22 May 2013

Papilio Is Pavilion




Gegendang telinga bergetar saat kami mula berhubung melalui phone.


“ Assalamualaikum. Wey Qawim, anta kat mane? Cepat la bas dah sampai ni!! “
“ Bas dah sampai? Ana kat kawasan rumah muhsin ni “


Kedengaran  sedikit kasar  perbualan diantara aku dan sahabatku, Qawim sebentar tadi kerana saat itu  aku mula ‘cuak’ melihat sebuah  bas yang disangkakan kami akan  naiki untuk ke Kuala Lumpur, tiba. Sebenarnya bukan. Salah bas.  Tiada niat nak tipu qawim sebenarnya.
Umi dan ayah sudah beransur pulang ke rumah. Aku teguh berdiri di stesen minyak shell, Sri Putri itu. Menanti kalau-kalau ade ikhwah lain yang dah sampai. 


“ Kenapa akhawat je yang ramai?. Ikhwah semua mana? “.


Hati ku berbisik kecil. Musykil bercampur risau. Sambil aku mundar mandir di kawasan tepi itu, tangan kanan ku masukkan ke dalam poket seluar. Samsung Y ku ambil. Tengok jam di skrin phone sbb aku tak pakai jam, 0024

Tiada seorang pun ikhwah yang aku Nampak di sini. Adanya akhawat sahaja. Ada juga seorang akhawat yang tidak ku kenali. Baru mungkin. Pusing belakang, dalam gelap. Seorang ikhwah dan kakaqnya sebagai pengiring tiba. Huh, lega.


Kami pun berkumpul dia satu sudut. Di situ barulah aku Nampak beberapa orang ikhwah yang sudah tiba. Mereka sudah tiba lama, tetapi aku yang tidak perasan  mereka berada di situ. Tunggu di situ bersama-sama menanti ketibaan beberapa orang ikhwah yang lain. Akhirnya bas yang akan kami naiki tiba. Bas Maju. Warna merah.


Setelah semua sudah sedia di tempat massing-masing, bas pun meluncur di atas jalan raya yang agak lengang itu. Berlantaikan tar dan beratapkan bintang-bintang yang cantik. SubhanaAllah.
Saat pemandu bas sedang focus dengan pemanduannya, aku percaya penumpang-penumpang lain sudah dibuai mimpi dek kesejukan aircond yang melampau. Serius sejuk!!...


Setelah lebih kurang 4 jam setengah di dalam ‘gerabak’ bas, kami tiba di TBS which is Terminal Bas Sepadu. Beg-beg pakaian kami dikeluarkan, masing-masing mengambil giliran. kami berjalan menuju ke ruang menunggu di tingkat dua memandangkan KTM akan mula beroperasi pada jam 6 pagi.  Ketika menunggu, ada yang sambung tidur. Ada yang pegi mencari tandas untuk membersihkan diri.  Tidak kurang juga ada yang membaca novel yang dibawa daripada rumah. Alhamdulillah.


Sebelum azan subuh,  Alhamdulillah, aku dan beberapa rakan yang lain sempat  berqiamullail. Niatku supaya Allah memberikan aku kekuatan untuk menjalani program ERAT ini kerana ana ingin mencari sesuatu di dalam program ini. insyaAllah.


Bunyi keretapi yang melintasi dihadapku sungguh kuat. Bergegegar. Resonance. Handphone ku gengam kuat, takut jatuh ke bawah. Seketika kemudian,


“ Salam. Abg dah kat mana?”

“ Waalaikumusalam. Pkul 4 lbih tdi smpi TBS. Skrg ni nk naik KTM. Tengah beli tiket.”

“owh, baik-baik kat sana.”

“owkeyy… umi, kredit phone abg tinggal cikit ni. Nti kalau tiba2 abg x rply tu maknanya krdit dah hbis langsung ye. Lagi satu, duit macam tak cukup.”

