaran seperti esakan kecil  seperti orang menangis. Fariz  yang tadinya tersenyum berubah terkejut dengan tangis sahabatnya itu. Terasa bahu kanannya mula dibasahi oleh linangan air mata Wafiq. Masing-masing membisu. Dakapan mereka semakin kuat.




Didalam pelukan mereka, Fariz mula bertanya kepada sahabatnya, Wafiq.


“Wafiq, kenapa anta menangis ni?.” Fariz bicara lembut bertanya kepada Wafiq.




“Syukran Fariz. Syukran sangat sebab anta dah jadi sahabat ana yang terbaik semenjak kita di Malaysia lagi. Anta banyak bantu ana.” Fariz meluahkan isi hatinya berselang-seli dengan bahunya yang terhinjut-hinjut.
Terpana dengan kata-kata Wafiq itu, Fariz mula merasakan matanya dipenuhi dengan air. Matanya dipejam. Dia menguatkan lagi pelukan sahabatnya itu. Air matanya ditahan supaya tidak disedari oleh Wafiq bahawa beliau juga sedang menitiskan air mata. Tetapi, Fariz tidak mampu untuk menahannya. Air mata tumpah membasahi bahu Wafiq. Basah dibahu sebelah kanan baju melayu hijaunya. Fariz cuba mengatur katanya.





“Ya Allah akhi, taka da apa-apa la. Ana ni Cuma jadi orang perantaraan dari Allah untuk anta supaya kita dapat bersama dan saling ingat-mengingati sesame kita.” Fariz cuba menenangkan hati Wafiq.
Wafiq melepaskan pelukan mereka. Mata mereka bertemu, tangan dihulur bersama-sama. Mereka bersalaman sambil tersenyum manis walaupun mata masih kemerehan. Masih ada kesan lilihan air mata di pipi masing-masing.  Tangan dilepaskan semula. Mereka mengambil langkah untuk ke tempat solat bersama-sama. Rumah yang dijadikan tempat solat.





* * * * *




Tiba masanya mereka pelajar-pelajar Malaysia akan pulang ke tanah air. Masing-masing bersalaman diantara mereka. Seperti ada barisan yang panjang dilapangan kapal terbang itu. Ketika itu Wafiq merasakan seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh. Namun dia tidak menghiraukannya. Mereka bersalaman sesame mereka, muka memberikan senyuman manis dan mulut bicara nasihat dan peringatan ketika  akan bercuti kelak. Fariz mengekori Wafiq dari belakang dan diikuti pelajar-pelajar lain.
Selesai bersalaman mereka kembali duduk di tempat menunggu. Masih didalam kumpulan pelajar-pelajar Malaysia.



“Wafiq, anta ada rasa tak seseorang sedang perhatikan anta?”. Fariz cuba bertanya kepada Wafiq.



“Ade. Masa  kita tengah salam tadi memang ana dapat rasa ada seseorang tengah perhatikan ana. Tapi tak tahu la pula siapa.”



“Hehe, ana rasa ana tahu siapa. Dari tadi ana tengok dia asyik perhatikan anta. Dahsyat ye anta ni, beruntung jadi hensem, ada orang minat.” Fariz jawab sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali tanda cemburu.



“Ehh anta ni. Jangan fikir negative sangat la. Kita kena bersyukur dengan rupa paras yang Allah dah beri pinjam kat kita ni. Hensem ke, tak ke. Cantaik ke, tak cantik ke, semua tu milik Allah. Faham sahabat? By the way, siapa orang yang anta cakap dia asyik tengok ana tu?.” Panjang lebar Wafiq menjawab supaya dapat memuaskan hati sahabatnya itu. Beserta juga beliau bertanya tentang orang yang memerhaikan dirinya.



“Hee, syukran akhi. Anta nak tahu? Akhawat hari tu la. Atikah.” Ringkas jawapan   yang diberikan oleh Fariz.



Wafiq terkejut. Fikirannya terganggu. Kenapa Atikah ni ye? Hari tu masa jumpa pelik semacam. Ni nak balik lagi bertambah pelik. Sisihkan sisihkan. Jangan fikir Wafiq. Wafiq hanya mampu berkata didalam hati sambil kepala ditundukkan ke bawah dan matanya memandang  lantai yang berwarna coklat itu.





* * * * *





Sudah seminggu Wafiq tiba di Malaysia. Banyak perubahan yang sedah berlaku sepanjang tiga tahun beliau di Jepun. Alhamdulillah walaupun baru seminggu beliau tiba di Malaysia, namun beliau sudah mempunyai usrah. Beliau yang membawa usrah juga mengikuti usrah. Mas’ul usrah dan juga ahli usrah yang lain belum beliau jumpa kerana usrah yang diikutinya itu akan berjalan pada keesokan malamnya. Usrah  yang diikutinya itu telah diperkenalkan oleh ibunya kepada beliau.




