1 March 2013

27 Februari 1995 = 27 Ramadhan 1415



Assalamualaikum

Lama x jengok blog ni. Berhabuk dah... Apa pun, mesti di upadate, kongsi cerita, pengalaman, ilmu dan lain-lain.

 Bunga itu tak bermaksud apa-apa walaupun ia bermaksud
Bunga itu bukan dibeli tetapi di petik
Bunga itu bukan untuk mu tetapi untuk Dia
Dia yang menjadikannya
Ku kembalikan syukurku pada-Nya



25 dan 26 Februari lepas aku dan beberapa orang rakan ada sedikit tugasan di rumah sahabat kami, Azfar di Taman Mutiara Rini. Tak cukup hari isnin, kami sambung hari selasa. Isnin tenaga kerja ada 4 orang. Hari selasa tinggal 2 orang . never mind.

Nak diceritakan kat sini, selepas habis tugas kt Mutiara Rini pada hari selasa tu, aku dan sahabatku, Aiman mengatur langkah untuk pulang ke rumah masing-masing. Masa tu jam 3 petang kalau tak silap. Semasa hendak keluar dari rumah Azfar, langit menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun. Hatiku risau.
Aku dan Aiman bergerak menuju ke Taman Universiti. Aiman berbasikal. Aku berjalan kaki.

Pada mulanya, Azfar cakap jauh kalau berjalan kaki dari Mutiara Rini ke Tmn U. Tapi aku tak nak set otak bahawa jarak antara dua tempat tu jauh. InsyaAllah dekat.
Berjalan, berjalan, berjalan. Wah, berpeluh. Sesampai di rumah Aiman, kami berpisah. Aiman terus ke rumah beliau. Aku meneruskan pergerakan kaki ke Jusco. Dah terbayang cool blog. Wahh, sodapnyaa.

Sampai jusco, Alhamdulillah. Sejuk sikit. Nak ke cool blog tapi mata ni terpandang sebuah kedai buku, MPH. Betul-betul nun jauh di depan, directly proportional jauh depan mata.
Hati suruh pergi sana. Lagi pun duit ada lebih sikit, boleh beli buku.

Tengok-tengok buku, terjumpa sebuah buku karangan Ustaz Dr Haji Zahazan Mohamed, 
Benar Tapi Pelik. Harganya RM26.00. Pada mulanya aku ingin beli buku tersebut. Memang dah lama nk beli. Tapi ternampak pula sebuah buku yang dikarang oleh Fatimah Syarha. Aku keliru, nak beli mana satu ni. Kalau beli dua-dua sekali duitnya tak mencukupi. Naik bas nak guna duit lagi.

So, aku beli buku yang di karang oleh Fatimah Syarha tersebut. Aku rasa seronok dan tak sabar nak membacanya. Sampai di rumah, malam tu aku baca. Seronok. Satu malam je dah baca sepaaruh buku.
Aku merasakan buku tersebut menarik. Dengan rasmi, aku mengadiahi buku tersebut untk diri ku bersempena ulangtahun ku yang ke 18 walaupun malam tu masih 26 Feb.

Aku baca, baca, baca. Tanpa sedar dah hampir jam 12. Aku tutup buku. tunggu pukul 12.
Dalam gelap, aku muhasabah diri semula. Selama 18 tahun ku hidup atas dunia. Apa yang telah aku lakukan. 
Sampai satu masa, ku lihat jam di Phone, 12:00 am. Tiba-tiba, air mata menitis.

Allahu Akbar, aku dah 18 tahun. Umur semakin meningkat. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk ku hidup di dunia sampai hari ini. Tak mampu ku membalas segala nikmat yang telah Allah berikan. Udara sehingga aku mampu untuk bernafas sampai malam ni. Seringkali ku alpa dengan segala kurniaan mu. Aku mengejar perkara yang tidak penting tetapi cinta kepadamu tidak ku didik dalam hati.

Aku lahir 27 Februri 1995 bersamaan 27 Ramadhan 1415. Pada mulanya aku tak sangka aku lahir pada bulan Ramadhan. Malam ganjil pula. Aku bersyukur. 27 Februari 2013, aku tekad, ku pasang azam baru.
Aku akan manfaatkan hidup aku di dunia ni. Aku tak nak menyesal di hari kemudian. Tak nak.
Allah dah bagi kesempatan. 18 tahun.  Carilah keredhaan Allah. Dapatkan perasaan cinta kepada Allah, InsyaAllah kita akan dapat cinta dari yang lain. 

Satu hadis yang ku inggin kongsikan,

" Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid "

                                                                (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami dan lain-lain)

Salam alaik





No comments:

Post a Comment