“hah? Tak cukup? Semalam ayah bagi berapa?”

“Ayah bagi 150 smalam. 80 untuk program. Abg ingt 20 tu untk tiket bas pergi balik. Rupanya tiket bas pergi campur tiket KTM lebih kurang 32.”

“ Hari ni ayah ade kat KL. Sampai khamis malam. Nanti umi ckp ayah. Mane tau ayah bley jmpa awak bagi duit.”

“ Okey…”

“ Ok ye abg, umi nk gerak ke sekolah ni.”



Lebih kurang begitu la perbualan ku dengan Umi. Panjang lebar. Sayang Umi J
Kami pun meneruskan perjalanan menaiki KTM. Turun di Masjid Negeri. Seterusnya berjalan kaki menuju ke Masjid Negara. Khabarnya aka nada fasi dari program ERAT ini akan mengambil kami di sana dan membawa kami ke Masjid Bukit Aman.


Masing-masing membawa bagasi sendiri. Ada yang punyai roda, mudah untuk mereka membawa bagasi tersebut. Cuma perlu menariknya sahaja. Bagi yang tidak beroda, tali bagasi itu menjadi bahan gengaman sepanjang perjalanan ke masjid Negara . Rata-rata sahabat ikhwahku sudah berpeluh. Peluh jihad, tidak mengapa. Kami ikhwah dan akhawat teruskan berjalan. Gagahkan kaki ini untuk melangkah. Setapak demi setapak. Akhirnya kami tiba di perkarangan Masjid Negara. Kebetulan juga Team dari Terengganu juga baru tiba di situ. Kami Bersalam mesra.



Sementara penat masih tersisa, kami duduk di anak tangga sementara menunggu arahan seterusnya. Peluh terus menerus keluar.  Peluh yang belum berhenti mengalir ini diibaratkan banjir kilat di Selangor. Masing-masing menjadikan baju sebagai bahan untuk memberi angina kepada badan. Di kipas baju ke depan belakang supaya udara dapat dirasai. Alhamdulillah. Cuba tenangkan diri.



Seketika kemudian, kami diarahkan supaya pergi ke bahagian hadapan Masjid Negara itu. Kami turuti arahan tersebut. Sesampai di hadapan, kami menunggu ketibaan fasi yang akan mengambil kami. Sebuah MPV iaitu Inova berwarna marron masuk dari pintu pagar dan berhenti.








Kerana  kasihan kepada akhawat, kami ikhwah-ikhwah memberikan laluan kepada akhawat untuk menaikinya terlebih dahulu. Dengan jumlah akhawat yang agak ramai, mereka terpaksa membuat dua pusingan untuk menyelesaikan proses penghantaran akhawat ke Masjid Bukit Aman.


Tiba giliran ikhwah, juga terpaksa di pisahkan kepada dua kumpulan walaupun bilangan ikhwah tidak mencecah 10 orang. Turuti.
Alhamdulillah aku termasuk dalam kumpulan ikhwah yang pergi dahulu menaiki kereta itu. Mereka sahabat-sahabatku yang lain diminta untuk menunggu sebentar di sini.


Banyak juga perbualan di antara kami dan juga abg ‘driver’(lupa nama dia).Banyak persoalan yang dikemukakan oleh abg itu. Kami yang berada di dalam kereta ini bergilir-gilir menjawab. Bertanya khabar. Sekolah dimana. Berapa bilangan ‘tentera’ dari JB. Akhirnya, Alhamdulillah kami tiba di perkarangan Masjid Bukit Aman.  Terpapar megah sekali baner yang disediakan oleh pihak program. Baner ERAT yang di letakkan bersebelahan pintu pagar Masjid. Aku menjadi teruja. Tak sabra!!



Bagasi masing-masing diambil dari kereta. Bersedia untuk masuk ke dalam. Malangnya,

“ Emm, kita ni nak masuk dari mana ni? Sebelah sini ada pintu masuk, Kat sebelah sini pun ada gak”. Bicara ku memecahkan suasana pada pagi di Masjid Bukit Aman itu.

