23 March 2013

Result Oh Result



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

9A?
10A?
11A?

Dapat berapa? Tak kisah la berapa yang korang peroleh dalam spm ni. Kita sudah berusaha sama-sama. Siang malam study. Stay up sampai larut malam. Segala bentuk usaha kita telah lakukan. So, apa juga keputusannya, janganlah bersedih hati. Allah Maha Mengetahui. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Setiap manusia rezekinya lain-lain kan? betul tak?


Hari rabu aku dan kawan-kawan pergi bermain futsal. Daiman Sport Centre, Sri Putri.
Ramai-ramai naik bas dari agsana sebab ada kerja sikit di angsana. Seronok sebab kawan-kawan dari jauh semua ada masa tu. Adam, Aziz, Ammar pun ada. Wahhh, seronoknya!!







*gambar ni memang sengaja di sengetkan*


Ammar belanja bayar sewa futsal. Thanks a lot Ammar. Rindu anta. Rasa macam tak nak berpisah je.
Sayang anta. Uhibbukafillah <3

Habis main futsal balik la. Malam tersebut kami rancang untuk menginap di Masjid UTM. Qiamullail.
Ada yang terus gerak ke UTM dengan bantuan seorang sahabat yang sudah berlesen, Irsyad. Aku balik ke rumah. Packing barang lepas maghrib baru gerak ke UTM. Ummi hantar.

Dengar imam baca surah Al-Fatihah, SubhanaAllah, merdunya. Rasa nak menangis. Suasananya seperti di bulan ramadhan.

Solat Isyak.

Seusai solat, jumpa kawan-kawan yang dah sampai. Ingatkan dieorang belum makan, rupanya sudah.
Aku lapar. Ingat nak pergi Pak Lah Cafe.
Tapi akhirnya dapat juga pergi. Roti nan. Sedap.


Besok paginya kami bangun bersama-sama. Memanjatkan doa kepada Allah. Mohon agar hati redha dengan ketentuannya. Untuk persiapan pergi ambil result, aku akram dan muiz pergi ke rumah qawim.
Sampai je di rumahnya, aku terus terbongkang. ngantuk. Bangun, then pi bersihkan diri. bersiap untuk ke sekolah.

Sedang menunggu aiman untuk mengambil kami di rumah qawim, akh iki yang berada di sekolah meng"call" kami menyatakan pelajar semua sudah berkumpul di dalam dewan. Kami semakin gelisah. Air mata ku semacam hendak menitis. aku tahan. Qawim yang duduk di sebelah kiri ku berkata,

" serius betul muka anta faiz?"
" ye la. risau tau tak..."

Ku pandang akram yang berada di sebelah kanan, mukanya juga sedang dalam kerisauan. Muiz sejak tadi asyik mundar-mandir di hadapan kami.

" mana aiman ni? "
" muiz, call aiman. tanya dia kat mana? "

Aiman sedang dalam perjalanan. Sesampainya beliau, kami masuk ke dalam mpv nya. Masing-masing menunjukkan muka gelisah. Muiz tertidur. Aku masih rasa ingin menangis. Aku tahan.

Sampai di parking sekolah, kereta parent semua sudah banyak.
Alhamdulillah semasa itu juga afiq baru sampai. Aku melulu ke arahnya. Ku peluk erat.

" Afiq, ana takut la "
" hehe, ala, relex je faiz "


Pergi ambil sijil-sijil dahulu sebelum masuk ke dewan.
Selesai membuat semakan sijil, aku dan afiq pergi naik ke dewan. Masuk saja ke dewan, pengumuman baru sahaja hendak diumumkan. Alhamdulillah sempat.

Satu persatu nama sahabat kami disebut.

" relex la afiq, sekejap lagi nama anta mesti ada nya "
Afiq hanya tersenyum. Setiap nama yang disebutkan akan disambut dengan tepukan tangan. Aku menuruti perlakuan tersebut. Turut menepuk.

