20 May 2013

Cemerlang Bermula Dari Muasoffat Tarbiyah

Kenali Diri Anda

First of all, kita sebagai  manusia  perlu  tahu  apakah tujuan Allah  mencipta  kita  di  atas  muka     bumi  ini.  Sudah  tentu  sebagai  khalifah kan?  Confirm hang semua  tau. Khalifah.
Manusia Allah jadikan hebat. Hebat sangat. Percaya tak? Manusia ni hebat, ada kekuatan. Hebatnya manusia ni dengan mengamalkan ajaran islam dengan benar-benar betul. Benar-benar berada di atas landasan yang benar. Apabila tergelincir, cepat-cepat naik semula ke atas landasan agar diri tidak sesat selamanya di jalan yang “kufur” itu.


Selain daripada ni, ada banyak lagi factor-faktor yang kita boleh lihat untuk mengenali diri kita. Untuk mengenali diri kita tau, bukan untuk mengenali diri orang lain. Jangan pandang diri orang. Pandang diri sendiri…


Contohnya  seperti  tarikh  lahir. Warna  kegemaran.  Bentuk  badan  dan lain-lain. Kajian saintis-saintis barat menunjukkan dengan tarikh lahir seseorang itu, kita boleh mengetahui apa kelemahan dan kekuatan seseorang itu. Wahh, subhanaAllah!!
Warna kegemaran juga ada kelebihannya yang tersendiri. Contoh warna hijau(warna fav ret ku), biru, kuning, merah, hitam, pink, dan putih.


Bentuk badan pula seperti, kurus, sederhana, gebu, dan lain-lain la… Semua boleh di ketahui bila kita membaca. Iqra.
Sebab tu wahyu pertama yang turun ialah, “Iqra” meaning “bacalah”.  Dalam bahasa arab, ia Fa’il ammar yang menunjukkan perintah. Awal-awal Allah sudah perintah supaya membaca. Iya, membaca.
#Bila sebut tentang wahyu ni, teringat Rasulullah SAW. Ingat lagi tak, ketika khutbah terakhir Baginda? 
Ada diantaranya Rasulullah menyebut “ Sampaikanlah pesananku ini kepada mereka yang tidak bersama-sama pada hari ini. Semoga mereka yang tidak berada di sini lebih memahami berbanding mereka yang dengar terus daripadaku”. **lebih kurang la… Allahu. TAk tahulah kenapa, bila ku baca atau mendengar khutbah terakhir Rasulullah ni, mesti air mata mengalir. Sayanggggg sangat kat Rasulullah.


Jom selawat sama-sama!!
Allahuma solli’alaMuhammad, Wa’ala aliMuhammad, Allahuma solli’alaMuhammad,Wa’ala aliMuhammad, Allahuma solli’alaMuhammad, Wa’ala aliMuhammad… Ya Allah, bersaksikan matahari dan awan yang cerah pada pagi ini, sesungguhnya aku sangat mencintai Rasulullah SAW. Aku sangat merindui Baginda Ya Allah. Allahuakbar! #


Ok, kita berbalik kepada topic tadi semula.
Seterusnya Matlamat Hidup. Jelas sejelas jelasnya, matlamat hidup kita adalah Allah. Allah. Allah. Tidak ada yang lain. Buktinya kita boleh lihat ketika solat. Kita senantiasa akan membacanya. Iya, Doa Iftitah.
“ inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahirabbil’alamin”. Sesunggunya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam.


Allah adalah tujuan kita, Rasulullah teladan kita, Al-quran pedoman hidup kita, jihad adalah jalan kita. Syahid cita-cita kita yang tertinggi! Kan??


10 Faktor Kejayaan Pegurusan Diri.  Muasoffat Tarbiyah

Sedikit penerangan berkenaan Muasoffat Tarbiah yang baru ku tahu. Alhamdulillah dapat ketika program ERAT di Kuala Lumpur baru-baru ini.

1. Aqidah Sejahtera
         @ Tiada Tuhan selain Allah.
         @ Ikhlas beramal - Mengimani rukun2 iman.
         @ Syukur nikmat Allah.
         @ Dll

2. Ibadah Sahih
         @ Membaca Quran, Tadabbur.
         @ Doa.
         @ Jauhi dosa2 besar.
         @ Membaca zikir pagi
         @ Dll

3. Akhlak Yg Mantap
         @ Tidak takkabur.
         @ Punyai pendirian.
         @ Tak menipu
         @ Tak mencaci
         @ Tak mengadu domba
         @ Tak mengumpat.
         @ Tak berdusta.
         @ Tak mengejek
         @ Dll
        
4. Mampu Berdikari
         @ Jauhi perkara haram.
         @ Jauhi riba/rasuah.
         @Jauhi judi
         @Tunaikan zakat
         @ Buat simpanan     
         @ Tak tangguh tugasan.
         @ Dll
         
5. Pengetahuan Luas
         @ Kenali 10 orang dijanji syurga
         @ Dll

6. Tubuh Badan Kuat
         @ Bersih badan
         @ Bersih pakaian
         @ Tempat tinggal bersih
         @ Beriltizam dengan sunnah
         @ Tidak berjaga malam berlebihan

7. Lawan Hawa Nafsu
         @ Jauhi perkara2 haram
         @ Jauhi tempat2 lalai
         @ Tinggalkan tempat2 maksiat

8. Tersusun Dalam Urusan
         @ Tidak tergesa2
         @ Penampilan elok/molek

9.Menjaga Waktu
         @ Tahu waktu solat
         @ Bangun awal-Qiam-
         @ Guna waktu tertentu untuk belajar

10. Bermanfaat kepada orang lain
         @ Tunaikan hak ibubapa
         @ Menyertai majlis2 kegembiraan
         @ Bantu orang yang memerlukan
         @ Bimbing orang yang sesat
         @ Berkahwin dengan orang/pasangan yang sesuai


Pengisian ni diperoleh melalui Pak cik Hj Mohammad Yaakub bin Idris. Slot Pengurusan Diri Mahasiswa Cemerlang.

#Be the agent of change.
#Where to start? Tegak islam dalam diri dulu. Improve kekurangan/kelemahan diri. Guna segala kekuatan, kelebihan untuk islam.

#For the sake of Allah

Wallahu'alam






No comments:

Post a Comment