8 January 2013

Usrah, juga Asrama

Assalamualaiakum,

Alhamdulillah sudah beres semuanya, cuma dapat record baru tadi, satu cawan pecah time tengah cuci,hee :)...

sambil sambil kemas rumah dan sidai baju tadi, "tertengok", tertengok la cerita indon ni,hehe... tajuknya cucu menantu kalau tak silap la... best pulak tengok cerita ni,haha..tak tau la kenapa.. mungkin sebab bosan kot..hm,apa pe je la...

Tengah kemas tadi, teringat buku usrah masa. cepat cepat ambil. buka. wahh, cantik pulak nota nota yang cek buat ni. Hmm, selama 2 tahun ikut usrah dengan Pak Cik Zainal, Alhamdulillah, banyak juga perkara yang ana dapat kutip daripada beliau. Biasanya usrah hari khamis atau jumaat malam. Best, setiap kali usrah, mesti Pak Cik bawak makanan. sedap2.





Ha, ni la buku usrah ana, buku ni dapat masa form 3, hadiah birthday, hee :)... penuh la buku ni dengan nota notanya.



Cantikkan nota ni, tiba tiba jadi kreatif pulak masa tu, lukis lukis segala... Apa pe pun, tu la kenangan usrah ketika di sekolah. Setiap kali usrah, mesti pak cik tanya,
   " batch macam mana? ok tak? study kat asrama ok? qiam, subuh? "

So, sorang sorang kena bagi pendapat tentang batch, komen habis2 laa...apa yang perlu ditingkatkan, apa yang massih kurang.
   " Jadi, antum semua la yang kena bantu mereka untuk berjuang "
Semua terkedu, tak terkata...
  " Antum semua Allah dah pilih, beruntung sangat, jadi jangan sia siakannya "
InsyaAllah je yang kita orang boleh jawab,hee...


Biasanya kalau ada usrah, dari pukul 9 sampai 10.30.. kalau penat sangat memang habis tu terus tido la. bangun awal siapkan hw. kalau larat lagi, stay up sampai kol 11.30, pastu tidoo.

Teringat pulak pasal study, prep la senang cakap...bila dah form 5 ni, ada keringanan ckit nak prep kat mana. kalau pelajar biasa kena prep kat kantin banat. Tapi form 5 bley prep kt kelas form tu. Sbb kat kantin tu bising macam ada jual beli plak. So, pelajar2 form 5 yang active2 ni, pergi panjat pagar cuz nak msuk kelas form 5, sejuk kat situ.

Ana, afiq dan muiz prep depan koop. selese juga la kat situ. Biasanya prep smpi kol 11, pastu tidog. Nanti bangun kol 4, sambung study dan buat qiam sekali same2...wahh, seronok bangget!! Tapi masa trial hari tu, kadang kadang pukul 11.30 bru tidur.


Waktu spm sebenar lagi best kan ammar? mase tu tinggal 2 subjek je lagi, ba dan pqs. Tak cukup waktu petang main badminton, malam malam pun main badminton sampai ustz serbu. Tak tau nak buat apa, tak kan nak lari kot, sebab ustz dah dengar dari jauh. So, teruskan bermain sampailah ustz smpi. Nasib baik la tak marah, rupanya ustz nak cari anak menti ustz hawanis. kami la tu. Ada makanan yang nak di bagi rupanya. Wah, lumayan ni, lumayan...

Main 10 minit, rest sat, bace buku about 20 min, pstu sambung main badminton semula. Tp , bila perut dah penuh, nak main badminton pun susah. Tak boleh nak gerak.
Huh, pengalaman yang cukup cukup indah sesangat. 

Ana akan kongsi kat korang isi kandungan buku usrah ni, insyaAllah...

Semoga bermanfaat bersama ya...

Salam Alaik



No comments:

Post a Comment