13 March 2013

Jangan Salahkan Yang Tidak Salah


Hari-hari yang berlalu,   minggu-minggu yang sudah pergi,   meninggalkan banyak bebanan kepada diriku.
Entah mengapa aku tidak tahu. Seringkali juga aku merungut kepada bebanan-bebanan ini. 
Membuat aku terfikir-fikir. Tertanya-tanya. 
Persoalan-persoalan sering bermain di dalam fikiran.



Kenapa tak boleh pulak?

Kenapa mimpi pelik-pelik ni?

Aku mimpi berada di hadapan kaabah? kenapa?

Asal budak tu ada dalam mimpi aku?

Err, kenapa benda ni lagi?
*byk lagi persoalan yg diri ini keliru*




Ya Allah. Bantu. Aku mohon ampun, andainya keluhanku selama ini menyebabkan bebanan dosaku bertambah. Berilah petunjuk disebalik semua perkara ini. Ya Allah, aku bersyukur sangat sebab Enkau tidak jemu memberiku nikmat selama ini, Alhamdulillah.

Sebenarnya, aku rasa pelik. Betul, setiap dugaan yang Allah beri itu bertujuan untuk mendidirk diri kita.
Aku juga tahu, Allah menguji seseorang hamba itu sesuai dengan kekuatan seseorang itu untuk menanggung dugaan tersebut.
Alhamdulillah, apabila ku ingat semula, insyaAllah, aku yakin aku mampu untuk menerobos segala dugaan dan ujian ini. 



Setiap kali aku duduk bersendirian, seringkali aku berfikir.
Ya Allah, mengapa engkau mentakdirkan aku bertemu semula dengan hambamu itu? 
Aku tidak menyalahkan sesiapa diatas perkara yang sudah berlalu bertahun-tahun lamanya. 
Biarlah peristiwa itu menjadi kenangan.

Aku tidak menyalahkan pertemuan ini. Kerana, dengan adanya ini, aku merasakan ada perubahan pada diriku. Alhamdulillah. Akan ku pelihara ini.
Aku yakin. Pasti ada hikmah di sebelik peristiwa sebelumnya dan selepasnya. 
Pasti Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada ku. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. 



Hidup kita tidak selalu diatas, juga tidak selalu dibawah. Berpusing bagaikan roda, bola dan sebagainya.
Saat kita berada diatas, bersyukurlah kepada-Nya. Saat berada di bawah juga, bersyukurlah kepada-Nya.
Percayalah ia tidak merugikan kita langsung. Malah apa bila bertambah syukur kita, Allah akan menambahkan nikmat kepada kita. Tidakkah beruntung begitu?


> Hidup tidak selalu manis, kadangkala pahit juga ada.
> Langit tidak sentiasa cerah, adakala hujan akan turun.


Kita tidak tahu bila pahit akan tiba. Kita tidak tahu bila hujan akan turun. Maka, apa jua keadaan, bersyukurlah. Allah sudah sediakan. 



Seperti permainan chesss. Ada pelbagai jenis pergerakan. Tetapi, pergerakan ini hanya boleh dilakukan berdasarkan pangkat(jenis2 nya). Kuda berbentuk ' L '. Askar pula 1 atau 2 langkah kehadapan. Begitu juga dengan yang lain-lainnya, ada keistimewaan masing-masing.


Begitu juga dengan manusia. Sebelum membuat sesuatu keputusan. Fikir betul-betul. Oleh sebab itu Allah sudah sediakan cara untuk meminta petunjuk daripada-Nya melalui Solat Istikharah. 

Apa-apa yang berlaku, Allah sahaja sebaik-baik tempat meminta pertolongan.
Ingatlah, segala-galanya kita kembalikan kepada Allah. Kita serahkan kepada Allah.
InsyaAllah Allah akan pelihara itu untuk kita. Cinta kepada Allah dengan sepenuhnya, Allah akan memberikan cinta yang sebenar kepada kita dan si dia. Aminnn.





# Bukan bukan bukan. Keluhan ini bukan menandakan bahawa aku tidak bersyukur. Tidak sekali.  

# Sama2 kita ingat. Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam


Salam alaik


No comments:

Post a Comment