Tetepi  persoalan ku itu seperti tiada sesiapa yang menjawabnya. Haha. Faiz Faiz.



Kami berjalan selangkah demi selangkah  ke suatu kawasan. Di situ adanya rak kasut yang dipenuhi kasut-kasut. Sangkaku mungkin itu kasut-kasut milik akhawat yang telah tiba terlebih dahulu dari kami tadi.  Kami berdiri kaku. Seperti seorang bayi yang tidak bisa bercakap ingin meminta belas seorang ibu untuk memberi makan. Hehe. Tiba-tiba,  seorang kakaq fasi datang ke arah kami.



“ Assalamualaikum. Peserta ERAT ke? Dari mana?  Jom masuk dalam, kita daftar.”

“ Waalaikumusalam. Ha ah, ye kami peserta ERAT. Dari JB.”



Setelah mendapat arahan daripada kakaq itu, kami masing-masing menanggalkan kasut. Menyusun kemas di rak yang tersedia. Masuk ke dalam.  Aku dengan semangat yang berkobar-kobar, jalan dengan laju mendahului sahabat-sahabat yang lain.




“ Nak daftar ke?”. Seorang kakaq berkaca mata yang berada di meja bertanya kepada ku.

“ Ha ah, nak daftar kaq”. Jawab ku ringkas.

“ Cari nama adik kat senarai ni, then tanda tangan kat hujung ni ye”. Sedikit panduan diberikan oleh kakaq itu sambil jarinya ditunjukkan kebahagian hujung tepi kertas.

“ ouh, owkey.” Jawabku ringkas seakan faham panduan yang diberikan oleh kakaq itu.




Kertas A4  itu ku selak satu demi satu. Depan belakang ku cari nama ku. Ku tumpukan kepada kelompok nama yang bemula dengan huruf M kerana nama ku bermula dengan huruf M. Muhammad Faiz. Dari helaian pertama sehingga ke helaian kedua ku mencari.




“ Eh, kenapa macam tak ada je nama ni?” Bisik hati ku yang kian bimbang.



Ku cari lagi nama ku. Satu persatu barisan dengan berhati-hati. Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga. Mungkin disebabkan ke’gelabahan’ ku sebentar tadi, aku jadi lupa apa yang perlu dibuat dengan nama tersebut.



“ Kaq, lepas dah cari nama buat ape? Ana lupa la.” Aku bertanya kepada kakaq itu.

“ Lupa? Ni ha, tanda tangan kat sini.” Sekali lagi kakaq itu menujukkan jarinya kea rah hujung kertas. Seperti nada memerli. Haha.



Setelah aku siap membuat pendaftaran dan bayaran sebanyak RM80, aku menuju kea rah dua orang akhi. Ku yakit beliau ialah fasilitator. Aku berdiri di belakangnya.


“ Assalamualaikum.  Anta dah daftar?  Kalau dah jom ana tunjuk tempat letak beg.” Kata seorang  akhi itu. Gaya pakaiannya cukup simple. Wajahnya Nampak tenang,  terpapar keikhlasannya menyambutku. Walaupun rambutnya sekali pandang seperti  budak-budak nakal.

“ Waalaikumusalam. Dah. Ana dah daftar.” Jawabku serentak dengan pergerakan tangan ingin mengangkat beg untuk menuju ke bilit tersebut. Tetapi kami batalkan hajat untuk ke bilik tersebut kerana ingin menunggu sahabat-sahabatku yang lain selesai mendaftar.

Sementara menunggu mereka habis mendaftar, aku dan akhi ini berkenalan, taaruf sedikit.



#maaf gambar x jelas ckit. goyang#
Ni Akhi Luqmanul Hakim



“ Anta dari mana ni?”

