24 December 2012

Kenapa Perlu Sedekah Ye?



Manusia : Alamak,duit ni besar(banyak) sangat la. Tak kan la nak masukkan duit dalam tabung  besar-besar gini...Hm,nak letak ke tak ek???

Syaitan : Alaaa...kau jangan la sedekah duit tu kat tabung...kau datang masjid ni jalan kaki tadi,penat kann??? Haa,nanti masa balik solat kau bolej singgah kedai beli air,kan sedap... membazir je kau sedekah dalam tabung tu,apa manfaat yang kau dapat??

Manusia : Hmm,tak pa la...hari ni aku tak nak sedekah,esok-esok kan boleh...
lebih baik aku beli air lepas habis solat...dapat legakan tekak...

...................................................................................................................................................................

Haa, Assalamualaikum sahabat. hari ni hati rasa nak tulis berkenaan sedekah la. Tapi yang kat atas tu tentang sedekah di masjid, yang ana nak kongsi ni mengenai sedekah dengan manusia... Ehh? kenape ye nak cakap pasal sedekah? Hm,mungkin sebab ada org yang tidak tahu tentang hikmah di sebalik sedekah ni. Kalau ada yang dah tahu, kita sama-sama la mengingatkan semula. Sedekah ni ade banyak kn? Tapi, ana nak cerita sedekah dengan mengunakan DUIT.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah :
Rasulullah pernah  menceritakan kisah di sebalik sedekah seorang lelaki kepada tiga jenis manusia.
Suatu harilelaki tu berkata :

 "Demi Allah,aku akan bersedekah dengan satu sedekah." Lalu dia pun mengeluarkan sejumlah wang dan berjumpa dengan seorang pencuri. Tapi dia tak tau pulak yang orang tu pencuri. Dia pun sedekah kan duit tu kat pencuri tu. Besoknya,kecoh la cerita yang lelaki ni sedekah kat seoarang pencuri. Lelaki ni rasa bersalah dan rasa sedekah tersebut tidak diterima sebab dia memberi sedekah kepada pencuri. Lalu, dia pun
berkata : " Ya Allah,segala pujian adalah milik-Mu. demi Allah, aku akan bersedekah lagi dengan satu sedekah".

Hm, sebenarnya ceritanya panjang lagi. Nanti lelaki tu akan bagi sedekah kepada wanita penzina dan kepada orang kaya. Kalau nak tau lagi cerita ni sampai habis, baca Majalah Gen-Q (isu no 13,page 57)

Jadi, pengajaran yang dapat di ambil :
1. Haruslah ikhlas melakukan ibadah
2. Tak meremehkan perbuatan kebaikan yg dilakukan
3. Sentiasa memuji Allah s.w.t ketika apa jua keadaan

...................................................................................................................................................................

Hahh, tentang dialog manusia dengan syaitan kat atas tu, mesti pernah dialami oleh semua orang kn?? mesti pernah la...Nanti mse nak derma/sedekah,mesti teragak-agak,nak masukkan duit ke x...hehee,tol x??

Ana pernah dengar kat dalam CD Ustaz Azhar Idrus. Dia cerita tentang sedekah.
Kita ni bila nak sedekah takut nanti duit habis,sebab bila sedekah kena mengunakan duit,duit akan di keluarkan, nanti makin sikit.

Tetapi, sebenarnya perkara tu salah...mungkin kita tak sedar.
Contoh,kita sedekah RM2. Pastu bulan depan tibe2 bos naik kan gaji 2 kali ganda @ ada orang bagi kita RM 20...Mesti kita terkejut dan teruja kan masa tu?? Tetapi,sedar tak, tu la balasan or ganjaran cash yang Allah bagi kepada kita disebabkan kita memberi sedekah RM2 tempoh hari...

Hahh, etul tak?? siapa kata kalau kita sedekah duit akan berkurangan, tetapi akan melipat kali ganda, malahan pula, ganjaran pahala pun kita dapan, yang penting ialah IKHLAS kerana Allah s.w.t.

Tapi,kalau perkara macam ni tak berlaku, mungkin Allah nak bagi kepada kita ganjaran yang lagi besar di akhirat nanti...sentiasalah bersangka baik kepada Allah s.w.t.

Sampai sini je perkongsian ana pada hari ni...semoga peroleh manfaat bersama,insyaAllah...

Salam Alaik



No comments:

Post a Comment