Pengumuman untuk pelajar cemerlang selesai. Sekarang giliran pelajar lain untuk mengambil slip peperiksaan daripada guru secara personal.

" Afiq, kita ambil lambat-lambat cikit ea? "
" ok2 "

Apabila aku bersedia untuk mengambil keputusan, aku dan afiq melangkahkan kaki ke hadapan. Afiq terlebih dahulu mengambilnya. Aku mengambil slip dari guru physics ku. Berdebar.

" Ustazah, ana punya? ok tak ustazah? "

Melihat raut wajah ustazah, aku dapat merasakan sesuatu. Hm, benarlah. Ya Allah, kuatkan hati ku Ya Allah... Setelah aku memegang dan melihatnya, aku lipat. Melihat rakan-rakan lain gembira, tersenyum ria.
Aku cuba tersenyum tetapi hanya Allah sahaja yang megetahui perasaan hati.

Terkenag semula saat aku belajar dahulu, stay up, tuisyen. Ya Allah, pasti ada hikmah di sebalik semua ini... Air mata aku hampir menitis. Afiq mendapatkan aku, aku mengesat air mata yang tidak sempat mengalir.

" Tahniah afiq, tahniah ye..."




Aku mengambil telefon bimbitku.
SMS

" Salam ust. Ust nak jumpa ana ke? "
" Salam. kenapa? Anta ok x faiz? "
" entah la ust. tak tahu nak ckp cm mne "

Selepas itu ust tidak membalas lagi.
Selang beberapa minit. Ust tiba ni dewan. Ini lah seorang ust yang amat aku sayang. Beliau telah banyak membantu dan memberi nasihat kepada ku ketika di sekolah.
Ustaz Ahmad Taufiq Bin Jaafar...

Apabila ustaz sampai di dewan, ust ingin mendapatkan ku tetapi seorang bapa sahabatku ingin berjumpa dengan beliau terlebih dahulu. Aku mengizinkan.

Apabila dewan sudah sunyi sedikit. Ramai sahabat-sahabat lain sudah beransur pulang, aku mendapatkan ustaz. Perlahan-lahan aku mendekati beliau.
Pada mulanya aku memandang wajah beliau. Ustaz tersenyum.

" ok x resultnya? "

Aku tidak memberikan jawapan. Tetapi aku terus memeluk ustaz. Aku yakin, dengan pelukan itu dapan memberikan seribu satu jawapan kepada ustaz. Semakin lama semakin erat aku memeluknya.
Air mata ku menitis membasahi bahu ustaz. Ustazah-ustazah di depan mungkin perasan dengan kesedihanku kerana jarak antara aku dan ustazah-ustazah itu tidak sampai 2 meter.

Ya Allah, faiz, positif ye... sangka baik denga Allah. Mesti ada hikmahnya "
Aku peluk ustaz semahu ku.
Ustaz cuba menenagkan aku. Kami duduk.

" cuba ustaz tengok resultnya? "

Aku beri. Ok la ni faiz, Alhamdulillah...anta jangan la sedih ye?
Hm, ok ustaz...

#Sedikit perkongsian#Sedikit perkongsian#Sedikit perkongsian#Sedikit perkongsian#Sedikit perkongsian#


Sejujurnya, sampai la ni hati aku masih lagi menangis. Walaupun aku sering menasihati sahabat-sahabat yang kurang berjaya supaya tidak bersedih, tetepi aku sendiri masih sedih.

Ya Allah.
Aku cuba untuk berfikiran positif se positif yang mungkin. Air mata ni masih nak mengalir bila fikir kawan-kawan.
Ya Allah. Allahumma solli'ala Muhammad...

Ustaz Taufiq pesan. Ingat Allah banyak2, sangka baik pada Allah. Pasti Allah ada sediakan yang terbaik.
Allahu Akbar!!

Kepada yang berjaya, tahniah ye...

Salam Alaik

No comments:

Post a Comment