“Hem, dah seminggu aku sampai kat Malaysia. Usrah pun dah jumpa. Tak sabar nak pergi usrah esok.” Wafiq bicara sendirian di dalam bilik.




Beliau memandang ke luar tingkap yang sudah dibukanya sebelum beliau merebahkan badan ke atas katil. Fikirannya kini teringatkan kepada seseorang. Masyitah. Kesilapannya tiga tahun lalu yang tersasar membuatkan beliau takut untuk memendam perasaan di dalam hati kepada wanita. Terutama kepada Masyitah. Beliau takut sekiranya perasaannya terhadap Masyitah itu salah.
Melihat bintang-bintang di langit. Bulan yang menyinari malam. Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Fikirannya masih kepada Masyitah. Sepertinya banyak soalan yang ingin dikemukakan oleh Wafiq kepada Masyitah. Apa khabar dia? Study macam mana? Yang paling penting ingin diketahui oleh Wafiq ialah, adakan Masyitah sudah berkahwin.




Bermacam cara difikirkan oleh Wafiq tetapi beliau buntu akhirnya.




“Kalau aku Tanya dia melalui email, tu dah macam salah pula. Takut melalaikan pula. Hem, nak Tanya macam mana ye?” Hati Wafiq bertalu-talu memberikan tanda soal.
Yang aku tahu tentang dia, Cuma nama ayah dan mak dia. Pak Cik Nordin dan Mak Cik Maimunah. Itu saja. Akhirnya beliau mendapat satu akal.  Idea yang cukup bagus. Masyitah mesti ada usrah punya.




“Aku akan cari siapa mas’ul dia. Tepi macam mana aku nak tau?”. sedikit idea keluar dari fikirannya. Hanya separuh. Yang berbaki hanya tersimpan.  Adakah aku harus bertanya kepada kenalan Masyitah mengenai usrah beliau.





Kesesokan pagi, Wafiq bersarapan bersama-sama keluarganya. Ibunya menyediakan sarapan yang istimewa seperti ada sambutan sesuatu. Sedang asyik melayan perut, Wafiq mengajukan soalan kepada uminya yang duduk berhadapan dengannya.




“Umi, usrah yang umi cakap tu siapa mas’ulnya? Darimana umi tahu usrah tu?.” Wafiq bertanya setelah selesai menelan mee goreng di dalam mulutnya.




Ayah Wafiq, Pak Cik Aizan seperti terkejut dengan soalan yang diajukan oleh Wafiq kepada ibunya. Pak Cik Aizan memandang wajah isterinya, Mak Cik Khadijah. Mereka berdua saling berpandangan.
Mak Cik Khadijah mencucuk udang yang berada di didalam pinggan dan membawanya masuk ke dalam mulut. Setelah ditelan, beliau memulakan bicara bagi menjawab soalan anak sulungnya itu dan juga merupakan satu-satunya anak yang mereka miliki. Dengan tenang Mak Cik Khadijah menjawab.




“Ada kawan umi beritahu. Suami dia yang jadi mas’ul usrah tu. Jadi dia ajak Wafiq ikut sekali. Kenapa? Wafiq tak suka ke?”. Mak Cik Khadijah bertanya kepada anaknya setelah memberikan jawapan.




“Ehh tak ada la umi. Wafiq dah tak sabra nak pergi malam ni. Tak sabar nak jumpa mas’ul baru, ahli-ahli usrah baru”. Jawab Wafiq sambil tersenyum lalu mengambil mee tambahan untuk ditambah ke dalam pinggannya.




“Kalau Wafiq setuju bagus la. Umi dengan ayah suka. Kan umi?”. Sampuk Pak Cik Aizan di celahan perbualan itu sambil mengenyitkan mata kepada isterinya, Mak Cik Khadijah. Mereka berdua tersenyum.
Mak Cik Khadijah yang telah selesai makan melatakkan suda dan garfu di atas pinggan yang licin dan sedikit berminyak. Kemudian bertanya lagi kepada anaknya.




“Jadi malam ni Wafiq nak drive sendiri atau nak kami hantarkan?”. Mak Cik Khadijah memberikan cadangan.




“Hem, tak apa. Wafiq tak nak susahkan umi dengan ayah. Lagi pun Wafiq boleh drive sendiri. Cuma….”. belum sempat Wafiq menghabiskan ayatnya, Mak Cik Khadijah sudah memotong.