“ Kiteorang ni semua dari JB”

“ Owh, ye ke? Ramai betul peserta dari JB!” Jawabnya teruja.

“ Alhamdulillah. Tu yg akhawat dalam dewan tu dari JB juga. Ade lagi separuh ikhwah dari JB kat Masjid Negeri tu. Dieorang belum sampai. Siapa ye nama abg ni?.” Jawabku sambil memuncungkan mulut menunjukkan arah ke dalam dewan yang hanya dipenuhi oleh akhawat. Lantas aku mula menanyakan nama.

“ Nama abg Luqman. Luqmanul Hakim. Panggil Luqman je.  Anta?” Jawabnya sambil tersenyum manis.

“ Owh. Ana Muhammad Faiz.” Jawabku spontan dengan senyuman mekar di bibir.

“ Anta dulu sekolah mana?.”

“ Sekolah…..seko… ni haa, sekolah hidayah. Hidayah JB” Jawabku dengan teragak-agak.

“ Sekolah Hidayah? Owh! Sekolah Hidayah. So anta kenal la Syafiq Yusof?”

“ Syafiq Yusuf tu senior ana. Dia batch 11. Ana kenal. Dia tu orang hebat kat sekolah”
 Perbualan diantara kami panjang lebar. Tak nak la tulis yang panjang-panjang tu..



Seusai semua mendaftar, kami dibawa menuju ke sebuah bilik untuk meletak barang, beg. Kami diarahkan masuk ke dalam dewan. Aku menjenguk ke dalam dewan tersebut.


“ Allah. Ramainya akhawat.” Namun bicara ini hanya sampai di kerongkok. Tidak ku lepas kan keluar.
Disebabkan aku kurang yakin untuk masuk seorang diri, jadi aku tunggu sahabat-sahabatku yang lain  sebentar di pintu masuk dewan bersama akhi luqman dan kawannya. Aku tunggu untuk kami masuk bersama-sama.



“ Hey ikhwah, cepat sikit. Cepat.” Aku memanggil sahabat-sahabatku lagak seperti seorang fasi. Hehe.

“ Ceh faiz, anta ni dah macam fasi pulak?hehe.” Akhi luqman meluahkan kata-katanya yang bernada sinis itu beserta sedikit  tawa.

“ Eh, ye ke? Hehe…Boley-boley. Hm, macam mana anta boleh jadi fasi program ni ye?.” Aku mula mengemukakan soalan.

“ Em, kenapa? Nak jadi fasi ke?.”

“ Mane la tau kan, next time ana boley jadi fasi untuk batch seterusnya. Hehe.”

“ Kalau nak jadi fasi, anta kena bagi nama kat abg Bai.”

“ ouhh, ok2”



Niatku. InsyaAllah. Selagi aku menapak diatas muka bumi Allah ini, ku akan mencurahkan bakti untuk islam. InsyaAllah.



Kemudian aku dan sahabat-sahabat lain masuk ke dalam dewan yang serba indah. Tetapi tidak boleh menandingi jannanNya yang jauh lebih indah.
Kami duduk menunggu ketibaan peserta dari negeri-negeri lain. Lama juga la menunggu tu. Aku rassa rugi sangat masa tu. Banyak masa terbuang begitu je. Kalau adda buku kat tangan, dah boleh baca. Satu tajuk boleh habis mungkin. Kalau baca Quran, setengah juz’ boleh dapat.



Lebih kurang jam berape ye? Tak ingat start pukul berapa. Tapi nak jadikan cerita, akhirnya program pun bermula.  Slot pertama tu di kendalikan oleh abg Deen, atau nama sebenar beliau, Syafiq. Akhi Syafiq.



