7 March 2013

Melepas Rindu Pada Mereka

Assalamualaikum


Lama tak pergi sekolah. Semalam cek pi sekolah sat. Dapatlah jumpa junior-junior dan Ustaz ustazah.
Pada  mulanya rasa malu juga nak datang. Haha, kenapa ntah. Sebab aku sampai awal, so kawan-kawan  lain tak sampai sekolah lagi. Aku merayau kat tempat parking kereta guru. Duduk depan BG. Message seseorang  ni. Katanya dia sudah sampai sekolah, Tapi aku tak nampak kelibat dia. Cari. Cari. Cari. Hah! jumpa pun. Ajak dia pergi breakfast kat kentin. First time la makan kat kantin guru!!

Makanan dah ambil. Kawan-kawan yang lain semua dah makan. Sedang makan. Aku tak start makan lagi. Entah kenapa pulak. Bukan berangan. Termenung kot. pffft.
Tiba-tiba, datang seorang ustaz ni.

" Eh, jauh termenung faiz? Ingat siapa tu? "
" Ustaz ni. ape la, ke situ pula. Ana tengah pikir sesuatu ni "

Ustaz tu pun berlalu pergi. Pergi mengambil makan. Aku pun start makan. Nasi goreng telur mata. Ntah kenapa pagi tu rasa tak ada selera nak makan. Lapar memang lapar. Tapi perut ni macam tak izinkan makan lagi. Kemudian, ustaz tadi datang semula dengan membawa sepinggan nasi beliau.

" Ni lalu nak makan tak? "
" Hee, ntah la ustaz. Rasa tak selera pula. Ustaz kena duduk makan dengan ana kot "

Ustaz tersenyum. Faham dengan gurauan ku sebentar tadi. Ustaz duduk bersama ustaz-ustaz yang lain. Aku angkat pinggan. Pi duduk dengan ustaz tadi. Dapat borak-borak dengan dia.

Habis makan aku jalan-jalan. Mana la tau bley terserempak dengan orang yang dirindui. Akhirnya aku jumpa. Junior pertama yang aku rindui. Sekarang dia Form 1, Afieq namanya. Tinggal di Mutiara Rini. Tapi menetap di asrama. Tak sangka. Rupanya dia juga rindu aku. bestnya ukhuwah ni. Sweet sangat!

Kemudian aku pergi ke bilik guru. Wah~ jumpa denga ustazah BI ku. Ustazah Fazliaton Mansor. Dulu beliau juga tinggal di Mutiara Rini. Sekarang sudah berpindah di Kempas Utama. Huh, rindu Ustazah.

Turun dari bilik guru, aku menghala ke srih. Untuk pergi ke srih, aku perlu melalui bangunan tingkatan 5.
Dari jauh aku nampak sorang lagi junior aku. Aku menjerit. Naimm!! Dia pandang. Faizz!! Beliau meluru ke arah ku sambil berlari. Aku cuma berjalan. Haha, bestnyee!! Dia tersenyum sepanjang pertemuan tersebut.
Banyak persoalan yang beliau kemukakan kepada ku kerana sudah lama aku tidak hadir ke sekolah. Naim seorang yang rajin dan berwibawa orangnya. Sayang kepada adik-adik junior. Tidak lupa juga, beliau seorang yang amanah menyimpan rahsia orang. Termasuk rahsiaku. Alhamdulillah, sampai sekarang masih dijaga olehnya.

Tengahari ketika ingin mengambil wudhu di hadapan BG, aku berjumpa dengan seorang junior aku lagi. Beliau seorang ketua pelajar. Najib namanya. Dia mengetahui hubungan rapat antara aku dan afieq. Sebelum aku keluar dari smih tahun lepas, aku berpesan kepada beliau supaya menjaga afieq betul-betul (* ni macam ana lepaskan tugas menjaga afieq kepada najib)
Sampai sekarang dia masih menjaga afieq. Alhamdulillah. Teringat masa dahulu. Sewaktu aku mula-mula mengenali afieq. Ketika aku menjadi fasi mukhayyam murid srih tahun 6. Kemudian pada program orientasi pelajar tingkatan 1 smih. Ketika di orientasi tersebut, ibu kepada afieq, mak cik aslila, pesan kepada ku kerana afieq akan masuk ke asrama dan pada waktu itu aku juga tinggal diasrama.

" Nanti tolong jaga afieq ye"
" Owh, ok makcik. Boleh je "

Saat itu la aku mula mengenali keluarga beliau. Sekaran tugas itu aku lepaskan kepada najib. Tapi, aku masih ingat afieq. junior yang aku didik sepanjang2 tahu di smih. Semoga dia menjadi orang yang berguna.

#Eh, zohor dah... ok la

#tahniah kepada yang berpuasa ye ^^

Salam alaik


No comments:

Post a Comment