“Cuma tempat usrahkan? Ha, Wafiq jangan risau. Tempat tu mudah saja. Lagi pun  Mas’ul Wafiq tu buat usrah di rumah beliau. Nanti umi bagi alamat dia. Katanya usrah mula jam 9.00 malam”. Jawab Mak Cik Khadijah dengan semangat dan panjang lebar.




“Ouh, baiklah umi. Bertambah tak sabra Wafiq”. Wafiq tersenyum dan lalu menghabiskan baki mee goring yang ada di dalam pinggan.




Pak Cik Aizan hanya tersenyum dari permulaan perbualan diantara isterinya dengan anaknya itu. Faham dengan perangai isterinya,  Mak Cik Khadijah.




“Alhamdulillah, jumpa. No 87, rumah hujung. Ni kot rumahnya”. Bicara Wafiq setelah melihat alamat yang diberikan oleh uminya ditangan dan menoleh ke rumah yang dicari.
Setelah butang mengunci kereta ditekan, Wafiq yang mengenakan pakaian berwarna hijau dan seluar hitam mengatur langkah untuk ke rumah tersebut yang pintu pagarnya sedikit terbuka. Mungkin memberi kumudahan kepada ahli usrah yang lain untuk memasukinya.  Beg yang berisi Al-Quran dan buku nota di rapatkan pada dadanya  tanda hormat.




“Assalamualaikum”. Wafiq yang berdiri di luar pagar rumah memberi salam sebelum masuk dan menunggu jawapan dari dalam.
Seketika kemudian salamnya di jawab dan muncul seorang lelaki berbaju melayu berwarna maron.




“Waalaikumusalam warahmatullah. Wafiq bin Aizan ke?”.  Sambil berjalan menghampiri Wafiq yang berada di pagar luar, lelaki itu menjawab salam dan meminta kepastian.




“Iya saya. Wafiq bin Aizan”. Jawab Wafiq tersenyum sambil menyium tangan yang dihulur oleh lelaki tersebut.




“Mari masuk. Kami semua sedang tunggu anta sebenarnya”. Sambil memegang bahu Wafiq, lelaki itu membawa Wafiq masuk ke dalam rumahnya.





“Ouh. Semua dah sampai ke? Maaf la pak cik saya terlambat”. Wafiq cuba meminta maaf tanda hormat kepada yang lebih tua.




Lelaki itu hanya tersenyum dan terus berjalan sambil tangan kirinya masih memegang bahu kiri Wafiq.
Setelah berada di dalam bulatan, Wafiq di tempatkan bersebelahan denga mas’ulnya. Di sebelah kanan. Mereka memulakan usrah. Bagi Wafiq yang merupakan ahli baru, beliau diminta untuk memperkenalkan diri dengan ahli usrah dan lain. Permulaan usrah dimulakan dengan sesi  ta’aruf dahulu. Setelah selesai memperkenalkan diri, tempat tinggal, bidang yang diceburi dan perkara disukai, gilliran mas’ul dan ahli usrah yang lain memperkenalkan diri mereka kepada beliau.




Mas’ulnya itu mendahulukan ahli usrah yang lain untuk memperkenalkan diri. Selesai ahli usrah yang lain memperkenalkan diri, tiba pada giliran mas’ulnya itu.




“Bismillah, Nama Pak Cik ialah Nordin. Anta boleh panggil Pak Cik Nordin”. Jawab lelaki itu sambil tersenyum memandang wajah Wafiq di sebelah kanannya.



Wafiq terkesima. Sekilas wajah Masyitah terpapar di dalam fikirannya. Seperti tayangan video. Wafiq terkejut. Beliau memandang wajah Pak Cik Nordin dan mengangkat kening kirinya. Kurang pasti.




“Tak mungkin la ni ayahnya Masyitah. Tiga tahun lalu dia cakap ayahnya memakai cermin mata. Pak Cik Nordin ni tak pakai pun”. Wafiq menidakkan perasaannya. Membuang perasaan bahawa itu ialah ayahnya Masyitah. Tidak ingin difikirkan.




Selesai Pak Cik Nordin memperkenalkan diri, mereka memulakan usrah. Bermula dengan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan maksud dan tafsinya sekali.
Ketika hendak membaca Al-Quran, Pak Cik Nordin memasukkan tangan kanannya ke dalam poket atas baju melayunya. Seperti ingin mengambil sesuatu.




Cermin mata.




Mata Wafiq yang sedang memandang ayat Al-Quran dari surah An-Nisa’ itu membesar. Jantungnya berdebar seperti ingin pecah. Adakah ni memang ayahnya Masyitah?. Namun Wafiq cepat-cepat sisihkan perasaan hatinya itu. Beliau tidak mahu memikirkan mengenai Status Pak Cik Nordin itu. Adakah benar atau tidak dia adalah ayahnya Masyitah, Wafiq tidak mahu tahu walau sedikit.