Slot pertama tu, atau lebih kepada ice breaking, kami di sajikan. Errr, jap. Macam tak kene je perkata ‘di sajikan’ tu..hem, apa pe la.. Kami di ajar, disaji dengan lagu-lagu yang menaikkan SEMANGAT. Aku yang dah semangat ni jadi berTAMBAH SEMANGAT!! Lagu siap ada gaya. Ke kanan la, ke kiri la, lepas tu gerak kedepan cikit. Angkat tangan. WAHHH, cukup seronok!! Ditambah lagi dengan Abg Deen yang tak henti-henti buat lawak. Alhamdulillah, dengan cara itu ukhuwah antara kami semakin ERAT.



Selesai  ice breaking, ada minum pagi. Makan kuih. Sedap tau!! Sedap sangat. Kebetulan juga Abg Deen duduk sekali dengan meja kami. Bertambah riuh la masa tu. Hehe…



Selesai minum pagi, semua peserta dikehendaki masuk ke dalam dewan semula bagi meneruskan program.  Lepas minum pagi tu, aku kurang ingat ape sambungan programnya. Tapi kalau tak silap ada nyanyi-nyanyi lagi la. Best-best. Hahhh, ok dah ingat cikit. Lepas minum pagi tu ada pembahagian kumpulan. Alhamdulillah aku di kumpulan 4 J FIXI….FIXI…





Then berhenti  lunch. Makan nasi….nasi lauk ayam merah. Kan? Ayam merah kan? *ye kot. Ehhh CHOPP!! Lupa. Sebelum start makan, kami peserta diberi tugasa oleh para fasi. Tugasan ketika makan.  Tugasannya is, sebelum kami makan, kami perlu menyuap 5 orang sahabat di dalam kumpulan kami itu. Bila tugasan itu di bacakan oleh fasi,  secara tiba-tiba suasana di dalam dewan itu menjadi gamat. Huru hara. Semua terkejut. Mulut mula memberi komen dan apa-ape la. Maklumlah, mungkin ada yang tidak pernah melakukan perkara sedemikian before.



Selesai makan, kami ke dewan solat. Tunaikan kewajipan kepada Allah. Solat zuhur.
Selepas zuhur, sedikit aktiviti diadakan iaitu Universiti Impian kalau tak silap la. 45 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk membuat persediaan tentang Universiti yang mereka ingin tubuhkan itu. Terdiri daripada, nama U, program khas, program tawaran, iya kot. **Maaf dah tak brapa igt…
Selesai 45 minit, perbentangan bermula. Nama kumpulan dipilih secara random **agaknya la…
Ketika aku khusyuk mendengar perbentangan daripada kumpulan lain, tetepi hati ini berasa gundah gulana. Jengok luar masjid, Allahu, hujan lebat. Hati ku masih terasa resah. Bukan apa, risaukan ayah. Umi ada cakap ayah nak dating bagi duit. Aku tunggu. Tunggu. Sampai satu ketika, phone bordering, ayah call. Aku angkat.  Aku bagi ayah cakap dengan Abg Bai. Ok. Selesai. Alhamdulillah, aku menunggu lagi. Tidak tiba-tiba juga.



Sangkaan ku sempat habis sebelum asar perbentangan ni, rupanya bersambung selepas asar. Selesai perbentangan,  kami diberi masa rehat. Makan. Bersihkan diri.  Aku jadi pening, persoalan timbul didalam benak.


“ nak mandi dulu ke, makan dulu. Kalau mandi dulu, takut nanti ayah call pulak?”


Akhirnya aku membuat keputusan untuk mandi dahulu. Phone yang hamper kering battery ku charge, untuk ku pilih lokasi beg berdekatan dengan plug. Mudah untuk menge’charge’. Bila nak tinggalkan phone dalam keadaan ‘open’ gitu, hati mula risau.


“ kalau hilang ni macam mane la plak.” Bisik hati.
Mujur ada akhi luqman yang sedang berehat di sofa tu, aku bertanya kepada beliau.


“ Err, abg luqman. Agak-agak kalau ana tinggal phone mcm tu boleh hilang tak?”

