9 May 2013

Sudah Memilikinya. Cuba Memiliki. Anda?


Assalamualaikum.


* * *

Ambil peluang untuk memahami proses perjalanan PRU walaupun saya tidak pi ke pusat mengundi. Memang kurang faham sikit tentang mengundi ni. Parlimen. Dun. Kerusi?
Apa benda semua ni?


"Ayah, parlimen ni ape? Dun?"

* * *

Ahad malam tu, pukul 8 malam lagi saya dan ayah dah terpacak depan tv. Lepas isyak sambung lagi. Ayah demam, so tidur awal. Saya terus menonton, tunggu keputusan keluar bersama umi sampai 2.15 pagi kami tunggu. Dengar ulasan2. Dari tv3, tukar ke tv1. Dari tv1 tukar tv alhijrah. Pusing2 kat channel ni saja. Haha!

Bila keputusan sudah keluar, Oooooooooooooooooooooooooooooo,ooooooooooooo,oooooooooooo.
Allah Maha Mengetahui. Maha Adil. Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya yang bersabar.
Allahu. Cuba tenangkan hati ketika itu. Mungkin ada hikmah yang sedang Allah susun. Banyak HIKMAH. 
YAKIN!!

Err, ok la. Cukup la tentang PRU. 

* * *

Sebenarnya nak story tentang Buku BARU ni.
Alhamdulillah, pemberian seorang sahabat(saya yg minta belikan, pffft!)

Simfoni Cinta.



Alhamdulillah. Seronok bila bacanya. Tu la bukunya. Warna merah. Sangkaanku berwarna hijau, rupanya merah. Cantik. Dengan font yang digunakan. Latar belakangnya. Corak. Termasuk shape <3 tu. Baru saja dapat buku ni, dah ada orang nak pinjam. huhu, dahsyat la....

Saya dah siap membalut buku tu. Beserta dengan sekeping kertas berwarna hijau yang di selitkan di antara pembalut dan kulit buku. Ya, itu dia. FK.
Entah kenapa ntah tiba-tiba jadi kreatif masa tu. Cantik juga Perkataan FK tu.

Sebelum saya baca setiap satu cerpen yang ada didalam, ku baca dahulu, ape nama tulisan yang ada kat belakang sekali tu? sinopsis ye? hah, hentam saja la. Sinopsis.

La, orang selalu salah anggap. Bila nampak orang baca buku, novel, cerpen cinta, mesti cakap orang tu jiwang la. Mengatal dan tidak kurang juga ada yang suka, hmm, senang cakap sangka buruk.

Tak boleh gitu sebenarnya. Kadangkala, kulit buku, tajuknya sahaja mengenai cinta tetapi isi kandungannya lain. Buku yang mempunyai tajuknya mempunyai perkataan "cinta" pasti dipandang serong oleh orang sekeliling kerana mereka memikirkan cinta itu berteraskan cinta lelaki dan perempuan. Bagiku, seeloknya jangan la berfikiran seperti itu. Luaskan pemikiran.

Kadangkala untuk kita memahami, mengetahui, dan memiliki sesuatu perkara itu, kita harus memahami perkara yang sebenarnya. Faham tak? Ok la, gi ni maksudnya.

Untuk memahami maksud "Cinta" yang sebenar, iaitu cinta yang hakiki. Cinta pada Ilahi. Kita harus membaca, dan memahami apakah cinta itu. Kadangkala, dengan memahami maksud cinta lelaki dan perempuan, kita boleh memahami apakah cinta kepada ilahi. Tetapi AWAS, jangan terlalu syok apabila membaca perkara yang berkaitan cinta lelaki dan perempuan.

Cuba faham dan cari maksud cinta hakiki melalui mambaca. Iqra'. ok?

Seperti buku Simfoni Cinta ini, saya baru sahaja habis membaca dua cerpen didalamnya. Kedua cerpen ini menceritakan cinta antara sahabat, ukhuwah dan agama. Sangat manis. Sweet! Sanggup korbankan nyawa untuk kebangkitan agama.

Sinopsisnya.

" Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta, merupakan kumpulan cerpen bertemakan cinta 
yang pertama karangan Hilal Asyraf. Memuatka 20 buah cerpen yang bertemakan cinta, namun tidak terpenjara dalam skop Cinta lelaki dan perempuan semata-mata.
 Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta membawa definisi baru berkenaan Cinta, untuk membebaskan
masyarakat hari ini daripada takrif cinta yang salah.
Cinta bakal menggegarkan kehidupan anda dengan makna 
Cinta yang bersih, suci, dan memnahagiakan. "


Yang belum lagi memiliki buku ini, Jemput la beli. Kalau dah habis, pinjam dari kawan-kawan yang ada.

Wallau'alam.

No comments:

Post a Comment