Beliau ingin kehadirannya di dalam usrah ini ikhlas kerana Allah. Hadir di dalam usrah untuk menimba ilmu di dada. Bukan memikirkan hal yang tidak penting itu.





Set. Wafiq menetapkan di dalam mindanya bahawa Pak Cik Nordin ini bukannya ayah kepada Masyitah. Tidak mungkin beliau ayahnnya Masyitah. Beliau menetapkan. Tetap.




Sebelum pulang, sedikit juadah disediakan oleh Pak Cik Nordin. Mereka berjamu selera sebentar sambil berkongsi pengalaman. Yang menjadi tumpuan ialah pengalaman daripad Wafiq kerana beliau baru sahaja pulang dari Jepun.  Sekejap sahaja ukhuwah antara Wafiq  bersama usrah itu terjalin. Hanya semalam.
Setelah ahli usrah yang lain pulang, Wafiq meminta diri daripada Pak Cik Nordin untuk pulang juga. Tangan Pak Cik Nordin di cium lalu Pak Cik Nordin memeluk tubuh Wafiq. Wafiq kaku sebentar. Dia hanya tersenyum dan berlalu setelah menjawab salam dari pada mas’ulnya itu.




Setelah ruang tamu rumah Pak Cik Nordin kosong, anak sulungnya, Masyitah turun dari bilik untuk mengemas pinggan dan cawan yang di gunakan oleh ayahnya dan ahli usrah yang lain. Mak Cik Maimunah membantu Masyitah. Pak Cik Nordin tersenyum melihat akhlak anak sulungnya itu yang rajin. Syukur yang besar dilafazkan oleh beliau walaupun dikurniakan seorang cahaya mata, tetapi Masyitah ini sudah cukup membahagiakan beliau suami isteri.





* * * * *






Selesai makan malam, Wafiq membawa pinggan mangkuk ke dapur. Mak Cik Khadijah sedang mencuci sebahagian yang sudah diangkat oleh anak lelakinya itu.



“Umi, boleh Wafiq tolong?.” Wafiq menawarkan diri.



“Tak apa.  Wafiq pergi la duduk kat depan tengok tv dengan ayah. Umi boleh cuci sendiri”. Jawab Mak Cik Khadijah sambil tersenyum.



Wafiq menuruti kata-kata uminya itu. Beliau melangkah ke ruang tamu. Duduk bersebelahan dengan ayahnya. Kanan ayahnya. Mereka berborak sambil menonton tv.
Seketika kemudian, Mak Cik Khadijah dating dan duduk di sebelah kanan Wafiq. Kini Wafiq duduk diantara ayah dan uminya. Rapat.  Uminya mula membuka bicara.




“Macam mana usrah? Best?”. Tanya uminya sambil memandang tersenyum.



“Hem, best sangat. Seronok. Nama mas’ul Wafiq tu Pak Cik Nordin”. Jawab Wafiq tersenyum.



Banyak perkongsian ilmu ketika usrah diceritakan kepada ibu dan ayahnya. Panjang lebar perbualan mereka bertiga.



Setelah lama mereka berborak, Wafiq meminta diri untuk naik ke bilik memandangkan hari sudah lewat. Wafiq naik ke bilik lalu mengala ke bilik air yang terdapat di dalam biliknya. Beliau mengambil wudhu’. Kemudian seperti biasanya beliau menunaikan solat sunat hajat, witir dan membaca Al-Mulk sebelum melelapkan mata.




Selesai  tugasan itu, Wafiq merebahkan badan di atas katil. Matanya memandag tepat pada kipas. Berpusing laju. Beliau teringat sahabatnya semasa di Jepun. Fariz. Apa khabar la Fariz ye? Lama aku tak contact dia.
Tangannya mencapai Samsung Galaxy S3 yang diletakkan bersebelan katilnya. Akhi Fariz. Beliau slide nama yang terkandung di contact itu ke kanan.




“Assalamualaikum Fariz.” Bicara Wafiq di permulaan talian.


“Waalaikumusalam broo!! Anta ape kahabar? Lama tak call ana? Anta sihat?”. Kedengaran suara Fariz begitu teruja di hujung talian sana.



“Alhamdulillah ana sihat. Anta apa khabar?”.



“Ana sihat juga. Hehe”.



“Hem, so apa anta buat sekarang? Usrah still ikutkan?”. Wafiq cuba mengingatkan sahabatnya itu dengan usrah supaya sahabatnya itu tidak terlepas.