“ Eh, insyaAllah tak hilang sebab bilik ni memang kita je yang guna. Orang lain tak boleh masuk.”
Dengan kata-katanya itu membuatkan aku sedikit yakin untuk membiarkan phone dalam keadaan begitu. Maaf, bukan aku tak yakin, tapi sebelum ini juga aku sudah ada sejarah phone dicuri.



 Pengalaman yang amat menyedihkan lebih-lebih lagi ketika phone ku hilang, iaitu pada 2 tahun yang lepas, ketika bulan ramadhan. Aku sendiri beriktikaf di Sebuah masjid di Selangor. Masjid Salahuddin. Hilang dalam sekelip mata sahaja phone tu. Peristiwa itu membuatkan aku cukup sedar supaya tidak meninggalkan phone pada tempat terbuka. Sebelum pergi program ERAT ni pun, umi adda pesan supaya menjaga phone baik-baik. Jangan sampai hilang lagi.



Seusai membersihkan diri,  ku langkahkan kaki ke tempat makan bersama phone di dalam poket seluar. Ambil makanan dan air, duduk bersama-sama abg fasi dan beberapa orang peserta lain. Kami makan bersama-sama. Tidak lama kemudian phone ku ber’vibrate’ disusuli dengan ringtone ‘for the rest of my life’… Ayah call!! Angkat guna tangan kiri. Aku tak kidal. Hehe…





Ayah cakap ayah dah sampai depan masjid. Aku pun bergegas keluar, sempat cuci tangan sekejap. Jumpa ayah. Salam. Cium tangan. Kecian ayah, hujan-hujan, balik dari pejabat terus cari aku sebab nak bagi duit. Sayu hati masa tu.

“ Duit tak cukup berapa?”

“ 20 je rasanya.” Aku menjawab sambil jari mengira-ngira baki duit yang tinggal.

“ Ambil ni je la. Ambil semua.” Ayah menjawab sambil tangan menghulurkan duit berjumlah rm70.

“ Eh, ni banyak sangat ayah. Dah terlebih pun. Abg Cuma tak cukup rm2o je. Tak yah banyak-banyak le ye?.” Aku cuba menolak kerana jumlah itu sungguh banyak bagi ku.

Tetapi ayah tetap menyuruh ku untuk terima. Aku dengan pasrah mengambilnya. Ayah meminta diri untuk pulang memandang hari semakin gelap. Aku cuba berdiri melihat kereta pergi bergerak, sedikit demi sedikit hilang dari pandangan. Semakin jauh bergerak. Kemudian aku berlalu masuk untuk menyambung makan.



Selesai makan. Azan maghrib pun sudah di ‘bang’. Bunyi air paip yang mengalir semakin kedengaran. Berpusu-pusu semua  pergi mengambil wudhu’. Solat maghrib. Selesai. Solat sunat . Minta Allah beri kekuatan.

Malam itu selepas solat isyak, ada slot bersama kaq Sumayyah Abd Aziz. Bertajuk Peranan Mahasiswa Kontemporari. Habis slot tu, ad abaca Al-Mulk sebelum masuk tidur. Ada baca guna quran, ada yang dah hafaz, tak kurang juga ada yang guna phone n tap yang makin canggih ni.



Besok masuk hari kedua, bermulalah perjungan kami menjelajah, meniti, merangkak, meniarap, dan ‘me………’ yang lain la. Pusing satu KL. Satu kumpulan hanya berbekalkan duit sebanyak RM40 dan 2 buah phone sahaja. 1 phone yang ada camera. 1 lagi yang tiada colour, tujuan untuk call. Malangnya dalam kumpulan aku taka de sesiapa yang guna phone taka de colour. Semua phone moden.