“Ehh, still ikut. InsyaAllah. Jangan risau akhi. Anta pula sekarang ni buat apa? Merancang pearkahwinan dengan Masyitah? Hehe.” Fariz cuba untuk bergurau dengan sahabatnya itu mengenai Masyitah



“Anta ni, dari dulu sampai la dak habih pasai Masyitah tu. InsyaAllah, InsyaAllah.” Jawab Wafiq dengan mengunakan sleng kedah.




“Haha, boleh la sikit-sikit. Ok la Fariz, ana nak tidur dulu ni. Anta tak ada nak cakap something kat ana?”. Wafiq cuba memberi  peluang sebelum mereka meletakkan talian.



“Ada-ada. Uhibbukafillah akhi.” Fariz menjawab sambil tersenyum.



“Uhibbukafillah fi ri’ayatillah. Jaga diri baik-baik akhi. Assalamualaikum”. Wafiq menjawab sambil tersenyum juga.



“Anta juga. Jaga diri baik-baik sahabat. Waalaikumusalam”. Fariz menjawab dengan penuh kasih sayang ukhuwah.




Mereka percaya, walaupun mereka berada jauh tetapi hanya dengan talian juga ukhuwah antara  meraka boleh dieratkan. Mereka masih boleh memahami hati budi masing-masing. Itulah ukhuwah yang dibina atas dasar iman dan taqwa padaNya. Kadangkala mereka terfikir, apakah ‘perencah’ yang telah mereka gunakan sehingga kuat ukhuwah antara mereka.

Wafiq melelapkan mata. Tenang. Damai. Rasa sehingga ke hati sanubari.





* * * * *




Suatu petang, Wafiq bersama ibu dan ayahnya minum petang. Air teh dan pisang goreng di sediakan oleh uminya. Sambil duduk di halaman yang redup itu mereka berborak mesra. Dengan suasana taman yang indah menghijau dengan pokok yang ditanam oleh Mak Cik Khadijah. Bermacam-macam soalan diajukan kepada Wafiq. Satu persatu dijawabnya. Adakalanya beliau tertawa dengan soalan yang diajukan oleh ibubapanya itu.



“Wafiq ana umi ni dah besar panjang. Bila nak bagi umi menantu?”. Umi bertanya soalan yang lebih mendalam.



Wafiq yang sedang minum air hampir tersembur keluar kerana terkejut dengan soalan uminya itu. Secara tidak langsung wajah seseorang terpapar sekali lagi di fikirannya.  Ayahnya juga seperti ingin bertanyakan soalan yang sama kepada beliau. Dengan tenang Wafiq menelan air tersebut dan bersedia mengatur kata untuk menjawab soalan itu.



“Hem, InsyaAllah umi ayah. Kalau dah sampai masa Wafiq akan teruskan”. Jawab Wafiq pendek sambil tersenyum.



“Jadi Wafiq dah ada pilihan la ni?”. Ayahnya cuba untuk mengetahui.



“Hem, ada tu memang ada ayah, umi. Tapi Wafiq belum bersedia sepenuhnya lagi. Wafiq perlukan masa sikit. Sikit je lagi”. Wafiq menjawab dengan penuh yakin persoalan ayahnya itu.



“Kalau macam tu bagus la. Nanti kalau Wafiq dah sedia, cakap dengan umi dan ayah. Kami boleh uruskan”. Uminya memberi penawaran kepada beliau.




Mekar senyuman di bibir Wafiq apabila mendengar kata-kata ibunya itu. Alhamdulillah. Hatinya terasa tenang dan damai. Seketika kemudian, beliau mendapat satu panggilan.




“Assalamualaikum Wafiq. Ni Pak Cik Nordin. Usrah kita tukar esok malam ye? Sebab ahad ni Pak Cik ada hal”. Suara mas’ulnya kedengaran di hujung talian.




“Waalaikumusalam. InsyaAllah Pak Cik. InsyaAllah boleh”.



“Tempat biasa, rumah Pak Cik. Pukul 9.00 ye? Assalamualaikum”. Pak Cik Nordin memberikan sedikit peringatan kepada Wafiq sebelum memberi salam.




“Ok Pak Cik. InsyaAllah ana tak lupa tu. Waalaikumusalam”. Jawab Wafiq dengan penuh hormat kepada mas’ulnya itu.




Talian dimatikan. Segera di letakkan semula telephone bimbitnya di atas meja. Mata kedua orang tuanya masing-masing memandang ke arah beliau. Wafiq terpaku.




“Umi, ayah, kenapa pandang Wafiq macam tu sekali? Menakutkanlah. Hehe”.  Wafiq bertanya sambil bergurau.




“Siapa call? Bapa mertua ke?”. Uminya cuba untuk menguji.



“Ke mak mertua? Hehe”. Kali ini ayahnya pula mula bergurau dengannya.



“Hish, taka da la. Mas’ulnya Wafiq call. Katanya usrah tukar esok malam sebab dia ada hal ahad ni”. Jawab Wafiq.




Mak Cik Khadijah dan Pak Cik Aizan tersenyum sesame sendiri sambil mengenyit mata. Mungkin apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Uminya menuang lagi air ke dalam cawan setiap seorang dari mereka. Sambal kicap juga di tambah di dalam magkuk kecil. Terserlah keceriaan di muka wanita itu. Bahagia apabila anaknya bahagia.





* * * * *





Usrah pun berakhir. Seperti biasa, Pak Cik Nordin akan menyediakan sedikit juadah untuk ahli usrahnya. Mereka dijemput makan. Cuma pada malam ini Wafiq merasakan terdapat sedikit perbezaan pada juadah yang disediakan. Jenis-jenis masakan dan juga rasanya. Berlainan dari hari-hari biasa. Rasanya cukup berbeza.




Selesai makan, Wafiq menawarkan diri untuk mengemas dan membawa pinggan, cawan ke dapur. Tetapi dihalang oleh mas’ulnya itu. Wafiq menuruti. Hormat.



Sementara itu, ahli  usrah lain meninggalkan ruang tamu. Meminta diri untuk pulang. Begitu juga dengan Wafiq. Bergilir untuk bersalam dengan mas’ul mereka. Wafiq menjadi orang terakhir yang akan bersalam dengan mas’ulnya itu.  Selesai mencium tangan dan memberi salam kepada mas’ulnya itu, Wafiq berpusing untuk keluar dari rumah. Tiba-tiba tangan kanannya dipegang oleh mas’ulnya itu.




“Wafiq, kita duduk minum-minum dulu ye?”. Minta mas’ulnya dengan lembut.



“Tapi tadikan kita dah minum Pak Cik?”. Wafiq bertannya kehairanan.



“Ala, apa salahnya minum sekali lagi. Bolehkan?”.



Tanpa menunggu dan dengan rasa hormat Wafiq menerima tawaran itu. Mereka kembali masuk ke ruang tamu. Isteri Pak Cik Nordin menghidangkan air semula.  Kemudian beliau erlalu ke dapur semula.   Wafiq mula hairan dengan bicara mas’ulnya pada ketika itu. Bicaranya berbeza jika hendak dibandingkan dengan bicafra ketika usrah. Mas’ulnya banyak berkongsi berkenaan kehidupan  berumah tangga dan tanggungjawab seseorang suami kepada keluarganya. Wafiq mendengar dengan taat.
Perkongsian antara Wafiq dan mas’ulnya itu berlangsung sehingga larut malam. Hampir ke jam 12.00 malam. Akhirnya sebelum mas’ulnya mengakhiri bicara dan sebelum Wafiq pulang ke rumah, mas’ulnya bertanyakan soalan.




“Wafiq dah sedia nak kahwin?  Dah ada sesiapa ke dalam hati?”.



“Hem, InsyaAllah Pak Cik.” Dia hanya menjawab pendek.



“Kalau Wafiq tak keberatan, dan dah ada keputusan, datang la kerumah Pak Cik ni. Bawa ibu dan ayah Wafiq. Pak Cik nak satukan Wafiq dengan anak Pak Cik”. Mas’ulnya berterusterang.




Wafiq terkesima. Jantungnya berdebar seperti hendak pecah. Fikirannya menjadi bercelaru kerana mas’ulnya menawarkan sesuatu kepadanya sedangkan hatinya Cuma ada seseorang yang sedang ditunggu, Masyitah. Fikirannya seperti hendak putus. Putus akal. Dia menjawab dengan tenang.



“Boleh tak Pak Cik beri ana masa? Seminggu ke, sebulan ke?  Lagi pun ana tak kenal  lagi anak Pak Cik.  Ana nk minta Allah petunjuk dahulu. Boleh?”. Wafiq menjawab dengan penuh harapan.




“InsyaAllah. Boleh. Wafiq nak berapa lama pun boleh. Tapi jangan lama sangat ye. Pak Cik tunggu keputusan dari Wafiq. Kalau dah setuju terus dating rumah Pak Cik ni, tak perlu call. Pintu rumah sentiasa terbuka”. Mas’ulnya seperti memberi harapan yang tinggi daripada dirinya.




Wafiq dengan tenang mengangguk dan meminta diri untuk pulang. Beliau mencimu sekali lagi tangan mas’ulnya itu. Kemudian berjalan keluar menuju kea rah keretanya. Sepanjang perjalanan pulang hati dan fikirannya berlegar-legar dengan kata-kata mas’ulnya itu. Beliau jadi serba salah untuk menolak pelawaan mas’ulnya. Akan tetapi hatinya sudah mempunyai seseorang yang dipilih. Yang sudah lama dia menunggu. Masyitah.