Tugassan di CP1 ialah menyelesaikan Sudoku. Sesuatu permainan yang telah lama aku tinggalkan. So bila nak buat tu terkekok sikit la. Kena bincang ramai-ramai baru jadi. Kumpulan ku mempunyai strategi sendiri dalam CP1 ni. Dengan jumlah ahli kumpulan seramai 10 orang ni, kami pecah kepada 3 kumpulan. Dan seterusnya ada sedikit pembahagian tugas menjawab dan membandingkan jawapan.



Selesai CP1 kami berjalan untuk ke CP2. Kebetulan kumpulan ku seiring keluar dengan satu kumpulan akhawat ni. pada mulanya mereka pecut laju dihadapan. Kami masih dibelakang. Apa bila jarak antara kumpulan ku dan kumpulan akhawat itu semakin hamper, seorang daripada ahli kumpulan ku mengajak kami semua untuk berlari memotong kumpulan akhawat itu. Haha, kelakar pula masa tu.  Tanpa berfikir panjang kami terus berlari.

Dapat mendahului kumpulan itu. CP2 ialah ke Masjid Negara. Masjid ni besar, bukannya kecil. Penat aku masuk dalam. Pusing-pusing cari abg@akq fasi, tapi tak jumpa.  Rupanya mereka ada di luar. Kami tertipu.



**(pendekkan cerita)(pendekkan cerita) (pendekkan cerita)(pendekkan cerita)(pendekkan cerita)**



Sampai di CP berapa ek? CP3 rsanya, di masjid KLCC. Tetapi kumpulanku sesat sampai ke masjid bukhori yg terletak di jalan Hang Tuah sana tu. Jauh patah balik. Habis duit. Solat zuhur disini, jama’ sekali dengan asar. Habis solat kami melaksanakan tugassan di CP ini. Ambil gambar di sekitar KLCC, Tasik Simfoni dan lain-lain.



Habis tugasan, kami mendapat clue untuk ke lokasi seterusnya iaiti ‘ From Latin Papilio’. Semua ahli kumpulan kami blur. Ada yang mengaru kepala walaupun kepalanya tidak gatal. Dengan kreatifnya mereka ini, google di manfaatkan.
First clue yang kami dapat ialah butterfly kerana kami menggunakan google translater. Tetapi masing-masing terfikit, tak mungkin fasi nak bagi clue semudah ni. Lebih-lebih lagi dengan sepotong perkataan ‘oloiya’  di bawah kertas. Mesti ada muslihat lain ni. Then, seorang ahli kumpulan ku, kami panggil dia pulam, search di google. PAVILION!!! Siap ada maklumat tulis kat situ, oloiya level sekian-sekian. Alhamdulillah, mudah kerja kami. Tanpa berlengah kami terus mencari arah ke Pavilion.



Kami berlari untuk ke Pavilion itu kerana menyedari kami sedang diekori oleh satu kumpulan ni. Lari punya lari bagaikan Lamborghini memecut, terlajak pulak!! Rupanya kami terlajak, patah balik dan jumpa dengan seorang guard ni. Tya kat mana Pavilion. Dia pun terangkan jalan ke Pavilion tu, terus ni, lepas tu belok situ, belok sini dan seterusnya la.
Sampai pavilion. Selesaikan tugasan. Sebelum kami ke CP seterusnya, rupa-rupanya tanpa sedar kami telah melakukan kesilapan.  Maka kami dikenakan denda.




***



Selesai CP second last, kami akan ke CP terakhir iaitu di Tasik Perdana. Alhamdulillah kerana aku sudah tahu dimana lokasi Tasik Perdana ni. Berhampiran dengan Masjid Bukit Aman sahaja. Lebih menyeronokkan lagi, Abg Deen akan men’follow’ kumpulan kami untuk ke CP terakhir. Tidak tahu apakah sebabnya. Mungkin kerana duit kami sudah habis.  Berjalan setapak demi setapak. Penat semakin terasa saat tenaga di dalam badan hampir habis digunakan. Tetapi Abg Deen memberikan kami kata-kata semangat. Sambil berjalan kami bernyanyi lagu-lagu yang boleh menaikkan semangat. Hehe. Gaya macam penyanyi jalanan. Memang kami menyanyi kuat sekuat-kuatnya ketika itu(sebelum maghrib masuk).