“Masyitah”. Wafiq melafazkan nama tersebut dengan perlahan sewaktu memasuki simpang ke kawasan  perumahannya.





* * * * *




Sebulan sudah berlalu. Hampir setiap malam beliau meminta petunjuk daripada Allah SWT. Istikharah sudah menjadi perkara biassa baginya. Qiamullail juga semakin dikerapkan setiap pagi. Akhirnya, keputusan telah beliau tetapkan. Yakin dan pasti.




Pagi itu, semasa sarapan beliau berterus terang dengan umi dan ayahnya. Diceritakan daripada awal sehingga akhir. Mak Cik Khadijah Dan Pak Cik Aizan mendengar dengan teliti. Angguk. Setelah Wafiq selesai berbicara dan meminta pendapan, mereka bertiga membuat keputusan untuk pergi menerima lamaran yang ditawarkan oleh mas’ulnya itu.




“Ok, sekarang pukul 8.30. Kita siap-siap sekarang. Nanti pukul 10 kita bertolak ke rumah mas’ulnya Wafiq ye?”. Ayahnya cuba memberi cadangan.



Wafiq dan uminya mengangguk tanda setuju. Wafiq kini yakin denga keputusannya walaupun dalam hatinya masih tersisa ruang untuk Masyitah yang sedang ditunggu.




“Assalamualaikum Pak Cik Nordin”. Wafiq yang berada di antara umi dan ayahnya memberi salam.




“Waalaikumusalam warahmatullah. Ouh Wafiq rupanya. Mari-mari, silakan masuk. Ajak umi dengan ayah sekali”. Mas’ulnya memberikan penghormatan kepada mereka bertiga. Cukup hormat. Ingin mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW yang amat menghormati tetamu. Mereka dipersilakan duduk.




Wafiq bersama umi dan ayahnya duduk di satu kerusi sofa yang sama. Sekali lagi Wafiq berada di tengah. Mas’ulnya duduk di kerusi sofa perseorangan. Mereka mula berbicara. Satu persatu dibuka. Dicerita segalanya di situ.



Akhirnnya Wafiq membuat keputusan di hadapan kedua ibubapanya dan juga mas’ulnya.



“Bismillah. Umi, ayah dan juga Pak Cik Nordin, Wafiq terima lamaran Pak Cik untuk satukan Wafiq dengan anak Pak Cik”. Dengan suara yang terketar-ketar, Wafiq melafazkannya. Matanya mula kemerah-merahan. Seperti ada titisan hendak mengalir ke pipi.



Di dalam hatinya seperti tertulis bahawa beliau tidak akan bersatu dengan Masyitah kerana sudah menerima lamaran daripada mas’ulnya itu.



Tidak berapa lama kemudian, isteri mas’ulnya tiba ke ruang tamu. Mak Cik Maimunah. Umi Wafiq bersalaman dengannya.




“Alhamdulillah, kalau Wafiq dah terima bagus la. Boleh kita bincangkan langkah seterusnya”. Mas’ulnya mengucapkan syukur.




Mak Cik Maimunah yang sedang duduk bersimpul de bawah juga membuat riaksi yang sama. Kedua telapak tangannya di sapu ke muka tanda syukur. Kemudian Pak Cik Nordin menepuk bahu isterinya itu lalu bertanya.




“Kalau awak duduk kat sini, siapa yang buat airnya Munah?”. Pak Cik Nordin cuba meminta kepastian.


“Ya Allah abang ni. Anak kita la yang buat. Sekejap lagi dia bawa ke mari”. Mak Cik Maimunah menjawab dengan nada yang perlahan agar tidak didengari oleh tetamunya itu.




Beberapa detik kemudian, seorang wanita yang membawa dulang berisi air di dalam jug beserta gelas tiba. Berjalan dengan penuh hati-hati. Wanita itu jalan dengan muka sedikit tertunduk. Malu.
Begitu juga dengan Wafiq. Apabila beliau mendengar seperti ada seseorang keluar dari dapur, wajahnya ditundukkan menghadap ke lantai. Hatinya berdebar.



Wanita itu tiba di meja. Betul-betul bertentangan dengan Wafiq. Jug dan cawan di keluarkan dari dulang. Wajah perempuan itu masih tertunduk. Hanya menampakkan tudung labuhnya sahaja.