Ketika melalui masjid Negara, aku bertanya kepada Abg Deen,

“ Abg Deen,  mkita nak solat dulu kea tau nak teruskan perjalanan?”
“ Hm, kita teruskan je. Nanti kalau dah habis baru kita solat.”



Mendengar jawapan dari beliau, kami turuti dengan yakin. Teruskan berjalan. Ketika di simpang empat( yg dekat dgn masjid bukit aman tu, kana de simpang 4 kn kt bawah tu,haa tu la dia) Abg Deen mendapat panggilan dari Abg Bai. Katanya kami tidak perlu menghabiskan CP terakhir tersebut. Kami perlu terus pulang ke Masjid Bukit Aman kerana pada jam 9 malam akan ada slot bersama abg dan kakaq daripada U masing untuk pengenalan mengenai bidang yang  kita ingin ceburi.



Tapi course yang aku nak ambil tiada ketika itu. Jadi aku membuat keputusan untuk ke course yang lain dahulu. Ingin mendengar dan ambil tahu sahaja. Mengikut kepada minat, aku suka kejuruteraan dan pengajian islam. Memandangkan course yg aku mohon di upu tidak ada pada malam itu, jadi aku ke bahagian pengajian islam. Mula-mula nak ke tempat jurutera, tapi tiba-tiba tak jadi.



Banyak juga persoalan aku yang terjawab mengenai pengajian islam ketika perjumpaan itu. Alhamdulillah, Syukur.


Habis perbincangan aku pergi minum jap. Haus. Then sebelum tidur, berus gigi. Berus gigi beramai-ramai, best. Yang terlupa bawa ubat gigi, akan di beri sedikit. Alhamdulillah. Semoga Allah berkati.




***


Tibanya hari terakhir. Kami berangkat ke Pusat Latihan Adni.  Sebelum pulang, adda lagi 2 slot pada pagi itu . Alhamdulillah dimanfaatkan masa. Selesai slot, ada majlis perpisahan. Salam-salam. Peluk ukhuwah. Then ikhwah pi solat jumaat.

Selesai solat, gilir-gilir naik kenderaan yang disediakan pergi menaiki KTM dan menuju ke TBS. Dugaan, di pertengahan jalan, KTM yang kami naiki rosak(rosak kot). Kami semua penumoang diminta untuk turun dari train. Sabar je la.


Dah sampai TBS. Akhi Hanif pergi beli tiket. Tiket kami jam 6.45 pm. Kami ada massa terluang sebelum bas tiba. Untuk mengisi masa, ada yang pergi makan, kedai buku dan lain-lain.


Tibanya bas, semua buat macam biasa, letak beg, masuk bas, ambil tempat duduk. Bas pun meluncur laju. 
Sampai di Sri Putri

Dek kesejukan aircond mungkin, badan ku menjadi tidak stabil. Besok pagi aku demam. Demam panas. Allahu. Agak lama demamnya, sehingga hari isnin baru demam ku beransur pulih. Cuba bersisa dengan batuk.


Sedikit gambar2


# ni Abg Deen #




# Ajk sibuk menguruskan PA system #



# Fasi2 Ikhwah #




# Fasi2 Akhawat #





# UniSEA kami!! #





# Sebelum balik, ambil gambar bangunan2 ni #




# Bangunan juga #




# Ni nak fokus kat jam tu #




# Perjumpaan dengan Abg Deen, selasa lepas. #




#Alhamddulillah


#Demikian sedikit coretan ketika menghadiri ERAT di Kuala Lumpur J


Credit by Abg Deen : Daie yang lebih baik dari hari sebelumnya.



Wallahua’lam J

No comments:

Post a Comment