Umi kepada Wafiq seperti memberi isyarat kepada anaknya itu untuk melihat wanita itu. Wafiq mengambil nafas panjang. Di dalam hatinya dia menyebut agar Allah memberikan kekuatan kepadanya dengan segala keputusan yang telah beliau buat. Beliau menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
Akhirnya, Wafiq memberanikan diri untuk mengangkat mukanya….





* * * * *





“Hey awak? Termenung ape tu? Jauhnya sampai saya panggil pun awak tak sedar?”. Suara lembut itu memasuki ke dalam telinganya. Suara yang tidak asing lagi. Suara seseorang yang sangat dicintai. Masyitah.



“Termenung? Hem, boleh la. Saya teringat kisah lama kita. Kisah semasa saya belajar di Jepun. Kisah yang awak ceritakan kat saya semasa kita belum kahwin dulu. Yang paling seronok kisah semasa saya di lamar oleh ayah awak”. Wafiq menjawab kesemua yang terbuku di dalam hatinya sambil matanya memandang kea rah gunung jerai yang  berlatar belakangkan awan biru.




“Ouh. Jadi? Apa awak rasa bila dah kahwin dengan saya ni? Gembira ke menyesal?”. Masyitah cuba menguji suaminya tercinta itu sambil berjalan  duduk di sebelah kiri suaminya.




“Eh awak ni. Alhamdulillah saya bersyukur sangat. Sepanjang kita hidup bersama ni, walaupn baru setahun setengah, saya bahagia denga awak. Memang tepat. Cantikkan susunan Allah nak temukan kita semula?”. Wafiq menjawab penuh kasih sayang.




“Haah ek awak? Tak sia-sia saya dengar cakap awak kat email yang terakhir empat tahun lepas. Terima kasih ye sebab cakap macam tu pada saya”. Masyitah menjawab sambil tangan kanannya diletakkan pada bahu kanan suaminya dan kepala diletakkan pada bahu kiri suaminya.




“Saya yang sepatutnya ucapkan terima kasih pada awak sebab sanggup tunggu saya. Awak tolak lamaran yang parent awak terima tu sebab tunggu saya. Terima kasih awak. Saying awak”. Wafiq tersenyum. Tidak  mahu mengalah, ingin dia yang mengucapkan terima kasih yang lebih.




Petang yang mendamaikan diisi dengan tiupan angina di kawasan bendang. Nyaman. Dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Gunung jerai yang tinggi mengagah. Cukup memberikan ketenangan. Awan biru dengan dihiasi burung yang berterbangan.




“Kawan awak yang masa belajar kat Jepun tu apa khabar? Saya dengar dia pun dah kahwin. Awak tahu tak? Hehe ”. Masyitah seperti menguji suaminya itu.




“Hah, dia dah kahwin? Dengan siapa? Macam mana awak tahu?”. Wafiq meminta kepastian.



“Hahh, dia kahwin dengan kawan saya. Dia pun belajar sama-sama dengan awak masa kat Jepun dulu. Namanya Atikah”.




“Atikah? Fariz kahwin dengan Atikah?”. Wafiq seperti tidak percaya dengan apa yang  dikatakan oleh isterinya itu. Tidak percaya.



Hatinya rasa tenang disamping isteri tercinta berada di sisi.


Matanya memandang tepat pada anak mata isterinya. Dia memegang pipi isterinya itu dengan lembut.
Matanya mula merah semula. Sayu dengansegala yang telah ditempuhinya. Dugaan yang mendatang semua diharungi dengan penuh sabar.



“Kenapa awak menangis ni? Saya ada salah cakap ke?”. Masyitah mula kerisauan.


“Tak ada la. Saya Cuma terharu. Bersyukur. Cantik sangat susunan Allah ni. Terima kasih sebab awak sudi jadi teman hidup saya”.


Masyitah yang sudah kemerahan pipi tidak tahu hendak menjawab apa. Segera tangan kanannya di letakkan pada pipi suaminya itu. Air mata di sapu dengan lembut. Kemudian berkata,



“Awak, saya pun nak ucap terima kasih kat awak sebab sanggup tunggu saya. Saya janji akan menjadi isteri awak yang terbaik dan akan cuba mencontohi akhlak Masyitah pada zaman Nabi Musa dahulu macam awak cakap dulu tu”. Masyitah menjawab dengan penuh keazaman. Memandang wajah suaminya.



Tenang. Hati. Fikiran. Bersyukur kepada Allah kerana telah memberiku peluang untuk hidup dengan orang yang aku cintai. mohon agar dia sentiasa berada di sampingku. Sungguh cantik penyusunan hidupku ini. Segala memori empat tahun lalu akan ku padam. Akan ku bakar dengan api memori supaya tidak ku ingatinya semula.




Mereka berdua tersenyum bahagia.